Monday, May 27, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 & 12 TAHUN 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Bawah 16 & 12 Tahun 2013 telah membuka tirainya hari ini di Dewan Wisma Sukan, Majlis Sukan Negeri Kelantan. Penyertaan kali ini melibatkan seramai 122 atlet lelaki dan wanita dari seluruh negeri kecuali Johor dan Perak. Kejohanan ini akan berlangsung selama empat hari mulai 26hb Mei 2013 sehingga 29hb Mei 2013.

Bagi hari ini, sebanyak lima acara yang telah dipertandingkan iaitu 3 acara bagi Lelaki Bawah 16 Tahun (50kg, 56kg dan 62kg) dan 2 acara bagi Wanita Bawah 16 Tahun (44kg dan 48kg). Acara dimulakan dengan sesi penimbangan berat badan pada jam 8.00 pagi dan pertandingan pertama dimulakan pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Kejohanan ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato Seri Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia dan juga pegawai-pegawai kanan MSN.

YBhg. Dato' Seri juga sempat bertemu dengan jurulatih-jurulatih dan juga para atlet disamping menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi acara-acara yang dipertandingkan hari ini:-

50kg Lelaki Bawah 16 Tahun
Snatch
1. Adib Ikhwan Che Hassan (Kelantan) - 61kg
2. Muhd Nafis Ruswadi (Pahang) - 58kg
3. Syazani Rosli (Putrajaya) - 57kg

Clean And Jerk
1. Adib Ikhwan Che Hassan (Kelantan) - 76kg
2. Muhd Nafis Ruswadi (Pahang) - 75kg
3. Elfarado Roy Matin (Putrajaya) - 71kg


56kg Lelaki Bawah 16 Tahun
Snatch 
1. Darul Najmi Dollah (Kelantan) - 90kg (Rekod baru kebangsaan bawah 16 Tahun)
2. Mohd Taufiq Idham Rozali (Pahang) - 86kg
3. Muhammad Ery Hidayat (Putrajaya) - 80kg

Clean And Jerk
1. Darul Najmi Dollah (Kelantan) - 110kg
2. Roney Jesos (Serantau) - 102kg
3. Mohd Taufiq Idham Rozali (Pahang) - 100kg


62kg Lelaki Bawah 16 Tahun
Snatch
1. Mohd Zaidi Nordin (Serantau) - 86kg
2. Muhammad Hazirul Mohd Yazid (Putrajaya) - 84kg
3. Muhammad Amirul Arif Zarir (Negeri Sembilan) - 72kg

Clean And Jerk
1. Mohd Zaidi Nordin (Serantau) - 116kg
2. Muhammad Hazirul Mohd Yazid (Putrajaya) - 115kg
3. Muhammad Amirul Arif Zarir (Negeri Sembilan) - 100kg


44kg Wanita Bawah 16 Tahun
Snatch
1. Nurul Nazira (Kelantan) - 37kg
2. Nur Syafiqah Athirah (Kelantan) - 35kg
3. Flidia Vinsis (Labuan) - 26kg

Clean And Jerk
1. Nurul Nazira (Kelantan) - 47kg
2. Nur Syafiqah Athirah (Kelantan) - 42kg


48kg Wanita Bawah 16 Tahun
Snatch
1. Nurnisha Izzureen (Kedah) - 45kg
2. Rovitha Gadou (Sabah) - 43kg
3. Loggeswary a/p Muniandy (Pulau Pinang)- 38kg

Clean And Jerk
1. Loggeswary a/p Muniandy (Pulau Pinang) - 60kg
2. Nurnisha Izzureen (Kedah) - 55kg
3. Rovitha Gadou (Sabah) - 54kg


Hari kedua akan bersambung esok (28 Mei 2013) dengan acara pada sesi pagi yang dipertandingkan ialah 40kg Lelaki Bawah 12 Tahun pada jam 10.00 pagi diikuti dengan acara Wanita Bawah 12 Tahun (40kg, 44kg, 48kg dan +48kg) pada jam 12.30 tengahari, manakala bagi sesi petang dimulakan pada jam 2.00 petang bagi acara Lelaki Bawah 16 Tahun (69kg dan 77kg) dan diikuti oleh Lelaki Bawah 12 Tahun (45kg, 50kg, 56kg, dan +56kg) pada jam 4.00 petang.

Sekian sahaja laporan untuk hari pertama Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Bawah 16 & 12 Tahun 2013. 

Terima kasih


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.