Loh Zhiayi adalah merupakan atlet tunggal negara yang turun beraksi pada hari ini di Olympic Sports Centre Natatorium bagi acara berpasukan campuran sukan akuatik terjun. Acara yang agak baru ini telah menyaksikan Zhiayi berpasangan dengan Alexis Jandard penerjun dari Perancis. Dengan peraturan pertandingan yang membenarkan atlet-atlet membuat pilihan sama ada ingin membuat terjunan 3m papan anjal ataupun 10m platform ini ( 3 terjunan ) , pasangan ini telah memungut sebanyak 318.20 mata dan berada di kedudukan ke 7 keseluruhan. Menutup tirai temasya kali ini dengan pencapaian pungutan pingat 1 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa.
Kontinjen Negara akan bertolak pulang pada 29 Ogos dan 30 Ogos 2014. Kepada semua atlet, jurulatih, Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan serta pihak yang terlibat termasuk media masa, tahniah dan terima kasih diatas kejayaan di Nanjing ini. Semoga kejayaan yang lebih gemilang akan dicapai oleh atlet Malaysia pada temasya YOG 2018 yang akan datang di Buenos Aires, Argentina.
Berikut adalah merupakan laporan prestasi keseluruhan atlet, rumusan pungutan pingat serta pencapaian atlet di temasya Sukan Olimpik Remaja Nanjing 2014 :
LAPORAN PRESTASI ATLET
Pencapaian atlet pelapis negara di temasya
YOG kali ini amat membanggakan. Kesungguhan atlet-atlet muda negara bersaingan
dalam acara masing-masing menentang atlet-atlet negara lain wajar di beri
pujian.
Pada temasya kali ini seramai 20 orang atlet
muda negara telah terpilih untuk membawa cabaran negara di temasya terbesar
dunia di peringkat remaja. Penyertaan kali ini telah menunjukkan peningkatan
berbanding penyertaan di YOG Singapura 2010 iaitu 13 orang.
Pencapaian kontinjen negara memunggut 1 emas,
2 perak dan 1 gangsa juga telah
megatasi pencapaian negara di temasya YOG 2010. Ini merupakan penanda aras peningkatan
prestasi atlet pelapis negara di mana mereka mampu membawa cabaran di peringkat
tertinggi bila di perlukan.
Pencapaian Cheam Jun Wei dalam acara beregu
campuran berpasangan dengan pemain dari Hong Kong Ng Tsz Yau adalah
membanggakan dan menunjukan beliau mampu pergi lebih jauh dalam sukan badminton
jika terus di beri sokongan dan dorongan oleh semua pihak. Walaupun beliau
tewas di saingan suku akhir acara individu namum bakat beliau boleh terus di
asah melalui sistem kejurulatihan yang lebih baik oleh BAM. Lebih banyak
pendedahan pertandingan di peringkat tinggi mampu melonjakkan prestasi beliau
bagi menyaingi pemain-pemain dari negara China, Jepun, Indonesia mahupun Eropah.
Loh Zhiayi menunjukkan sukan terjun tidak
ketandusan bakat yang mampu menyerlah di temasya sukan antarabangsa dan satu
hari nanti boleh mengantikan Pandalela Rinong ratu terjun negara. 1 pingat
perak dalam acara 10m platform dan 1 pingat gangsa dalam acara 3m papan anjal
sudah semestinya menunjukkan kebolehan dan kemampuan beliau untuk menyaingi
atlet-atlet dari kuasa besar sukan terjun pada masa akan datang.
Semangat atlet muda negara dalam sukan
memanah, Mohamad Zarif
Syahiir Zolkepli perlu di beri pujian apabila berjaya membantu pasangan beliau
Cynthia Freywald dari Jerman untuk memenangi pingat perak dalam acara
berpasukan campuran antarabangsa.
Jeremiah Loo Phay Zing telah berjaya
menempatkan diri dalam kelompok 7 terbaik dunia dalam acara palang sejajar dan
8 terbaik dalam acara kekuda
berpelana daripada 41 gimnas seluruh dunia. Prestasi Jeremiah mambawa sinar
baru dalam sukan gimnastik artistik negara dan mampu menjadi sandaran di
saingan sukan SEA 2015 dan 2017.
