Lawatan ini dibuat bagi menyelesaikan beberapa isu tertunggak di peringkat negeri. Beberapa tindakan perlu dibuat bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Semua kakitangan juga telah diingatkan untuk sentiasa memberi kerjasama dengan Majlis Sukan Negeri dan membantu persiapan MSN Melaka ke arah SUKMA 2010 yang dijadualkan bermula pada 10 Jun nanti.
Terima kasih atas kerjasama semua kakitangan USPTN Melaka. Semoga semua kakitangan akan sentiasa bekerja sebagai satu kumpulan dan mempertabatkan pembangunan sukan di negeri Melaka melalui program Pelapis.
Friday, May 14, 2010
Perjumpaan dengan USPTN Melaka
Tuesday, May 11, 2010
Singapore Mountain Bike Carnival 2010
KLINIK PELAPIS SUKAN PELAYARAN NEGERI SELANGOR - optimist
USPTN Selangor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri, Persatuan Pelayaran Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menganjurkan Klinik Pelapis Sukan Pelayaran Negeri Selangor pada 8-9 Mei yang lalu bertempat di Pusat Latihan Pelayaran Negeri Selangor, Kampung Batu Laut, Kuala Langat, Selangor. Seramai 45 orang peserta dari daerah Sepang, Klang dan Kuala Langat telah menyertai klinik kali ini. YDP Majlis Daerah Kuala Langat telah meluangkan masa untuk hadir sama semasa Majlis Perasmian Penutupan Klinik ini.
Semua peserta telah menunjukkan komitment yang amat baik sepanjang klinik di adakan dan semuanya menunjukkan minat untuk meneruskan penglibatan dalam sukan pelayaran ini.
Semoga akan lahir seorang bintang pelayaran negara dari program ini nanti.
Laporan di sediakan oleh:-
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
SDO PELAYARAN SELANGOR
Saturday, May 8, 2010
Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah 2010
Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah 2010 telah selamat melabuhkan tirainya petang tadi ( Sabtu 8 Mei 2010 ). Sepanjang kejohanan berlangsung sebanyak 5 rekod kejohanan telah dipecahkan. Antara rekod kejohanan yang telah dipecahkan adalah seperti berikut :
400 M (L)
P. Yuvaraj - Kedah / PS - 47.31s ( 47.53 - Rekod lama )
4x100 M (L)
Pahang / PS - 42.23s ( 42.94 - Rekod lama )
4 x100 M (W)
Pulau Pinang - 49.14s ( 50.63 - Rekod lama )
400 M L/P (W)
Emmy A/K Ahkim - Sabah - 65.28s ( 66.6 - Rekod lama )
400 M L/P (L)
Eldy Sham B Irion - Sabah - 53.65s ( 53.8 - Rekod lama )
Dilampirkan keputusan penuh kejohanan untuk makluman tuan/puan.
Sekian, terima kasih
Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni
400 M (L)
P. Yuvaraj - Kedah / PS - 47.31s ( 47.53 - Rekod lama )
4x100 M (L)
Pahang / PS - 42.23s ( 42.94 - Rekod lama )
4 x100 M (W)
Pulau Pinang - 49.14s ( 50.63 - Rekod lama )
400 M L/P (W)
Emmy A/K Ahkim - Sabah - 65.28s ( 66.6 - Rekod lama )
400 M L/P (L)
Eldy Sham B Irion - Sabah - 53.65s ( 53.8 - Rekod lama )
Dilampirkan keputusan penuh kejohanan untuk makluman tuan/puan.
Sekian, terima kasih
Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni
Tun Hariff Trophy
Tahniah kepada penembak Pelapis Mohd Ezuan dan Mohd Shahril Sahak kerana melepasi mata kelayakan ke Temasya Sukan Komanwel dalam acara air rifle men (588) apabila memperolehi mata 590.
Setakat ini hari ini pasukan menembak Pelapis Kebangsaan telah mengutip 3 emas, 2 perak dan 2 gangsa dalam kejohanan ini.
Laporan ringkas oleh
Mohd Razib
Kejohanan Olahraga Remaja Perak-Hari Pertama
Kejohanan Olahraga Remaja Perak di adakan pada 8 - 9 Mei 2010 di Stadium Perak, Ipoh. Penyertaan dari pasukan-pasukan kurang memberangsangkan. Ini mungkin disebabkan oleh jadual-jadual kejohanan yang bertindih (Kedah Open pada 7 - 8 Mei 2010), persiapan MSSM serta pertandingan hampir tiap minggu semenjak April yang lalu.
Kejohanan pada pagi hari pertama berjalan dengan baik dalam cuaca yang baik. Diharap cuaca sebegini akan kekal hingga tamat kejohanan hari pertama petang ini
Laporan oleh:-
Harun Osman
Kejohanan pada pagi hari pertama berjalan dengan baik dalam cuaca yang baik. Diharap cuaca sebegini akan kekal hingga tamat kejohanan hari pertama petang ini
Laporan oleh:-
Harun Osman
Friday, May 7, 2010
Kedah Open
Untuk makluman, Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah 2010 sedang berlangsung bermula pada hari ini (7 Mei 2010 )dan dijangka akan berakhir pada esok (8 Mei 2010 ).
Seramai 430 atlet daripada 24 pasukan akan berentap dalam kejohanan ini. Kejohanan ini juga dijadikan sebagai medan bagi penentu ukur prestasi atlet sebelum ke Sukan Malaysia Melaka pada bulan Jun ini.
Laporan disediakan oleh:
Fairul
Seramai 430 atlet daripada 24 pasukan akan berentap dalam kejohanan ini. Kejohanan ini juga dijadikan sebagai medan bagi penentu ukur prestasi atlet sebelum ke Sukan Malaysia Melaka pada bulan Jun ini.
Laporan disediakan oleh:
Fairul
Subscribe to:
Posts (Atom)