Pemantauan Pusat Latihan diteruskan di 6 PLN USPTN Perlis seperti berikut :
Sukan Pelayaran
Tempat: Timah Tasoh
Seramai 18 org dalam program. Latihan dijalankan 2 hari iaitu sabtu dan ahad. Latihan bermula jam 8.00 pg hingga 6.00 ptg. 2 org JSM dilantik untuk mengendalikn program latihan. Program TID akan diadakan dalam masa terdekat untuk pengambilan atlet baru. Peralatan cukup untuk latihan. PLN diurus dgn baik.
Sukan Tenis
Tempat : Kompleks sukan MSN Perlis
Seramai 27 atlet di dalam program pelapis negeri. 30 orang atlet di dalam program mini tenis. 5 org JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. Latihan dijalankan 6 kali seminggu.
Boling Padang
Tempat : Kompleks sukan MSN Perlis
Seramai 30 org didalam program. Seorang JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. USPTN memohon tambahan seorang JSM untuk dilantik. Latihan dijalankan 5 kali seminggu.
Tinju
Tempat: Kompleks sukan MSN Perlis
Seramai 18 atlet didalam program. Seorang JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. Stor disediakan oleh pihak MSN Perlis untuk letak peralatan tinju. JSM memaklumkan bahawa akan ada atlet baru didaftar dalam program pada bulan Julai.
Memanah
Tempat : SK Behor Mali, Kangar
Seramai 34 atlet didalam program. 2 JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. Peralatan kurang mencukupi di PLN Memanah. Pihak USPTN belum mengambil peralatan (Target butt) yang telah dibeli oleh pihak Cawangan Pelapis . Atlet menggunakan 2 target butt sahaja untuk latihan. Latihan dijalankan sebanyak 5 kali seminggu.
Tenpin Boling
Tampat : Perlis Bowls
Seramai 22 atlet telah dipilih melalui program Evaluation 2015. Dua org JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. Latihan dijalankan 4 kali seminggu dan 1 sesi latihan di Gim MSN Perlis. Setelah sewaan lane yang baru, latihan dijalankan dgn menggunakan 8 lane. Atlet pelapis yang menyertai MSSM berjaya merangkul 1 pingat emas dan 1 gangsa bagi kategori bawah 12 tahun.
LAPORAN OLEH,
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.