Thursday, June 2, 2011

SUKMA 2011 - Bilik urus setia

Satu lawatan muhibbah telah dilakukan petang tadi di bilik urus setia bagi meninjau rakan-rakan yang sedang sibuk dengan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Kolej Zaaba Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi telah dijadikan pusat urus setia bagi kontinjen-kontinjen negeri. Rata-rata maklumbalas yang diterima mengenai kemudahan yang disediakan adalah memuaskan.

Selamat bertugas!!












SUKMA 2011 Kuala Lumpur : Maklumat umum

Berikut adalah sedikit maklumat ringkas berkenaan jenis sukan yang dipertandingkan di SUKMA 2011 ini dan jumlah pingat yang ditawarkan. kami banyak menerima pertanyaan berkenaan jenis sukan yang dipertandingkan dan kadang kala agak melucukan apabila ditanya sama ada sukan badminton, olahraga, karate dan sukan lain di pertandingan pada edisi SUKMA kali ini. Sila layarai laman web Rasmi SUKMA di http://sukanmalaysia.nsc.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Jenis Sukan


Pingat di tawarkan

PENGURUS PERTANDINGAN

TEKNIKAL DELEGATE

SUKMA 2011 - Tenis

Secara rasminya Sukan Malaysia 2011 bermula hari ini dengan beberapa jenis sukan telah mula dipertandingkan seperti tenis dan polo air. Sesi tinjauan dilakukan pagi ini ke vanue sukan tenis di Kompleks Tenis Jalan Duta. Antara pasukan yang bertanding serta keputusan adalah seperti berikut :

Perlawanan 1 ( Lelaki )
Negeri Sembilan 3 - Perlis 0

Perlawanan 2 ( Lelaki )
Selangor 3 - Kedah 0

Jadual pertandingan akan diteruskan bermula pada jam 2.30 petang dan segala maklumat berkaitan temasya ini boleh didapati di http://sukanmalaysia.nsc.gov.my/


Selamat bertanding kepada semua pemain tenis!



En Johari Wahab selaku pengurus sukan tenis bersama En Rahim

Lawatan ke bilik urus setia pertandingan

En Jefri bersama En Azhari, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis

Negeri Sembilan vs Kedah

Antara penonton dan pemain yang hadir memberi sokongan


Kontinjen Selangor



Wednesday, June 1, 2011

3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTHARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH

Pasukan Memanah negara telah selamat tiba di tanah air tepat jam 1055 malam di LCCT. Terbayang wajah kepuasan di muka Pengurus pasukan atas kejayaan negara apabila di sambut oleh wakil Cawangan Pelapis.

En. Othman selaku jurulatih pasukan amat berpuas hati dengan kejayaan anak buahnya pada kejohanan kali ini. Saingan pemanah-pemanah dari India, Chinese Teipei yang rata-rata membariskan pemanah terbaik mereka tidak mengerunkan pemanah muda negara. Pasukan Thailand yang membariskan pasukan Sea Games mereka mengakui bahawa pasukan negara telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan.

Sekalung tahniah kepada pasukan negara dan terima kasih kepada pengurus pasukan dan jurulatih pasukan yang bertungkus lumus menguruskan pasukan di Dhaka.

Sukma 2011 Kuala Lumpur: Majlis Penyerahan Kereta Tajaan Naza

Hari ini berlangsung Majlis Penyerahan Kereta Tajaan Naza di Pejabat NAZA Ampang. Terima Kasih atas tajaan 15 buah kereta untuk kegunaan urus setia Sukma.

Malaysian Youths top the Qualifying @ S'pore Open



Hi Guys,
            Our young Malaysian Youth bowlers dominated the Qualifying rounds in the on-going Singapore Open 2011 at Orchid Bowl, Singapore.
Syaidatul Afifah and Muhd Syafiq Sajeli took the honors to lead the Girls Open and Boys Open divisions respectively.

In the Girls Open division, Syaidatul made her presence felt in her first 2 qualifying attempts when she fired a 3 games series of 638, followed by another series of 633 for a combined  1271 total to take the pole position. Team mate, Tengku Emanina Laily was second with series of 675 & 581 for 1256 total.
Newly promoted National Youth bowlers also joined the band-wagon to qualify for the Finals scheduled tomorrow were Steffira Zeandea-4th (1243); Puteri Nadia-5th (1234); Fatin Azmira-6th (1233); Natasha Roslan- 7th (1232); Faten Najihah-8th (1221).

