PROGRAM PELAPIS
CAWANGAN PELAPIS
MAJLIS SUKAN
NEGARA
LAPORAN PRESTASI PROGRAM PELAPIS TAHUN 2013
Pelbagai program telah di laksanakan
sepanjang tahun 2013 bagi mempertingkatkan lagi prestasi atlet di bawah
program. Lebih banyak peruntukan di salurkan bagi memberi pendedahan
pertandingan dan latihan di peringkat kebangsaan, serantau dan negeri. Usaha
untuk mencari lebih ramai bakat-bakat baru juga diteruskan melalui penganjuran
lebih banyak program mengenal pasti bakat dengan usaha sama pihak ISN.
Pembangunan sukan di peringkat negeri diperkukuhkan dengan menambah bilangan
pusat latihan After School Program (ASP) yang memberi peluang kepada murid yang
baru berjinak-jinak dengan sukan untuk menjalani latihan yang lebih sistematik
dan berterusan.
PELAPIS KEBANGSAAN
Seramai 263 orang atlet telah menjalani latihan secara sepenuh masa di
dalam program Pelapis Kebangsaan di bawah kendalian seramai 8 JLN, 27 JPM dan 5 JSM. Atlet-atlet di
bawah program diberi lebih banyak pendedahan kejohanan di luar negara
berbanding tahun-tahun sebelum ini bagi membolehkan mereka menimba pengalaman
dan mengukur prestasi sebenar mereka apabila bersaing dengan atlet-atlet negara
lain.
PELAPIS SERANTAU
Tumpuan telah diberikan bagi menambah
kualiti program latihan yang dijalankan di Akademi Serantau di Pulau Pinang dan
pada masa yang sama pusat-pusat latihan serantau juga telah diberi perhatian
bagi memastikan lebih ramai atlet muda di peringkat negeri diberi peluang
menjalani latihan secara sepenuh masa di pusat-pusat tersebut. Seramai 99 orang atlet telah menjalani latihan
secara sepenuh masa di dalam program Pelapis Serantau di bawah kendalian seramai 2 JLN, 12 JPM dan 4 JSM.
PELAPIS NEGERI
Program kerjasama yang diadakan
bersama Majlis Sukan Negeri dan persatuan sukan negeri diteruskan pada tahun
2013. Lebih ramai atlet telah di kenal pasti dan menjalani latihan harian di
pusat-pusat latihan negeri di seluruh negara. Seramai 5589 orang atlet sedang menjalani latihan harian secara sambilan di
266 pusat latihan seluruh negara di
bawah kendalian seramai 22 JLN, 61 JPM
dan 262 JSM. Tumpuan telah diberikan bagi mempertingkatkan program binaan
dan pemantauan pelaksanaan program melalui USPTN.
AFTER SCHOOL PROGRAM (ASP)
Lebih banyak pusat ditubuhkan di
seluruh negara bagi mengembangkan program ini. Pusat-pusat ASP menjadi “feeder”
kepada PLN sedia ada dan lebih ramai atlet ASP telah di pilih untuk menjalani
latihan harian di PLN-PLN di peringkat negeri. Sebanyak 38 pusat ASP telah ditubuhkan melibatkan seramai 499 orang atlet dan 42 orang jurulatih di
seluruh negara.
Maklumat Program
2013
|
|||
Program
|
Pusat
|
Jurulatih
|
Atlet
|
Pelapis Kebangsaan
|
19
|
40
|
263
|
Pelapis Serantau
|
5
|
18
|
99
|
Pelapis Negeri
|
266
|
345
|
5589
|
After School Program
|
38
|
42
|
499
|
Jumlah
|
328
|
445
|
6450
|
PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN 2013
Atlet-atlet di bawah program Pelapis
diberi pendedahan di pelbagai peringkat bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk membawa
cabaran negara apabila di perlukan. Sepanjang tahun 2013 ini para atlet pelapis
di pelbagai peringkat telah menyertai sebanyak 64 kejohanan luar negara dan 188
kejohanan dalam negara. Berikut adalah maklumat kejohanan yang telah
disertai:-
Program
|
Luar Negara
|
Dalam Negara
|
Jumlah
|
Pelapis Kebangsaan
|
57
|
82
|
139
|
Pelapis Serantau
|
7
|
33
|
40
|
Pelapis Negeri
|
|
73
|
73
|
Jumlah
|
64
|
188
|
252
|
TEMASYA
SUKAN SEA 2013
Seramai 64 orang atlet Pelapis telah terpilih untuk mewakili negara ke
Temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar. Dari jumlah 64 orang yang terpilih, 41 orang atlet telah layak secara merit
melalui kategori A manakala selebihnya adalah dari kategori B.
