Thursday, January 27, 2011

Lawatan ke Pusat Latihan Memanah di Politeknik Seberang Perai & Cadangan penempatan Akademi.




Salam 1 Malaysia


lawatan pemantauan ke Pusat Latihan Memanah Akademi Serantau dan perumahan cadangan yang baru untuk Akademi di Seberang Prai telah diadakan dan hasil lawatan telah mendapati pusat latihan memanah dilengkapi dengan dua buah kontena untuk dijadikan pejabat dan stor menyimpan dan mennyelenggara peralatan memanah. Sekalung penghargaan kepada pentadbiran Politeknik yang membenarkan pusat latihan ini dapat dijalankan bersama dengan sukan olahraga bagi acara padang (tukul besi & lontar peluru).

Lawatan ke kawasan perumahan untuk cadangan baru penempatan di Kuarters Institusi Pendidikan (rumah guru) yang kini dalam proses untuk mendapat persetujuan daripada KPM. Jika impian menjadi kenyataan  maka keseluruhan warga Akademi akan berpindah dan mempunyai penempatan yang lebih selesa dan tahap keselamatan yang lebih terjamin. Terima kasih atas usaha En Fadil Ketua Unit USPTN P.Pinang yang berusaha gigih untuk memastikan Akademi Serantau Zon Utara berada ditahap yang terbaik.

Wednesday, January 26, 2011

Lawatan ke PLS Ipoh



Salam 1 Malaysia
Lawatan ke PLS Ipoh yg mana menepatkan atlet berbasikal Pelapis Serantau dipenempatan yang baru setelah berpindah dari asrama MSN Perak. Hasil lawatan didapati keadaan rumah sangat selesa dan mempunyai 7 bilik dilengkapi dengan katil, almari, tv, sofa, peti sejuk, mesin basuh,set meja makan dan dapur memasak. Kediaman baru ni lebih dekat dengan sekolah dan memudahkan urusan persekolahan atlet.

Laporan oleh En. Izuwan

8th KFC Langkawi International Regatta Perdana 2011




Salam Satu Malaysia,

Tan Sri, Dato' dan Tuan Tuan,

Setelah Persatuan Pelayaran Malaysia berjaya menganjurkan kejohanan Dunia dan di iktiraf terbaik pernah anjurkan sebelum ini. Kini kembali lagi sekali edisi ke Lapan Kejohanan Langkawi International Regatta Perdana 2011. Kejohanan yang di taja oleh KBS, MSN, KFC, LADA, MYA dan Kerajaan negeri Kedah . Menjanjikan kehebatan dan cabaran sebenar sukan pelayaran di negara kita . Seperti biasa angin yang sentiasa bertiup kencang sehingga 25 Knot menyebabkan pelayar negara seram sejuk untuk bertarung di Langkawi. Awal awal lagi banyak peserta muda negara hanya menanti di tepi pantai mengharap angin akan bertiup perlahan.

Perlumbaan Hari Pertama

Sebanyak 3 Perlumbaan di adakah , Pelayar negara terus cemerlang , dalam kelas Optimist - Juara Dunia , Ahmad Shukri berkongsi mata dengan Mohd Faizal yang merupakan pelayar ke 3 terbaik dunia. tempat ketiga di ikuti rapat oleh Nurul Izatul Akmar

Kelas Laser Standard - Pelayar negara Mohd Romzi bersaing hebat dengan Pelayar negara Khairulnizam Mohd Afendy tempat ke tiga Mohd Fafhan dari johor.

Kelas laser Radial - Pelayar dari TLDM Shahidan Hasssan diIkuti Rapat oleh Pelayar Kedah Mohd Amran Ali manakala tempat ke tiga Hakim wagiman dari Johor.

