Wednesday, May 5, 2010

Project 2013 Lwn Pasukan Kebangsaan Pakistan

Lapuran perlawanan ke-3:

Project 2013 Lwn Pasukan Kebangsaan Pakistan
Masa: 9.30am

Tarikh: 5 Mei 2010
Tempat: Stadium Azlan Shah

Keputusan:
Project 2013 0
Pakistan 3
32nd min PC
57th min FG
60th min FC


Perlawanan dimainkan 3 half iaitu 20min setiap half.

Secara keseluruhannya pasukan Pakistan lebih mengawal perlawanan dan lebih banyak menyerang berbanding dgn pasukan project. Walaubagaimanapun prestasi pemain2 lebih baik berbanding semasa menentang korea. Dan berjaya beberapa kali menembusi benteng Pakistan tetapi ketumpulan barisan serangan gagal menjaringkan gol. Pakistan memperolehi 4 pukulan sudut pendek dan berjaya menjaringkan 1 gol manakala project 2013 mendapat hanya 1. Pihak Pengurusan telah menjangkakan bukan mudah untuk bersaing dgn Pakistan kerana pengalaman mereka dari segi teknik dan tektikal.

Keseluruhannya kita telah bermain sebanyak 3 perlawanan. Kalah ketiga2 perlawanan kpd India 1 - 3, Korea 0 - 5 dan Pakistan 0 - 3. Kesemua lawan adalah pasukan senior. Jurulatih dan Pengurusan Pasukan amat berpuashati dengan prestasi keseluruhan pemain dan berpendapat ini adalah pendedahan terbaik bagi pasukan project yg rata-ratanya berumur 18 dan 19 tahun.

Selepas ini pemain2 akan menyertai pasukan kelab masing2 dlm liga remaja malaysia dan seterusnya menyertai sukma. Latihan akan diteruskan selepas itu untuk jelajah eropah yang masih lagi dalam perancangan.

Harapan kita mereka akan belajar dari perlawanan2 ini..dan menjadi pemain dan lebih baik di masa akan datang.

Lapuran dari Stadium Azlan Shah, Ipoh

Tuesday, May 4, 2010

Piala Razak : Perlawanan persahabatan Projek 2013 dan Korea Selatan




Lapuran perlawanan ke-2:

Project 2013 Lwn Pasukan Kebangsaan Korea
Masa: 3.30pm
Tarikh: 5 Mei 2010
Tempat: Stadium Azlan Shah

Keputusan:
Project 2013 0
Korea 5
7th min FG
19th min PC
38th min PC
48th min FG
58th min FG

Semua pemain bermain kecuali Joel Van Huizen yg pulang memulakan hari pertama hari di pusat pengajian tinggi dan Fathi Kamil yang cedera. Perlawanan dimainkan 3 half iaitu 20min setiap half. Secara keseluruhannya pasukan Korea lebih mengawal perlawanan dan lebih banyak menyerang berbanding dgn pasukan project.Korea memperolehi 7 pukulan sudut pendek dan berjaya menjaringkan 2 gol manakala project 2013 mendapat hanya 1.Pihak Pengurusan telah menjangkakan bukan mudah untuk bersaing dgn korea kerana pengalaman mereka dari segi teknik dan tektikal dan mereka juga ada lah diantara 5 pasukan terbaik dunia. Walaubagaimana pun pemain2 projek telah memberikan yang terbaik untuk bersaing. Harapan kita mereka akan belajar dari perlawanan2 ini..dan menjadi pemain dan lebih baik di masa akan datang.

Esok perlawanan ke-3 menentang Pakistan pada pukul 9am.

Lapuran dari Stadium Azlan Shah, Ipoh

KEJOHANAN PACIFIC RIM CHAMPIONSHIPS 2010' DI MELBOURNE, AUSTRALIA





Laporan Akhir :
'KEJOHANAN PACIFIC RIM CHAMPIONSHIPS 2010' DI MELBOURNE, AUSTRALIA
Sukan : Gimrama
Kategori : Junior

Tahniah diucapkan pada kontigen Malaysia yang baru sahaja pulang ke tanahair
pada 03 Mei 2010 / jam 6.30am (waktu tempatan).

Dalam kejohanan ini sebanyak 7 buah negara yang menyertainya dan negara-negara tersebut adalah Malaysia, Rusia, China, Canada, New Zealand, Korea dan Australia.

Pasukan Malaysia telah membawa pulang 1 emas - gelung, 1 perak - belantan dan 1 gangsa - all round (keseluruhan) melalui Amy Kwan Dict Weng (atlet Elit).
Amy Kwan merupakan atlet yang diasah kebolehannya melalui program Pelapis Kebangsaan pada tahun 2008 dan setahun selepas itu beliau telah melayakkan diri ke program Elit.

