Thursday, December 8, 2011

Sekitar Karnival Pelapis X Perlis 2011

Sempat juga menjenguk ke beberapa vanue pertandingan untuk hari ini. Good job semua

KEM MENEMBAK PELAPIS KEBANGSAAN 2011

Hari Ketujuh

Tarikh : 7 Disember 2011
Masa : 7.30am - 11.00pm
Tempat : Kompleks Sukan Pelayaran Langkawi & Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM)
Jumlah Pegawai : 2 orang
Jumlah Atlet : 10 Orang Pelapis Kebangsaan
                      13 Orang Pelapis Negeri
Jumlah Coach : 4 Orang
Pegawai ISN : 2 orang

Laporan :

Pada hari ini latihan masih berjalan seperti biasa bermula dari jam 8.00am sehingga jam 1.00pm.  Pasukan Pelapis amat berbesar hati kerana menerima lawatan dari Laksamana Muda Dato' Musa Omar iaitu Panglima Rancang dan Operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang datang sempena 'LIMA di Langkawi'.  

Lawatan yang dibuat mengambil masa lebih kurang 30 minit dan beliau sempat beramah mesra bersama jurulatih serta atlet. Selain itu, beliau juga telah mengundang pasukan untuk makan tengahari bersama beliau di atas kapal pada esok hari (8 Disember 2011).  

Tamat sahaja latihan sesi petang, pasukan menembak telah pulang ke kompleks untuk menjalani sesi conditioning di bawah pengendalian Pn. Chee Yoon Peng (Apple) dari jam 5.00pm hingga jam 6.00pm.  

Sebelah malam pula, aktiviti bebas dijalankan tetapi atlet tidak dibenarkan keluar dari kawasan kompleks.  Mereka hanya berada di kawasan bangunan sambil melayari wifi yang ada di tingkat bawah bangunan.


Laporan disediakan oleh:
Norjihan

Mesyuarat KUN Bil 4/11

Kesempatan semasa penganjuran Karnival Pelapis di Negeri Perlis ini telah diambil oleh pihak Cawangan untuk mengadakan mesyuarat KUN Bil 4/11 pada pagi ini di Bilik Sri Anggerik 1, Hotel Seri Malaysia. Laporan pelaksanaan program, isu-isu pentadbiran, program latihan serta beberapa perkara lain turut dibincangkan semasa mesyuarat ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis dan dihadiri seramai 14 orang KUN, 14 orang PPN serta Ketua-ketua Unit Cawangan Pelapis.

KARNIVAL PELAPIS NEGERI KE-X PERLIS 2011 - PENYERTAAN ATLET/PEGAWAI MENGIKUT SUKAN

Wednesday, December 7, 2011

Karnival Pelapis Negeri 2011 Perlis

Majoriti kontinjen-kontinjen daripada negeri telah pun tiba dengan selamat di bumi Perlis ini dan sesi latihan telah pun diadakan pada sebelah pagi dan petang.

Mesyuarat pengurus pasukan juga sedang berlangsung sekarang.

Sesi latihan bagi sukan gimrama turut diadakan pada petang ini dan dihadiri sesi latihan ini dijangka berakhir pada jam 6.30 petang.

KARNIVAL PELAPIS NEGERI KE-X PERLIS 2011 (7/12/2011)


























Pada pagi ini (7hb / Rabu) semua Urusetia Cawangan Pelapis & Cawangan Pengurusan Kejohanan akan mengadakan lawatan ke semua venue-venue pertandingan bagi melihat status persiapan serta akan membantu pihak Urusetia Pengelola bagi urusan terakhir sebelum pertandingan dimulakan pada pagi esok (8hb / Khamis). Venue-venue yang terlibat:
1. Memanah - Padang Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
2. Gimrama - Dewan Harum Manis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
3. Tinju - Dewan Komp Sukan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
4. Angkat Berat - Dewan SM Vokasional Arau.
5. Sepak Takraw - Dewan Kompleks Sukan UiTM Arau.
6. Terjun - Kolam Renang Kompleks Sukan Negeri.



































Mesyuarat Pengurus Pasukan pula akan dijalankan pada hari ini (7hb / Rabu) di
Politeknik (Bilik Kuliah 1.1-1.8) seperti berikut:

5.00 ptg: Angkat Berat, Memanah & Terjun.
8.30 mlm: Gimrama, Tinju & Sepak Takraw

Azrul Hisyam

KARNIVAL PELAPIS NEGERI KE-X PERLIS 2011 (6/12/2011)


Pergerakan pegawai & anggota Cawangan Pelapis bersama jurulatih & atlet Pelapis Kebangsaan sukan angkat berat telah selamat tiba pada jam 6.00 petang (6hb / Selasa) manakala atlet-atlet Pelapis Serantau (ASZS) pada jam 10.00 malam di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis yang merupakan Perkampungan Sukan bagi Karnival pada kali ini.

Seterusnya pada jam 8.30 mlm, Urusetia Cawangan Pelapis bersama Pegawai Cawangan Pengurusan Kejohanan telah mengadakan perbincangan dengan pihak Urusetia Pengelola (USPTN Perlis) di MSN Perlis bagi membincangkan status terkini persiapan:
- Penginapan Kontinjen & Pegawai Teknikal
- Pengesahan Pegawai Teknikal yang akan bertugas.
- Venue & peralatan pertandingan.
- Pengangkutan Dalaman.
- Mesyuarat Pengurus Pasukan.
- Buku Profile Mesyuarat (mengikut sukan).
- Lain-lain perkara melibatkan upacara penyampaian pingat, sistem statistik & keputusan serta perubatan.

Setakat ini, pihak pengelola telah berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua kontinjen & akan menyelesaikan beberapa masalah-masalah kecil dalam tempoh terdekat ini.

Azrul Hisyam