Program
|
Jurulatih
|
Atlet
|
Jumlah
|
Pelapis Kebangsaan
|
11
|
63
|
74
|
Pelapis Serantau
|
-
|
-
|
-
|
Pelapis Negeri
|
-
|
1
|
1
|
Jumlah
|
11
|
64
|
75
|
Atlet Pelapis telah berjaya meraih 9 Emas, 6 Perak dan 15 Gangsa yang mana
merupakan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan atlet Pelapis di dalam
Temasya Sukan Sea sejak tahun 2007. Pencapaian ini membuktikan bahawa atlet
Pelapis mampu membawa cabaran negara sekiranya diberi peluang.
Temasya
|
Penyertaan
|
Jumlah Pingat
|
||
Emas
|
Perak
|
Gangsa
|
||
Sukan
SEA Korat 2007
|
42
|
4
|
1
|
8
|
Sukan SEA Laos 2009
|
40
|
2
|
7
|
6
|
Sukan
SEA Indonesia 2011
|
51
|
4
|
4
|
13
|
Sukan SEA Myanmar 2013
|
64
|
9
|
6
|
15
|
Dengan program yang lebih tersusun dan
pendedahan pertandingan yang lebih banyak, barisan atlet pelapis berjaya
membantu menambah pungutan pingat kontinjen negara. Berikut adalah senarai
pemenang pingat di temasya tersebut:
PINGAT
EMAS
|
|||
Sukan
|
Acara
|
Nama Atlet
|
|
Wushu
|
Taolu (Women) - Qiangshu (Final)
|
Phoon Eyin
|
|
Menembak
|
50m Free Pistol Ind.
|
Eddy Chew
|
|
Karate
|
Kata Berpasukan Lelaki
|
Emmanuel Leong Theng Kuang
Leong Tze Wai Lim Chee Wei |
|
Pencak Silat
|
Seni - Ganda
|
Nur Syazreen / Nor Hamizah
|
|
Karate
|
Ind. Kumite
-60kg |
Sentil Kumaran Selvarajoo
|
|
Karate
|
Ind Kumite
-68kg |
Shree Sharmini Segaran
|
|
Olahraga
|
Lontar Cakera
|
Muhammad Irfan
|
|
Karate
( Kumite ) |
Berpasukan
|
Nisha
Syakilla Shree Sharmini Elena Anis |
|
Olahraga
|
Lompat Tinggi
|
Nauraj Singh
|
PINGAT
PERAK
|
||
Sukan
|
Acara
|
Nama Atlet
|
Karate
|
Ind. Kumite
-67kg |
Sharmendran Ragonathan
|
Menembak
|
10m Air Pistol
( Ind ) |
Eddy Chew
|
Karate
|
Kumite
Team |
Govinash Raja Kumar
Hatta Mahamut L Kunasilan Sharrma Jayaraman Shaharuddin Jamaludin Theeban Govindasamy |
Olahraga
|
Tukul Besi
|
Cassier Renee Kelly Lee
|
Pelayaran
|
Int 420
|
Nuraisyah Jamil
Umi Norwahida |
Pelayaran
|
Optimist
|
Diahuddin Rozaini
|
PINGAT
GANGSA
|
||
Sukan
|
Acara
|
Nama Atlet
|
Wushu
|
Taolu (Women) - Jianshu (Final)
|
Phoon Eyin
|
Menembak
|
50m Free Pistol Berpasukan
|
Eddy Chew
Abdul Hadi Abdul Malek
|
Karate
|
Kata Berpsaukan Wanita
|
Celine Lee
Khaw Yee Voon Joey Wong Jia Rou |
Menembak
|
10m Air Pistol
( Team ) |
Wong Guanjie Jonathan
Eddy Chew
Choo Wen Yan
|
Pencak Silat
|
Tanding
( 55-60kg ) |
Muhammad Saiful Syazwan Rahmat
|
Angkat Berat
|
94KG
|
Mohd Faiz Musa
|
Pelayaran
|
Optimist Pasukan
|
Uzair Amin Yusof
Dhiauddin Rozaini Fauzi Kaman Shah Nor Nabila Natasah Natasya Nabila Sawal |
Judo
|
55kg
|
Muhammad Jaafannuar Jamaludin
|
Ping Pong
|
Team
|
Beh Lee Wei
Lee You Rou Ho Ying Angelina Tang |
Olahraga
|
100m H
|
Raja Nursheena
|
Judo
|
52KG
|
Noor Maizura Zainon
|
Judo
|
-63kg
|
Nik Norbaizura
|
Judo
|
-100kg
|
Muhammad Rozaini Razak
|
Judo
|
-78kg
|
Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir
|
Judo
|
+78kg
|
Noor Asnida Abd Razak
|
SUKAN
REMAJA ASIA NANJING CHINA
Seramai 69 orang atlet muda negara telah terpilih untuk mewakili negara ke
temasya Sukan Remaja Asia di Nanjing China pada 16-24.08.2013. Dari jumlah
tersebut seramai 47 orang adalah
dari program Pelapis.