In the Boys Open division, young Sarawakians in Muhd Syafiq Sajeli and Ching Jun Foo were awesome to finish 1-2 for Malaysia. Muhd Syafiq Sajeli scorched the lanes with lines of 671 & 669 series for an aggregate of 1340, accompanied by Jun Foo with series of 672 & 649 for a combined 1321 total. Other Malaysian boys making the cut were Khoo Beng Khai -6th (1272); Johnathan Chan and Aris Ardilla were tied-8th (1266); Ahmad Muaz Fishol - 13th (1250).

At the time of writing, Radin Nur Najwa and Siti Aishajan were still bowling in the Girls Qualifying round while Syimir Abdul Razak, Mohd Ozzer, Mohd Haziq, Aliff Imran and Qalif Adnor were bowling in the Boys Qualifying round.

Regards,
BC Cheah
Orchid Bowl
Singapore  

3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH.

Salam,

31/05/2011

Kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 memasuki hari yang terakhir di mana semua yang melibatkan pertandingan akhir diadakan khas di Stadium Angkatan Tentera Dhaka, Bangladesh. Pemanah Pelapis Negara tidak terkecuali untuk sama-sama berada di dalam senarai pemanah untuk ke peringkat akhir iaitu Adibah Tajuddin bagi acara (Recurve Wanita), Farah Amalina Azhar (Recurve Wanita Junior), Atiq Bazil dan Farah Amalina Azhar (Recurve Junior Mix Team) dan Farah Amalina, Nur Naseha serta Siti Nor Hatika (Recurve Wanita Junior Team).

Persipan pasukan memanah kita dilakukan dengan rapi dan melangkah masuk ke stadium pada tepat jam 12.00 tengah hari diiringi doa dan harapan dari jurulatih serta rakan sepasukan bersama-sama memberi sokongan kepada pemanah-pemanah yang memasuki peringkat akhir. Tiada kata lain dapat disampaikan penentuan emas atau pun perak hanya terletak di jari pemenah-pemanah muda Pelapis Negara.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang melibatkan pertandingan akhir pemanah pelapis negara di kejohanan 3rd Asian Archery Grand Prix dan Asian Youth Archery Championship :

Recurve Wanita (Perak)
Abibah Tajuddin kalah kepada Rimil Buriuly (India) dengan mata 4-6 dan merangkul pingat perak.

Recurve Wanita Junior (Emas)
Farah Amalina Azhar mengalahkan Himani Boro (India) dengan mata 6-0 dan memenagi emas.

Recurve Junior Mix Team (Perak)
Atiq Bazil dan Farah Amalina kalah kepada India dengan mata 133-144 gagal mengulangi kecemerlangan merangkul pingat perak

Recurve Wanita Junior Team (Perak)
Farah Amalina, Nur Naseha dan Siti Nor Hatika hanya merangkul pingat perak setelah kalah kepada trio dari India dengan mata 139-169.

Pingat Keseluruhan dari Malaysia 1 Emas
3 Perak
1 Gangsa

Walau bagaimanapun misi, tugas dan tanggungjawab telah dilaksanakan dengan baik dan lancar oleh semua peringkat dari Pengurus pasukan, jururlatih dan atlet sepanjang kami di sini dan ini merupakan ole-ole dari Bangladesh yang dapat kami bawa pulang ke Malaysia sebagai tanda ingatan dan tidak di pandang rendah oleh negara-negara yang turut sama bertanding yang sangat menghormati pasukan Negara kita pada edisi kali ini. Tirai kejohanan telah pun dilabuhkan dan penerbangan ke Malaysia pada jam 4.30 waktu Dhaka dan dijangka sampai ke Lapangan Terbang LCCT pada jam 10.30 waktu tempatan. Selamat tinggal Bangladesh semoga menjadi suatu kenangan yang indah yang tidak dapat dilupakan untuk kami semua sepanjang kami di sini.

Sekian sahaja laporan terakhir daripada Pengurus Pasukan di kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH.

Sekian, terima kasih.

Hairul Anuar bin Abu Bakar
Pengurus Pasukan