Laporan Hari Pertama
Tarikh : 6 Jun 2013
Masa : 1.15 petang - 9.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Renang
Stadium National Hassanal Bolkiah
Brunei
Atlet : 10 orang wanita
13 orang lelaki
(23 orang)
Jurulatih : 2 orang
Pengurus Pasukan : 1orang
Cepron : 1 orang
Kontigen Malaysia memulakan aktiviti hari ini pada jam 1.15 petang iaitu bertolak ke Kompleks Sukan Renang, Stadium National Hassanal Bolkiah untuk menjalani sesi latihan pada jam 2.00 petang dan sesi latihan tersebut berjalan serentak bersama pasukan Indonesia. Cuaca di Brunei agak panas, walau bagaimanapun semasa sesi latihan berjalan hujan telah turun renyai-renyai.
Sesi latihan selama satu (1) jam berakhir pada jam 3.00 petang dan semua atlet meneruskan sesi memanaskan badan di tempat yang telah disediakan oleh pihak penganjur sehingga jam 3.30 petang. Selepas itu semua atlet diarahkan untuk pulang ke hotel terlebih dahulu untuk merehatkan diri.
Pada jam 4.00 petang mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan dan ia melibatkan pengurus pasukan bersama jurulatih. Mesyuarat tersebut berakhir pada jam 6.00 petang.
Pada sebelah malamnya pula satu (1) perjumpaan bersama jurulatih telah diadakan bagi memaklumkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pertandingan bagi keesokkan harinya (7 Jun 2013) dan antara perkara yang berkaitan adalah acara-acara yang bakal dipertandingkan untuk esok.
Berikut adalah acara pada 7 Jun 2013 :
1. Lelaki 16-18 tahun - 400m free style
2. Wanita 16-18 tahun - 400m free style
3. Lelaki 14-15 tahun - 400m free style
4. Wanita 14-15 tahun - 400 free style
5. Lelaki 16-18 tahun - 50m breast stroke
6. Wanita 16-18 tahun - 50m breast stroke
7. Lelaki 14-15 tahun - 50m breast stroke
8. Wanita 14-15 tahun - 50m breast stroke
9. Wanita 13 tahun ke bawah - 50m breast stroke
10. Lelaki 16-18 tahun - 100m back stroke
11. Wanita 14-15 tahun - 100m back stroke
12. Lelaki 16-18 tahun - 100m butterfly
13. Lelaki 14-15 tahun - 100m butterfly
14. Wanita 14- 15 tahun - 100m butterfly
15. Lelaki 13 tahun ke bawah - 100m butterfly
16. Lelaki 16-18 tahun - 200m individu medley
17. Wanita 16-18 tahun - 200m individu medley
18. Lelaki 14-15 tahun - 200m individu medley
19. Wanita 14-15 tahun - 200 m individu medley
20. Lelaki 13 tahun ke bawah - 200m individu medley
21. Wanita 16-18 tahun - 50m free style
22. Lelaki 18 tahun ke bawah - 800m free style relay
23. Wanita 18 tahun ke bawah - 800m free style relay
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.