Tarikh : 27 Februari
2015 (Jumaat)
Tempat : Pusat
Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg Pandan
Pada 12 Februari 2015
yang lalu, Yang Berhormat Encik Khairy Bin Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan
Malaysia telah mengumumkan penstrukturan semula dua institusi sukan terbesar di
Malaysia iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).
Melalui pengumuman tersebut beberapa perubahan dijalankan demi kebaikan dan
pembangunan sukan di Malaysia.
Antara gerakan tindakan
yang dilangsungkan bagi menghadapi perubahan ini ialah dengan menganjurkan
bengkel penulisan ‘blueprint’ yang melibatkan 19 sukan. Bengkel yang pertama
telah dijalankan pada 13 hingga 15 Februari 2015 yang lalu yang mana dijalankan
khas bagi sukan Sepak Takraw bertempat di Hotel Palace of Golden Horses.
Kali ini merupakan
bengkel fasa pertama yang melibatkan 9 sukan iaitu Angkat Berat, Akuatik,
Badminton, Berbasikal, Memanah, Menembak, Olahraga, Pelayaran serta Skuasy.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan Pelan Rancangan
Pembangunan Sukan Jangka Panjang (Blueprint) bagi tempoh pelaksanaan
2015-2022/2023 dengan kerjasama beberapa peemegang taruh iaitu Majlis Sukan
Negara Malaysia (MSNM), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negeri dan Persatuan
Sukan Kebangsaan (PSK). Melalui pelan ini semua p6gram latihan dapat
diselaraskan secara berstruktur bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk
membangunkan sukan secara holistic dari peringkat akar umbi sehingga ke
peringkat lebih tinggi.
Setiap sukan telah
ditetapkan moderator khas bagi melancarkan perjalanan bengkel iaitu :
- Dr. Lim Boon Hooi – Sukan
Akuatik
- Prof. Madya Zulkifli Kadir –
Sukan Angkat Berat
- Mohammed Sadek Mustaffa – Sukan
Berbasikal
- Tn. Hj Zainal Abidin Rawop –
Sukan Badminton
- Dr. Jeffrey Low Fook Lee –
Sukan Memanah
- Dr. Nur Ikhwan Mohamad – Sukan
Menembak
- En. Wong Ah Jit – Sukan Skuasy
- En. Zainal Abas – Sukan
Olahraga
Pendaftaran peserta
dijalankan pada hari pertama bermula pada jam 12.30 tengahari dan diteruskan
dengan perasmian bengkel oleh Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah MSNM.
Beliau turut membentangkan hala tuju program Majlis Sukan Negara dan diteruskan
dengan pembentangan oleh Datuk Danyal Balagopal daripada MOM. Sesi pertama
program bermula pada jam 8.30 malam dengan perbincangan mengikut sukan iaitu
Pendahuluan, SWOT, dan Pelan Pembangunan.
Bengkel seterusnya
ditangguhkan pada jam 10.30 malam dan akan bersambung semula pada hari esok (28
Fenbuari 2015).
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
UNIT KHIDMAT SOKONGAN