Manakala 2 orang atlet dari program Pelapis Kebangsaan juga turut menunjukkan persaingan yang hebat di antara atlet-atlet negara lain. Mereka telah melayakkan diri dalam pertandingan akhir bagi 3 apparatus.

Laporan Hari ke-5 (01 Mei 2010)
Kejohanan akhir untuk acara tali & gelung

Seramai 10 orang atlet dari 5 buah negara yang terlibat untuk acara tali. Antara negara tersebut ialah Australia 3 orang, Malaysia 2 orang, China 2 orang, Rusia 2 orang dan Canada 1 orang. Manakala untuk acara gelung pula Malaysia 2 orang, Australia 3 orang, Rusia 2 orang, Canada 2 orang dan China 1 orang.

Amy Kwan Dict Weng & Ismahani Madhiah Mornie telah layak dalam acara tali & gelung.

Keputusan akhir :
Amy Kwan Dict Weng - Tali tempat ke-4 (22.800)
Gelung tempat pertama (24.050)

Ismahani Mardhiah Mornie - Tali tempat ke-8 (21.350)
Gelung tempat ke-4 (22.725)

Laporan Hari ke-6 (02 Mei 2010)
Kejohanan akhir untuk acara bola & belantan

Seramai 10 orang atlet dari 5 buah negara terlibat dalam acara bola dan negara tersebut ialah Malaysia 2 orang, Australia 2 orang, Rusia 2 orang, China 2 orang dan Canada 2 orang. Bagi acara belantan pula melibatkan seramai 9 orang dan mereka dari negara Malaysia 2 orang, Australia 2 orang, Rusia 2 orang, China 2 orang dan Canada 1 orang.

Amy Kwan Dict Weng telah layak dalam acara bola dan belantan, Wong Poh San bagi acara bola dan Ismahani Mardhiah Mornie bagi acara belantan.

Keputusan akhir :
Amy Kwan Dict Weng - Bola tempat ke-5 (22.875)
Belantan tempat ke-2 (23.225)

Wong Poh San - Bola tempat ke-4 (22.950)

Ismahani Mardhiah Mornie - Belantan tempat ke-7 (21.500)

Berdasarkan keputusan ini, atlet PK memperlihatkan peningkatan yang bertambah baik. Mereka turut mempergunakan pengalaman yang sedia ada untuk memperbaiki tahap prestasi mereka lebih-lebih lagi dalam kejohanan yang bertaraf dunia. Tahniah buat mereka!!!

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA







Kejohanan berlangsung pada 23 April - 1 Mei 2010 dan bertempat di Gymnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Perlis. Seramai 29 orang perserta dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang julung kali diadakan di peringkat zon. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet-atlet muda sukan angkat berat dari zon utara yang berlatih di peringkat negeri dan tidak dapat menyertai Karnival Pelapis yang mempunyai kelayakan angkatan minima. Sekurang-kurangnya kejohanan ini akan memberi mereka peluang bertanding dengan atlet diluar pusat latihan mereka dan mencuba untuk menunjukkan prestasi yang baik dan membolehkan mereka terpilih ke Karnival Pelapis nanti. Taburan peserta adalah seperti berikut:

- Perlis - 9 orang
- Kedah - 9 orang
- Pulau Pinang - 11 orang

Kejohanan ini telah memberi peluang kepada atlet-atlet muda sukan angkat berat dari zon utara untuk bertanding sesama sendiri di samping mengukur prestasi mereka. Berikut adalah jumlah punggutan pingat mengikut negeri.

Kedah - 3E 5P 1G
Perlis - 2E 0P 1G
Pulau Pinang - 1E 1P 2G


Laporan di sediakan oleh:
MUHAMAD RASIDI BIN BAHAROM
PPN ANGKAT

KEJOHANAN ANGKAT BERAT BORNEO 2010 PADA 27HB APRIL 2010








Salam 1 Malaysia...

Penganjuran Kejohanan Angkat Berat Borneo 2010 di anjurkan oleh USPTN Sabah. Seramai 43 altet yang telah menyertai daripada PLN Menggatal 11 atlet 1 jurulatih, Kota Kinabalu 18 atlet 1 jurulatih 1 pengurus pasukan, Tambunan 7 atlet 1 jurulatih 1 pengurus pasukan dan Labuan 7 atlet 2 jurulatih 1 pegawai. Perasmian kejohanan bermula jam 10.00 pagi yang dirasmikan oleh Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah.

