Monday, September 14, 2015

LAPORAN SUKAN REMAJA KOMANWEL 2015 APIA, SAMOA

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2015 - Semalam kontinjen Malaysia daripada Apia, Samoa telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur lebih kurang pada jam 8 malam seramai 45 orang yang terdiri daripada seorang Team Leader, 4 orang sekretariat, 2 orang pegawai perubatan, 30 orang atlet dan 8 orang jurulatih. Kontinjen negara disambut meriah oleh Pemangku Pengarah Bahagian Atlet (PPBA), En. Jefri Ngadirin bersama pegawai dan kakitangan sokongan Bahagian Atlet.

Kali ini skuad remaja negara di Temasya Sukan Remaja Komanwel beraksi cemerlang dengan berada di tempat ke - 4 secara keseluruhannya di bawah 3 kuasa besar sukan iaitu Australia, Russia dan England dan berjaya membawa pulang sebanyak 11 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa berbanding pada tahun 2011 di Isle of Man sebanyak 4 emas, 2 perak dan 1 gangsa yang disumbangkan sepenuhnya oleh skuad badminton remaja pada ketika itu. Penyertaan atlet pada kali ini juga adalah lebih ramai iaitu sebanyak 30 orang atlet berbanding 17 orang atlet pada tahun 2011. 

Selain itu, penyertaan jenis sukan juga telah meningkat di mana pada tahun 2011, ketika itu negara hanya menyertai sebanyak 4 sukan iaitu Akuatik Renang, Badminton, Berbasikal dan Olahraga. Manakala pada tahun ini pula sebanyak 8 sukan disertai daripada 9 sukan yang dipertandingkan iaitu sukan akuatik renang, angkat berat, Lawn Bowls, memanah, olahraga, skuasy, tenis dan tinju kecuali sukan ragbi 7 sebelah. Daripada 112 acara yang dipertandingkan, Malaysia menyertai sebanyak 40 acara.

Edisi kali ini juga menyaksikan kutipan pingat daripada pelbagai jenis sukan. Lebih membanggakan apabila skuad remaja Skuasy menyapu bersih pingat emas yang ditawarkan iaitu sebanyak 5 pingat emas. Manakala atlet renang pula berjaya membuktikan bahawa atlet junior mampu bersaing dengan kuasa besar di dalam sukan ini apabila berjaya mendapat 3 emas dan 3 perak. Bagi sukan angkat berat pula, atlet remaja wanita negara pertama kali menyumbangkan pingat emas melalui Nur Atikah Mahamad Sobri dan Jabriella Teo Samuel. Skuad angkat berat secara keseluruhannya mengutip 3 pingat emas dan satu gangsa. Sukan Lawn Bowls juga turut menyumbang 2 pingat gangsa melalui acara perseorangan wanita dan campuran. Berikut merupakan kutipan pingat dan senarai pemenang pingat keseluruhan :

PINGAT
JUMLAH KESELURUHAN
EMAS
PERAK
GANGSA
11
3
3
17
EMAS
BIL
SUKAN
ACARA
JANTINA
NAMA ATLET
PERINGKAT
CATATAN
1
Skuasy
Single
Lelaki
Ng Eain Yow
Final

2
Skuasy
Single
Wanita
Sivasangari Subramanim
Final

3
Angkat Berat
Kat 58 kg
Wanita
Nur Atikah Mahamad Sobri
Final

4
Angkat Berat
Kat 69 kg
Lelaki
Muhammad Erry Hidayat
Final

5
Akuatik Renang
100m Breastroke
Lelaki
Wong Fu Kang
Final

6
Akuatik Renang
50m Breastroke
Lelaki
Wong Fu Kang
Final

7
Akuatik Renang
400m Freestyle
Lelaki
Welson Sim Wee Sheng
Final

8
Skuasy
Double
Lelaki
Mohd Farez Izwan /
Marcus Wei Jie
Final

9
Skuasy
Double
Wanita
Zoe Foo Yuk Han /
Andrea Jia Qi Lee
Final

10
Skuasy
Double
Campuran
Andrea Jia Qi Lee /
Ng Eain Yow
Final

11
Angkat Berat
+69kg
Wanita
Jabriella Teo Samuel
Final

PERAK
BIL
SUKAN
ACARA
JANTINA
NAMA ATLET
PERINGKAT
CATATAN
1
Akuatik Renang
200m Freestyle
Lelaki
Welson Sim Wee Sheng
Final
Menyamai NR - Daniel Bego (1:49.22 s)
2
Akuatik Renang
1500m Freestyle
Lelaki
Welson Sim Wee Sheng
Final

3
Akuatik Renang
200m Breastroke
Lelaki
Wong Fu Kang
Final

GANGSA
BIL
SUKAN
ACARA
JANTINA
NAMA ATLET
PERINGKAT
CATATAN
1
Angkat Berat
56 kg
Lelaki
Rony Jesos
3/4

2
Lawn Bowls
Single
Wanita
Nur Ain Nabilah
3/4

3
Lawn Bowls
Double
Campuran
Muhamad Saifudin /
Fatin Nurrawiah
3/4

Kejayaan ini juga merupakan sumbangan usaha dan kerjasama dari Ketua Kontinjen En. Chua Hong Tam daripada Majlis Olimpik Malaysia bersama dua lagi pegawai pengiring daripada MSN iaitu En. Megat Ahmad Kushairy dan En. Syamsul Afzan yang bertungkus lumus semasa berada di Apia, Samoa bagi memastikan segala urusan berjalan dengan baik dan lancar.
Antara pegawai MSN yang turut menyertai menyambut kepulangan kontinjen Malaysia.
Antara pegawai MSN yang turut menyertai menyambut kepulangan kontinjen Malaysia.
Sambutan kecil harijadi pegawai pengiring dan atlet setibanya di lapangan terbang.
PPBA bersama atlet skuasy Ng Eain Yow
Atlet renang Wong Fu Kang, menerima bunga penghargaan daripada PPBA.
Andrea Jia Qi Lee menyumbang 2 pingat pingat emas.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
MAJLIS SUKAN NEGARA