Kelas laser 4.7 - Pelayar Negara Khairunneeta Mohd Afendy mendahului dengan selesa dengan memenangi tiga perlumbaan di ikuti oleh pelayar PutraJaya Wan Amirah Asyiqin dan tempat ke tiga Khairun Hanna mohd Afendy dari kedah

International 420 - Pemenang Pingat perak Sukan Asia Ahmad Latif Khan yang berpasangan dengan Hafizuddin terus mengungguli acara ini dan di ikut Rapat oleh Khairnnisa Mohd Afendy yang Berpasangan dengan Nur fiqah bt Mohd Latif tempat ke tiga Nurasiah bt Jamil dengan Nurvela Sari bt Bajuri pelayar pelapis negara.

Interlational 470 - Pelayar Negara Ku Anas Ku Zamil yang baru di gandingkan dengan Ahmad Hakimi bin Ahmad Shukri mengatasi pelayar TLDM Mohd Hakimi bin Bakar berpasangan dengan Muhammad Yazid bin Abd Manaf . Tempat ke Tiga Pelayar dari TLDM Wan Mohd Fazeli bin Wan Zin berpasangan Muhd Firdaus bin Abdul Hamid .

Wind Surfing Big techno - Pelayar Negara Koe Sin Yee mendahului dengan selesa diikuti rapat oleh Shah Fami dari Pulau Pinang dan tempat ke tiga Mohd Musanni bin Affendie dari Kedah.

Windsurfing Race Board - Tempat Pertama Zainal Misran dari Pulau Penang Tempat Ke dua Pelayar Negara Geh Ceow Lin dan ke Tiga Katherine Ong dari Penang.

Kelas Hobbie 16 - Tempat Pertama di dahului oleh Mohamad Amirul Syafiq Md Jais berpasangan dengan Nik Asraf Qeadi manakala tempat ke dua Pelayar Dari pahang Mohd Saifullah dan Mohd Esa

Keseluruahan perlumbaan hari ini berjalan dengan lancar dimana pelayar terpaksa mengharungi angin kencang . Besok 4 Perlumbaan akan di adakan. kejohanan ini akan tamat pada 29 Jan 2011.

Maklumat lanjut serta gambar boleh di perolehi di www.sailing.org.my .

sekian terima kasih

Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association
National Sailing Centre
Lot 3662, Pokok Asam
07000 Langkawi
Kedah,Malaysia
Mobile:+60192296316
Email: afendyzeta@yahoo.com.my



Monday, January 24, 2011

Lawatan KONI Medan Ke MSN

Lawatan ini dibuat susulan perbincang dan lawatan yang dibuat di Medan.

Kunjungan KONI Medan amat di alu-alukan bagi membincangan program kerjasama yang boleh dijalin oleh kedua-dua agensi untuk program latihan khusus. Lawatan ini juga diharap akan dapat mengeratkan jalinan kerjasama dan silaturrahim di antara dua negara.

Selamat datang kepada delegasi KONI Medan ke Majlis Sukan Negara.

Friday, January 21, 2011

PENYERTAAN ATLET PELAPIS BERBASIKAL TREK PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN KE KEJOHANAN TREK WORLD CUP SIRI 2010/2011 BEIJING CHINA



Seorang atlet Berbasikal Trek Program Pelapis Kebangsaan akan menyertai kejohanan Trek World Cup Series 2010/2011 yang akan diadakan di Beijing, China. Beliau akan menyertai acara team Sprint bagi mewakili Malaysia yang turut disertai oleh pelumba trek senior iaitu Mohd Edrus Yunus dan Mohd Hafiz Mohd Suffian. Bagi pasukan Yayasan Sime Darby pula akan diwakilli oleh AzizulHasni Awang , Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin. Acra terebut akan berlangsung pada hari ini (21 Januari).

Sebanyak 20 pasukan akan bertanding bagi acara ini termasuk pasukan Great Britain yang diketuai oleh Sir Chris Hoy dan beberapa negara dari negara Eropah, Amerika Selatan dan Asia.