Walaupun Kirthana Ramasamy dalam sukan
olahraga gagal untuk memperbaiki catatan peribadi beliau dalam acara lompat
kijang namun kejayaan beliau menempatkan diri dalam kelompok 8 terbaik dunia di
saingan peringkat akhir perlu di beri pujian.
Olivia Tai Qing Tong telah berjaya
menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia sukan Gimrama yang mana secara
tradisinya di kuasai oleh atlet-atlet dari Rusia dan Eropah Timur.
Dalam sukan renang atlet muda Welson Sim
telah berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara 800m gaya bebas dengan
catatan masa 8:15.84s. Pada masa yang sama juga beliau telah memperbaiki
catatan terbaik peribadi beliau dalam acara 400m dn 200m gaya bebas. Angela
Chieng Chui Pei juga turut berjaya memperbaiki catatan peribadi dalam acara
400m gaya bebas wanita.
Bagi atlet-atlet muda lain, mereka perlu
meneruskan latihan secara bersungguh-sungguh dan memperbaiki prestasi
masing-masing bagi memastikan mereka tidak ketinggalan. Pengalaman bertanding
di YOG perlu dijadikan panduan untuk bersaing di temasya-temasya pada masa akan
datang.
Pihak Majlis Sukan Negara melalui program
Pelapis telah mengadakan kerjasama yang erat bersama persatuan sukan
kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Sukan Negeri di seluruh
negara sejak tahun 2007 lagi bagi melaksanakan program latihan yang lebih
tersusun di pelbagai peringkat.
Pada masa yang sama pihak Majlis juga telah
menubuhkan Akademi dan Pusat Latihan Serantau di Pulau Pinang, Perak, Kelantan
dan Johor bagi mempertingkatkan prestasi atlet-atlet muda negara melalui
latihan yang lebih sistematik. Program Pelapis Kebangsaan juga telah di
laksanakan sejak tahun 2007 bagi mengumpulkan atlet muda terbaik negara di
Bukit Jalil.
Manakala di peringkat negeri pula sebanyak
269 buah pusat latihan negeri telah dibuka dibawah kendalian 432 orang jurulatih
dalam dan luar negara melibatkan atlet seramai 7187 orang. Ini merupakan
'feeder' kepada program latihan di peringkat pelapis serantau, pelapis
kebangsaan dan elit.
Loh Zhiayi ( terjun ), Zariff ( memanah ),
Olivia ( gimrama), Jeremiah (gimnastik), Asri dan Syazrin ( pelayaran )
merupakan produk langsung dari program Pelapis Negeri yang di laksanakan di
seluruh negara bersama persatuan sukan kebangsaan/ negeri dan Majlis Sukan
Negeri. Mereka telah di serapkan ke program Pelapis Kebangsaan dan Elit apabila
menunjukan prestasi yang memberangsangkan di peringkat negeri.
Pihak Majlis juga sudah memulakan program
Penggalakan Sukan (PPS) pada tahun 2012 di seluruh negara melibat 6 jenis sukan
bagi mengembangkan bakat di peringkat akar umbi supaya lebih ramai atlet muda
berumur 7-15 tahun diberi peluang latihan secara sistematik di awal penyertaan
mereka. Sebanyak 63 buah pusat latihan telah dibuka dikendalikan oleh seramai
72 orang jurulatih sambilan melibatkan 749 orang atlet.
Pada masa yang sama sebagai persiapan untuk
menghadapi Temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, pihak Majlis akan
mengadakan perbincangan bersama pihak persatuan yang terlibat seberapa segera
agar program latihan dapat di mulakan seawal tahun 2015 nanti.
Kelompok atlet muda berumur 14-15 tahun ini
akan di kenalpasti dan ditempatkan secara sepenuh masa di program Pelapis
Kebangsaan. Jurulatih-jurulatih khusus perlu di lantik untuk mengendalikan
latihan kumpulan atlet ini. Mereka akan diberi latihan yang bersesuaian agar
dapat melepasi kelayakan pada pertandingan kelayakan yang akan di adakan pada
tahun 2017 dan awal 2018.
Sekian laporan dari Nanjing China.
LAPORAN OLEH,
AZRUL HISYAM
KETUA UNIT PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.