Dua Kategori umur dipertandingkan iaitu atlet berumur 13-16 tahun, 17-23 tahun lelaki dan wanita. Had kelayakan telah disediakan sebagai garis panduan menilai prestasi atlet. Acara pertama dipertandingkan adalah lelaki kategori 52 kg. Kategori ini telah dimenangi oleh Lester Ambose daripada PLN Kota Kinabalu dan telah memecahkan rekodnya sendiri pada SUKMA 2008. Penyertaan kejohanan melibatkan atlet pelapis yang terlibat SUKMA 2010 dan atlet bukan SUKMA di PLN yang telah mencapai had kelayakan.

Atlet SUKMA 2010 Sukan Angkat Berat telah menjalani kem latihan SUKMA dari 12hb April 2010 dan akan berakhir pada 30hb April 2010. Melalui kejohanan ini atlet dapat menilai angkatan sebagai persediaan SUKMA.Manakala atlet umur bawah 16 tahun berpeluang untuk bertanding kejohanan sebenar.

--
Nelly Dimon @ Daimond
Pegawai Pembangunan Negeri

Kejohanan Yop Of The Gulf 2010 - Ocean Marina Pattaya

Lapuran Ringkas perkembangan dari Pattaya Thailand , Hari Terakhir .

Cuaca agak panas kekuatan angin antara 10 hingga 12 Knot , Ombak kecil antara 1 - 1.5 Meter . Kejonanan ini di sertai oleh 26 negara kebanyakannya dalam kelas Keel boat manakala dalam kelas Optimist 131 peserta dari 6 Negara mengambil bahagian iaitu Thailand , Singapore, Hong Kong , India , Bulgium, Malaysia. Manakala dalam kelas lain seperti Laser dan Int 420 melibatkan 5 negara sahaja. Hari 4 perlumbaan di adakan. Perlumbaan semalam terpaksa di batalkan kerana ketiadaan angin

Kelas Optimist - Pelayar negara Ahmad Shukri abdul aziz hanya berpuas hari di tempat ke dua di belakang pelayar Thailand Nappakao poonpat , manakala Ahmad Latif Khan di tempat ke 7 , Mohamad Isan tempat ke 8 , |Farhan Hamid tempat ke 10 , MohD Faizal 12 Akmar di tempat ke 14. Oleh kerana pelumbaan di jalankan serentak seramai 131 peserta di garis perlumbaan sedikit menggangu tumpuan pelayar negara, Pelayar Thailand yang Ramai menghalang pelayar negara untuk membuat permulaan yang baik .

Dalam Kelas Laser Standard - seperti di janga Khairulnizam Mohd Afendy Muncul Juara di ikuti oleh Pelayar Thailand Kaarati Bulong di tempat ke dua, Harrith Hammry Nasution tempat ke tiga , Manakala seorang lagi peserta Negara Nik Asraf Qaedi hanya menduduki tempat ke 9 Wanita Nuramirah Naib Johan Laser 4.7 Dunia mendahuluhi Laser Radial Wanita. Pelayar Pelapis kebangsaan Khairul Ridzuan bin Hambali tempat ke tiga dalam kelas Laser Radial ,

Int 420 , Pelayar negara tidak dapat rentak , kerana mengunakan boat lama.Ku Anas Bin Ku Zamil/Hafizuddin Hanya menduduki tempat ke 2 di belakang pelayar Thailand dan Pemenang pingat emas di China Khairunnisa / Shikin hanya berpuas hati di tempat ke empat. Sekian Lapuran ringkas dari Pattaya.


Mohd Afendy Abdullah
Pengurus Pasukan

Sunday, May 2, 2010

Pahang Open 2010- update



Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang berjalan dengan lancar pada hari pertama. Cuaca panas tidak menghalang atlet-atlet mempamirkan kemampuan masing-masing.

Pada sebelah malamnya, majlis perasmian rasmi telah di adakan di Stadium Temerloh. Tahniah dan syabas diucapkan pada Persatuan Olahraga Amatur Pahang serta Majlis Perbandaran Temerloh kerana majlis perasmian yang penuh gilang gemilang. Majlis di serikan dengan perarakan kontigen, pertunjukan bunga api, persembahan tambur tentera, upacara menaikan bendera serta persembahan tarian.

Rasanya, kejohanan MAAU pun tak semeriah ini.Disertakan gambar-gambar pada hari pertama kejohanan serta keputusan penuh hari pertama.

Keputusan Pertandingan

Remaja Wanita disini
Remaja Lelaki disini
Senior Wanita disini
Senior Lelaki disini


Laporan disediakan oleh:
Harun Osman