Thursday, July 11, 2013

SINGAPORE OPEN SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013 (11 Jul 2013)

Salam Ramadhan

Hari kedua kejohanan bermula dengan pemeriksaan senjata dan sesi
latihan bagi acara 10M Rifle, Sport Pistol Women dan Free Pistol.
Atlet telah dipecahkan mengikut kumpulan dimana Rifle ke Safra
Shooting Club dan atlet pistol di National Shooting Range.

Pada jam 11.00 pagi, telah berlangsungnya Mesyuarat Pengurus Pasukan.
Untuk makluman seramai 181 orang menyertai kejohanan kali ini yang
terdiri dari pelbagai kelab Singapore, Australia, India dan Filipina.

Kejohanan ini akan menggunakan format pertandingan baru oleh ISSF dan
menggunakan target paper. Hanya final acara 10M sahaja yang akan
menggunakan target elektronik.

Pada sebelah malam, telah diadakan taklimat ringkas bagi pergerakkan
esok serta makluman untuk atlet yang akan mula acara pada esok hari.

Sekian, terima kasih

Ehsan melaporkan dari kota singa

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.