Pasukan Gimnastik Artistik Wanita melakukan kejutan hari ini apabila
berjaya memenangi pingat emas dalam acara berpasukan. Isu pendaftaran atlet
sebelum ini ditutup dengan kejayaan cemerlang pasukan gimnastik wanita ini.
Syabas di ucapkan kepada Farah Ann Abdul Hadi, Siti Nur Bahirah Husniyah Ahmad,
Nur Eli Ellina Azmi, Lavinia Michelle Raymund Jayadev, Tang Inn Yueh dan Tracie
Ang kerana berjaya menaikan nama negara.
Seperti
dijangka, penerjun-penerjun Negara tidak mempunyai sebarang halangan untuk
menguasai acara masing-masing di Pusat Akuatik OCBC Singapura. Pengusaan
penerjuan Negara sangat ketara meninggalkan penerjun Negara lain dengan jurang
yang besar. Tahniah kepada semua pemenang iaitu Ooi Tze Liang, Chew Yi Wei,
Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Tukiet yang memenangi acara masing-masing.
Muhammad
Fauzi Kaman Shah, Muhammad Dhiauddin Rozaini, Abdul Latif Mansor, Nur Aisah
Rose Ramlee dan Nor Nabila Natasha Mohd Nazri meletakkan pasukan pelayaran
Negara mendahului kutipan pingat di National Sailing Centre. Gandingan atlet-atlet muda ini berjaya
memecahkan penguasaan pelayar Singapura yang diramal akan mendominasi sukan
perlayaran ini. Tahniah sekali lagi kepada mereka kerana memenangi pingat emas
dalam acara optimist berpasukan.
Wong Fu
Kang akhirnya berjaya mendapat pingat emas pertamanya di Sukan Sea apabila
memenangi acara 100m Breaststroke sekali gus mencatat rekod baru kebangsaan
iaitu 1:02.46.
Sorakan
padu penyokong tuan rumah memberi impak kepada corak permain pasukan bola jaring
Negara dan mereka tewas 43-46 di tangan pasukan bola jaring Singapura yang
membalas kekalahan di Kuala Lumpur pada Temasya Sukan Sea 2001.
LAPORAN OLEH,
JEFRI NGADIRIN
PEMANGKU PENGARAH
BAHAGIAN ATLET, MSNM
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.