29 Jun 2011











28 Jun 2011
Kejohanan angkat berat "37th Men - 17th Women World Junior Weightlifting Championships" diadakan di Pulau Pinang mulai 28 Jun hingga 7 Julai 2011. Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada satu kejohanan yang bertaraf tinggi dan merupakan peluang yang amat baik bagi atlet-atlet negara untuk turut bertanding disamping atlet-atlet angkat berat bertaraf dunia. Pendedahan begini amat berharga pada atlet-atlet muda kita.
Seramai 317 atlet dari 53 negara mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Negara-negara yang mengambil bahagian adalah seperti berikut :
1. Albania 2. Armenia 3. Australia 4. Austria 5. Latvia 6. Nauru 7. Tuvalu 8. Kiribati 9. Papua New Guinea 10. Singapore 11. Dominica Republic 12. Belarus
13. Lithuania 14. Great Britain 15. Tunisia 16. Iraq 17. Slovakia 18. Sweden 19. Moldova 20. Kazakhstan 21. Poland 22. U.S.A. 23. China 24. Malaysia
25. Russia 26. Korea 27. Turkmenistan 28. Indonesia 29. Chile 30. Equador 31. France 32. Vietnam 33. Romania 34. Bulgaria 35. Azerbaijan 36. Egypt
37. Philippines 38. Mongolia 39. Italy 40. Samoa 41. Canada 42. Ukraine 43. Iran 44. Turkey 45. DR Korea 46. Columbia 47. Kyrgystan 48. New Zealand
49. Chinese Taipei 50. Japan 51. India 52. Spain 53. Thailand
Penyertaan atlet-atlet Malaysia adalah bagi ketegori-kategori berikut:
Lelaki
1. Mohd Anas Malik - 56 kg
2. Zulhelmi Md Pisol - 56 kg
3. Mohd Dinie Akmal - 62 kg
4. Mohd Fadli - 62 kg
5. Khairul Asnawi - 69 kg
6. Kenneth Cory - 77 kg
7. Elisha Louis - 105 kg
8. Khoo Jian Peng - + 105 kg
Wanita
1. Azizah Fadzil - 48 kg
2. Freanceay Titus - 58 kg
3. Norsahida Abd Halim - 63 kg
4. Khairani Mohd Malik - 63 kg
5. Nor Khasida Abd Halim - 69 kg
6. Nurul Hatimi Azmi - 75 kg
Mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada jam 7.00 petang di Hotel Equatorial. Esok, atlet-atlet Malaysia akan menjalani latihan rasmi pada jam 2.00 petang di PISA.
Sekian laporan untuk hari pertama.
--
Harun Osman
Unit Pelapis Kebangsaan

Hari terakhir Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2011 di Kompleks Sukan Rakan Muda Jempol bermula pada pukul 7.30 malam dan berakhir pada pukul 10.05 malam dengan mempertandingankan perlawanan akhir bagi 9 kategori. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Presiden PTAM, Tan Sri Hj. Isa bin Dato Hj. Abdul Samad. Keputusan perlawanan akhir adalah seperti berikut:
Kategori 49kg
1. Mohd Azran (P.Pinang)
2. Mohd Sharil (SEL)
Kategori 64kg
1. Iswaran (ATM)
2. Hafiz (KDH) - tarik diri
Kategori 81kg
1. Shukri (ATM)
2. Ahmad Fadli (PRK) - tarik diri
Kategori 46kg
1. Jaya Raman (ATM)
2. Mohd Faisal (NS)
Kategori 52kg
1. Kamarulzaman (ATM)
2. Mohd Amin (JHR)
Kategori 56kg
1. Mohd Idaham (SEL)
2. Wan Riduan (ATM)
Kategori 60kg
1. Alnazirul (ATM)
2. Mohd Zailani (PRK)
Kategori 69kg
1. Sulaiman (JHR)
2. Badrul Hisham (NS)
Kategori 75kg
1. Rudy (MLK)
2. Mustakim (ATM)
--
ADAM BIN SHAZAN AMIR
Turut serta adalah pasukan-pasukan daripada Pelapis Kebangsaan, Serantau serta Negeri. Kejohanan ini dijangka berakhir pada pukul 5 petang esok.
Azrul Hisyam