Sukan
|
Pegawai
|
Atlet
|
||
Lelaki
|
Wanita
|
Jumlah
|
||
Angkat Berat
|
2
|
5
|
-
|
5
|
Akuatik Renang
|
2
|
4
|
7
|
11
|
Akuatik Terjun
|
1
|
2
|
1
|
3
|
Badminton
|
2
|
2
|
2
|
4
|
Bola Keranjang
|
1
|
4
|
-
|
4
|
Golf
|
2
|
2
|
2
|
4
|
Lawan Pedang
|
3
|
6
|
3
|
9
|
Menembak
|
3
|
6
|
4
|
10
|
Olahraga
|
3
|
3
|
3
|
6
|
Judo
|
1
|
1
|
1
|
2
|
Ping Pong
|
2
|
2
|
2
|
4
|
Skuasy
|
3
|
3
|
3
|
6
|
Taekwondo
|
1
|
1
|
-
|
1
|
JUMLAH
|
26
|
41
|
28
|
69
|
Atlet-atlet muda negara telah berjaya
memungut 4 Emas, 6 Perak dan 7 Gangsa
sekali gus membolehkan kontinjen negara menduduki tangga ke 8 dari 26 negara
yang bertanding. Pencapaian ini sangat membanggakan kerana atlet-atlet muda
negara telah menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila mewakili negara di
temasya antarabangsa.
Temasya
|
Penyertaan
|
Jumlah Pingat
|
||
Emas
|
Perak
|
Gangsa
|
||
Sukan
Remaja Asia Singapore 2009
|
|
-
|
-
|
1
|
Sukan Remaja Asia Nanjing 2013
|
|
4
|
6
|
7
|
KELAYAKAN
KE TEMASYA SUKAN OLIMPIK REMAJA NANJING CHINA 2014
Program latihan bagi penyediaan atlet
ke arah Temasya Sukan Olimpik Remaja di Nanjing pada 2014 telah dimulakan pada
awal 2013. Beberapa sukan seperti Memanah, Angkat Berat, Gimrama, Pelayaran dan
Menembak telah menjalani latihan sepenuh masa di Pusat Latihan Kebangsaan dan
Akademi Serantau.
Atlet muda memanah negara telah
berjaya melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik Remaja di Nanjing pada tahun
2014 nanti apabila menduduki tempat ke 8 dalam acara recurve individu lelaki di
Kejohanan Memanah Remaja Dunia di Wuzi China pada 10 -21.10.2013 yang lalu.
Praveen Nair dari sukan equestrian juga
telah melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik Remaja Nanjing 2014 semasa
Kejohanan Kelayakan YOG di Bukit Kiara pada 11 Mei 2013 yang lalu.
Bagi sukan-sukan lain banyak kejohanan
kelayakan akan bermula pada Januari hingga Jun 2014 nanti. Atlet-atlet muda
negara masih berpeluang untuk melayakkan diri di kejohanan-kejohanan kelayakan
peringkat benua dan dunia.
AUSTRALIA
YOUTH OLYMPIC FESTIVAL (AYOF)
Majlis Olimpik Malaysia sekali lagi
telah meminta agar Cawangan Pelapis menyiapkan pasukan untuk menyertai Festival
Olimpik Remaja Australia yang diadakan setiap 4 tahun sekali yang mana kali
terakhir di sertai adalah pada tahun 2009. Seramai 76 atlet muda berumur bawah 18
tahun telah terpilih ke kejohanan kali ini dan berjaya membawa pulang 3 Emas, 1 Perak dan 11 Gangsa.