Mohd Fattah Amri Zaid baru berusia 19 tahun yang berasal dari Kedah merupakan kejohanan pertama beliau bertanding di Peringkat senior yang mana sebelum ini beliau telah diberi pendedahan pertandingan di peringkat junior termasuk Kejohanan ACC Junior 2009 & 2010, Kejohanan Trek Asian Cup Malaysia Round 2010 dan Kejohanan Trek Tasmania Australia 2010. Pencapaian antarabangsa terbaik beliau adalah:

Pingat Gangsa di Kejohanan ACC Junior 2009 (Indonesia) acara team Sprint
Pingat Gangsa di Kejohanan ACC Junior 2010 (UAE) acara Sprint
Pingat Emas di Kejohanan Trek Asian Cup Junior MALAYSIA Round acara Sprint
Pingat PERAK di Kejohanan Trek Asian Cup Junior MALAYSIA Round acara Keirin

Seperti yang dimaklumkan oleh ketua jurulatih Trek Negara John Beasley beliau berkemungkinan diletakkan sebagai pelumba pertama atau kedua bagi acara tean sprint. Mengikut perancangan Datuk Naim Mohamad NAIB Presiden PKBM yang mana penyertaan Mohd Fattah hanya sebagai pendedahan awal yang mana mensasarkan program jangka panjang untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 yang mana beliau turut melihat beberapa pelumba trek dari Program Pelapis Kebangsaan berkemungkinan akan diberi pendedahan latihan dan pertandingan di peringkat senior bagi program jangka panjang tersebut..

Jadual kejohanan sila klik disini.
Start List klik disini

Sekian terima kasih.


--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

Wednesday, January 19, 2011

PERTANDINGAN PING PONG DALAMAN CAWANGAN PELAPIS






Bagi mengeratkan perhubungan sesama kakitangan Cawangan Pelapis dan mengamalkan gaya hidup yang sihat maka satu pertandingan ping dalaman telah diadakan selama dua hari bermula pada 18hb Januari yang lalu dan berkahir hari ini. Seramai ... orang pemain dari Cawangan Pelapis dan 2 orang pemain jemputan telah sama-sama bermandi peluh semasa waktu rehat tengahari bertanding dalam kejohanan kali ini.

Senarai Pemenang:-

Juara - Rozaini / Zaidi H
Naib Juara - Razib / Mohd Rizal
Ke 3 - Izuan / Rahimi

Tuesday, January 18, 2011

Lawatan Pasukan Menembak Universiti Korea Selatan

Seramai 15 atlet dan 3 pegawai dari Pasukan Menembak Universiti-Universiti Korea Selatan telah berada di Malaysia untuk pendedahan latihan luar negara dari 10 Januari 2011 sehingga 20 Januari. Pasukan tersebut yang di ketuai oleh En. Jang Gap Seon memberitahu bahawa suhu di Seoul, Korea Selatan antara 8-10 deg. Fer. dan musim cuti bagi unversiti-unversiti di Korea. Mereka mengambil kesempatan ini untuk membuat latihan pendedahan luar negara dan pada tahun ini Malaysia adalah destanasi mereka. Mereka menginap di Concorde Hotel, Kuala Lumpur dan menjalani latihan di Lapang Sasar Subang. Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (PMKM) telah membantu dalam hal-hal senjata, jadual latihan dan lawatan, penginapan dan pengangkutan.

Pada 17 Januari 2011 (Isnin) Pasukan Menembak Universiti2 Korea telah datang melawat Kompleks Sukan Bukit Jalil (MSN) serta pertandingan menembak persahabatan dengan atlet Pelapis Kebangsaan. Seramai 10 atlet mereka iaitu 4 pistol dan 6 rifle telah sertai pertandingan acara 10m air pistol dan air rifle manakala seramai 5 atlet PK dan 1 atlet Elit turut serta. Selepas pertandingan tersebut pasukan tersebut telah dibawa melawat kawasan MSN-ISN serta menjamu mereka makan tengahari di Kafe Atlet.

Pada 18 Januari 2011 (Selasa) akan diadakan pertandingan persahabatan di Lapang Sasar Subang bagi acara menembak 25m dan 50m pula. En Jang telah meluahkan rasa terima kasih pada Persatuan dan MSN dengan layanan yang telah diberikan dan menjemput kita untuk membuat latihan pendedahan latihan di Korea.


Sekian.

Mohd Razib Yahya