Assalamualaikum, Salam Satu Malaysia,
Hari ini dengan rasminya tamat Acara Pelayaran Sukan Asia. Malangnya kali ini sukan pelayaran di melabuhkan tirainya dengan penuh contravesi , Dimana pelayar china menipu dalam pertandingan . Walaupun di bantah oleh 7 negara Pihak jury tidak membuat keputusan. Kerana kesilapan jury sendiri tidak mengadili perlumbaan tersebut dengan sempurna . Emas negara Dalam Acara Optimist terpaksa di lupakan , sekadar Pingat perak Sahaja melalui Ahmad Latif Khan bin Ali Sabri Khan.
Pingat Perak Kedua di Sumbangkan oleh Kharinnisa Mohd Afendy dan Nor Ashikin bt Mohamad Sayed Dalam acara International 420 Wanita dimana emas di menangi oleh Singapore . Dalam acara international 420 Lelaki Pasangan Ku Anas bin Ku Zamil berpasangan dengan Hafizuddin bin Mazlan berjaya memenangi Pingat Gangsa.
Manakala beberapa pelayar negara tamat di tempat ke 4 iaitu Khairul Nizam mohd Afendy dalam Kelas laser Standard , Nurul Izzatul Akmar dalam kelas Optimist Wanita. Manakala Romzi Mohamad hanya menduduki tempat ke 5 Dalam laser Radial.
Pelayar negara dan juga semua Jurulatih dan Pengurus , Mohon Maaf atas kegagalan membawa pulang pingat Emas, Kita telah mencuba yang terbaik dan kita kalah kepada yang terbaik. Pelayar Asia sekarang sudah mencapai tahap dunia . Persaingan juga bagitu kuat. Perancangan dan Latihan yang lebih sempurna perlu di laksanakan jika mahu lihat kejayaan lebih baik di masa akan datang.
Sekian Terima kasih.
Lapuran dari Shanwei City , Pasukan negara akan balik ke tanah air pada 23 Nov tiba di KLIA Jam 1830 PM menaiki pesawat MH 377 .
Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.