Penganjuran AYOF agak unik berbanding temasya sukan yang lain yang mana hanya
sukan-sukan yang mampu memberi saingan kepada pasukan remaja Australia dijemput
untuk bertanding sekali gus menyaksikan jenis sukan yang di sertai oleh
kontinjen Malaysia berbeza dari satu temasya ke temasya yang lain.
Temasya
|
Penyertaan
|
Jumlah
Pingat
|
||
Emas
|
Perak
|
Gangsa
|
||
AYOF
2009
|
66
|
4
|
3
|
4
|
AYOF 2013
|
76
|
3
|
1
|
11
|
TEMASYA
SUKAN MALAYSIA
Saban tahun atlet-atlet Pelapis telah
mewakili negeri masing-masing di Temasya Sukan Malaysia dan menyumbang pungutan
pingat kepada kontinjen negeri. Untuk tahun 2013 hanya sukan gimnastik artistik
di pertandingan melibatkan atlet Pelapis di pelbagai peringkat. Seramai 39 orang atlet telah terpilih
mewakili negeri ke temasya kali ini dan menyumbang pingat 2 Emas, 5 Perak dan 3
Gangsa.
Temasya
|
Penyertaan
|
Jumlah
Pingat
|
||
Emas
|
Perak
|
Gangsa
|
||
SUKMA
Terengganu 2008
|
1770
|
143
|
172
|
207
|
SUKMA Melaka 2010
|
1502
|
87
|
129
|
153
|
SUKMA
Kuala Lumpur 2011
|
237
|
13
|
14
|
14
|
SUKMA Pahang 2012
|
1707
|
105
|
107
|
122
|
SUKMA
Kuala Lumpur 2013
|
39
|
2
|
5
|
3
|
KEJOHANAN-KEJOHANAN
LAIN
Atlet-atlet dari program Pelapis juga
diberi peluang untuk bertandingan di kejohanan individu di peringkat
antarabangsa. Tumpuan banyak diberikan di kejohanan peringkat SEA dan Asia bagi
memastikan atlet remaja negara setanding dengan rakan sebaya mereka di
negara-negara tersebut.
Sukan
|
Kejohanan
|
Penyertaan
|
Pencapaian
|
Karate
|
Kejohanan Karate SEAKF Manila 2013
|
16 orang
|
4 Emas 4 Perak
|
|
Kejohanan Karate K1
Indonesia 2013 |
8 orang
|
2 Emas 3 Perak 1 Gangsa
|
Skuasy
|
Asian Individual Junior Championship Jordan 2013
|
4 orang
|
2 Emas 2 Perak
|
|
British Squash Junior Open 2013
|
12 orang
|
1 Emas
|
Berbasikal
|
Kejohanan Berbasikal ACC
New Delhi 2013 |
16 orang
|
4 Emas 1 Perak 4 Gangsa
|
|
|
|
|
NAIK TARAF KE PROGRAM ELIT
Berdasarkan
kepada prestasi semasa, seramai 40 orang
atlet telah di naik taraf ke program Elit sepanjang tahun 2013. Kemampuan
atlet-atlet Pelapis ini menunjukkan bahawa negara tidak ketandusan bakat-bakat
muda yang berpotensi untuk mewakili negara ke temasya-temasya besar dunia.
Tahun
|
Pelapis Kebangsaan
|
Pelapis
Serantau
|
Pelapis
Negeri
|
Jumlah
|
2007
|
1
|
0
|
0
|
1
|
2008
|
8
|
0
|
0
|
8
|
2009
|
50
|
2
|
8
|
60
|
2010
|
31
|
3
|
0
|
34
|
2011
|
35
|
2
|
0
|
37
|
2012
|
36
|
2
|
1
|
39
|
2013
|
35
|
1
|
4
|
40
|
REKOD KEBANGSAAN
Irfan Shamsudin
(atlet pelapis kebangsaan) telah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara lempar
cakera di Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan 2013 apabila mencatatkan 49.84
meter mengatasi rekod lama iaitu 49.33 meter. Beliau sekali lagi telah
memecahkan rekod kebangsaan semasa bertanding di Temasya Sukan Sea yang lalu
dengan catatan 53.16m.
PENUTUP
Kemampuan
atlet-atlet pelapis bersaing dengan atlet senior di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa sangat membanggakan dan ini menunjukkan mereka boleh membawa
cabaran negara untuk bersaing dengan atlet-atlet negara lain di temasya
antarabangsa jika diberi peluang. Pendedahan pertandingan dan latihan yang
diberikan sememangnya memberi kelebihan kepada mereka di dalam mempertingkatkan
lagi prestasi mereka.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.