Laporan Ringkas
Walaupun program ini lebih kepada corak latihan bersama namun pada hari-hari terakhir diadakan juga satu ujian atau pertandingan yang melibatkan semua peserta kategori recurve dan compound.Pemanah akan bertanding pada pusingan kelayakan Double 70meter dan jumlah mata akan menentukan kedudukan untuk acara ranking perseorangan di Pusingan Olimpik.(Kalah Mati).
Bagi kategori wanita recurve, Nurul Ain Husin berjaya berada dikedudukan pertama dengan sejumlah 548 mata, Loke Shi Hui ditempat ketiga dengan 526 manakala Teoh Wen Zhing dikedudukan ketujuh dengan jumlah 458 mata.
Bagi kategori Lelaki pula Muhd Norhairulnizam berada dikedudukan ketujuh dengan 577 mata, Ahmad Afiq dikedudukan kesebelas dengan 560 mata manakala Arriffuddunur dikedudukan kedua belas dengan jumlah 550 mata.
Bagi kedudukan keseluruhan berpasukan pula pasukan wanita berjaya berada dikedudukan pertama dengan sejumlah 1532 mata dan diikuti oleh pasukan Bangladesh dengan 1335 mata. Pasukan lelaki pula ditempat kedua dengan skor 1687 belakang juara Thailand (1774) manakala Bangladesh ditempat ketiga dengan 1227 mata.
Untuk acara Pusingan Olimpik Round, Nurul Ain Husin telah berjaya kepusingan Akhir setelah menewaskan lawan masing-masing iaitu kedua-dua dari Hong Kong dengan 6-2,6-4 untuk bertemu seorang lagi pemanah negara iaitu Loke Shin Hui yang juga turut cemerlang menewaskan pemanah dari Laos 6-0 dan Bangladesh 6-2. Mereka bertanding diperingkat akhir hingga kepenentuan Shoot Off dan telah dimenangi oleh Loke Shin Hui dengan 10-9 manakala Teoh Weng Zhing berjaya mengalahkan pemanah Bangladesh tetapi tewas kepada pemanah Laos diperingkat suku akhir.
Bagi kategori Lelaki pemanah Muhd Norhairulnizam berjaya menewaskan pemanah Laos dengan aggeregat 6-0 sebelum dikalahkan oleh pemanah Thailand dengan 7-1 manakala Ariffudinnur juga berjaya menewaskan pemanah Bangladesh 6-2 sebelum ditewaskan oleh pemanah Thailand aggeregat 2-6 dan pemanah Ahmad Affiq dikalahkan oleh pemanah Hong Kong dengan aggeregat 2-6.
Laporan oleh:
Giam FP
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.