Quick Info
▼
Wednesday, October 13, 2010
LAPORAN KEM BAKAT BERBASIKAL TREK WANITA SIRI 02/10
Pelaksanaan Program
Sessi Pagi
Pada hari pertama kem, Para peserta telah terlibat dalam sesi Bike-Fit dimana sesi ini dikendalikan oleh Unit Biomekanik, Institut Sukan Negara. Aktiviti Bike-Fit ini amat penting untuk semua peserta kem kerana melalui program ini, para atlet dapat mengetahui samada basikal yang digunakan adalah bersesuaian ataupun sebaliknya dari segi saiz basikal, posture seat dan sebagainya. Sesi ini akan disambung semula pada hari berikutnya kerana kesuntukan masa.
Sessi Petang
Para peserta dibawa masuk ke dalam trek dan antara bentuk latihan yang diberikan adalah Warm-Up Teknik untuk Sprint dan Endurance dan Teknik Standing Start.
Sessi Malam
Untuk Sessi malam,para peserta kem telah diberikan penerangan lengkap oleh Ketua Jurulatih Berbasikal Pelapis,Cikgu Suod Hussain tentang Veledrom dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan acara perlumbaan trek seperti acara dan undang-undang. Selepas sesi tersebut, para peserta telah berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan bersama Datuk Ng Joo Ngan. Pada sessi ini, beliau telah memberi sedikit pandangan dan juga cadangan bagi memajukan sukan berbasikal tanah air terutamanya bagi kategori wanita yang amat susah untuk mencari Pelapis.
Kecederaan
Hanya seorang atlet sahaja yang mengalami kecederaan kerana terjatuh di dalam trek.Walau bagaimanapun,ianya hanya keceraan biasa dan telah diambil tindakan segera.
--
Sekian, terima kasih
RASHID RAMLI
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.