Kontinjen negara meneruskan buruan pingat emas pada hari ke 3 temasya.
Kem kontinjen negara digegarkan dengan pungutan pingat emas ke 3 dari sukan olahraga apabila Loo Chien Siang berjaya mengekalkan dominasi atlet jalan kaki di temasya Sukan Sea.
Kejayaan beliau menerbitkan semangat dari kem olahraga negara apabila Adi Alifudin berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara kegemaranya iaitu lontar peluru dengan catatan 17.53 dibelakang pemenang pingat emas dari Thailand.
Kem Karate menyerlah hari ini dengan menyumbangkan 4 pingat emas melalui Karate Kumite bagi kategori 75kg (lelaki) dimana Shaharudin telah berjaya menewaskan peserta Vietnam 5-2 bagi penentuan pingat emas dan perak. Kejayaan shaharudin membakar semangat atlet karate lain dan membuahkan sebutir lagi pingat emas dari Loganesha dalam kategori 55kg apabila beliau menumpaskan atlet Vietnam 3-0 di peringkat akhir.
Yamani meneruskan kecemerlangan atlet karate apabila menumpaskan atlet dari Vietnam dalam kategori 61kg dengan 1-0 untuk pingat emas ke 3 dari kem karate negara. Manakala Teagarajan menyempurnakan hari indah kem karate dengan pingat ke empat apabila menewaskan peserta vietnam 2-0. Tahniah pasukan karate negara.
Pasukan terjun negara juga turut menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara melalui acara 3m springboard synchro. Leong Mun Yee and Ng Yan Yee menapati ramalan apabila mengungguli acara tersebut dengan catatan 296.1 mata mendahului pasangan dari Indonesia yang meraih pingat perak.
Setakat jam 8 malam pungutan pingat kontinjen Malaysia adalah 9 Emas, 8 Perak dan 11 Gangsa.
Jadual pertandingan esok disini
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.