Monday, February 13, 2012

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ACC 2012






Hari ini pasukan Malaysia berjaya memungut satu pingat perak melalui Mohd Harif Salleh bagi acara scratch race men elit. Pingat emas dimenangi oleh pelumba dari Chinese Taipei manakala pingat perak diperolehi oleh pelumba dari Thailand.

Bagi acara scratch wanita elit pasukan Malaysia yang diwakilli oleh pelumba yang baru di naik taraf ke program elit track iaitu Ju Pha Somnet hanya menduduki tempat ke lima yang mana pingat emas di menangi oleh dari pelumba Hong Kong.

Acara omnium 1 men elit bagi acara point race pelumba negara yang diwakilli oleh pelumba pelapis iaitu Amirul Anuar Jafri tidak dapat meneruskan pelumbaan.

Acara yang menjadi tumpuan hari ini adalah bagi acara keirin yang mana 2 pelumba remaja negara layak ke final setelah melepasi pusingan awal.

Manakala Ummi Hamimah turut layak ke final keirin wanita junior setelah memenangi pusingan pertama manakala Lauretta Eva Adrian hanya menduduki tempat kelima didalam saringan dan hanya layak penentuan tempat 6-8.

Bagi acara keirin men elit kedua -dua pelumba sensasi negara Azizul Hasni Awang dan Josiah Ng layak ke peringkat separuh akhir walaupin terpaksa mengharungi lalaun pusingan repercharge.

Acara keirin wanita elit fatehah mustafa juga turut layak ke peringkat separuh akhir cuma ju pha somnet terkandas di pusingan awal dan tidak layak ke pusingan seterusnya.
Berikut adalah startlist bagi acara keirin yang melibatkan pelumba negara.

Keirin Men Junior Final
Tanaguichi Ryohei -Japan
Shimizu Hiroto-Japan
Wang Ji Hyeon-Korea
Kim Yeong Soo-Korea
Mohd Fauzan Nor Azman-Malaysia
Malek Marcuss Mccrone-Malaysia

Keirin Women Junior Final
Tsang Hiu Tang-Hong Kong
Oh Hyeon Ji-Korea
Kim Sola-Korea
Ummi Hamimah Mohamad-Malaysia
Cheng Yu Shiu-Chinese Taipei
Hong Yu Ting-Chinese Taipei

Keirin Semi Final Men Elit

Heat 1
Zhang Lei-China
Parash Mohamad-Iran
Kim Minjun-Korea
Josiah Ng-Malaysia
Worayut Kapunya-Thailand
Al Balooshi Badr Ali Ahmad Thani-Uae

Heat 2
Wu Lok Chun-Hong Kong
Parash Mahmuod-Iran
Watanabe Kazunari-Japan
Nitta Yudai-Japan
Jun Won Gun-Korea
Azizul Hasni Awang-Malaysia

Acara bagi keirin men elit dan women peringkat separuh akhir akan bermula pada pada jam 9.00 pagi. Di harap pelumba negara dapat menghasilkan pingat emas untuk negara melalui acra keiri

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh:-
Azrain

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ACC 2012






Hari ini pasukan malaysia berjaya memungut 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Pingat pertama hari ini diperolehi menerusi pasukan team sprint lelaki junior yang diwakilli oleh malek marcus,mohd fauzan dan mohd asri suraizi yang menewaskan pasukan hong kong.pujian harus diberikan kepada pasukan ini walaupun baru digabungkan tidak sampai 2 bulan tetapi berjaya mendapat pingat gangsa.

Pingat kedua hari juga diperolehi menerusi lauretta eva adrian menerusi acara kegemaranya iaitu 500m time trial dengan mendapat pingat gangsa yang mana pelumba dari chinese taipei menjuarai acara ini dan pingat perak diperolehi oleh pelumba korea.

Pingat ketiga menerusi pelumba pecut remaja wanita ummi hamimah yang memperolehi pingat perak yang mana beliau tewas kepada pelumba korea dengan keputusan 1-2. Ini merupakan keputusan terbaik sepanjang penglibatan pasukan remaja wanita yang keputusan yang terbaik menerusi ju pha somnet yang memenangi pingat gangsa di acc 2010 di uae. Syabas dan tahniah kepada beliau walaupun hanya menjalani atihan sepenuh masa sejurus tamat peperiksaan spm pada 15 disember yang lalu.

Lauretta eva adrian tewas kepada pelumba korea dalam perebutan pingat gangsa dengan keputusan 2-0.

2 pingat perak hari ini juga disumbangkan oleh pelumba elit negara menerusi acara sprint lelaki azizul hasni awang yang tewas kepada watanabe iaitu pelumba jepun yang mana beliau juga pernah memenangi pingat emas di acc 2006 juga di velodrome yang sama tahkala azizul memenangi sprint junior.manakala fatehah menerusi acara sprint wanita tewas kepada pingat emas sukan asia acara 500m time trial lee wai tze dan ini merupakan pencapaian terbaik beliau bagi acara sprint.

2 atlet remaja negara juga turun bagi acara point race lelaki junior iaitu erwandie lakasek yang mendapat tempat ke 9 yang merupakan kejohanan antarabangsa beliau yang pertama yang mana atlet ini menjalani latihan di di PLN kemaman.

Bagi acara point race wanita junior juga disertai oleh pelumba yang memenangi pingat perak acara scratch semalam iaitu noor azian maslin sazali dengan mendudki tempat ke 5. Pujian harus diberikan walaupun kali pertama menyertai acara ini beliau berjaya memberi saingan kepada pelumba kore dan hong kong yang sering mendominasi acara ini.

Bagi acara 1km men junior peserta negara yang diwakilli oleh malek marcus amat tidak bernasib baik apabila dibezakan 00:163 saat dengan peserta korea bagi pungutan pingat gangsa. Masa yang dicatatkan oleh beliau 1:09.787 merupkan catatan terbaik beliau. Pingat emas di menangi oleh pelumba hong kong dan pingat perak oleh pelumba Jepun.

Esok beberapa acara yang melibatkan pelumba negara:-

Acara scratch women elit
ju pha som net

Acara sctatch men elit
mohd harif salleh

Keirin men elit qualifying
azizuul hasni awang
josiah ng

Keirin men junior
malek marcuss
mohd fauzan nor azman

Keirin women elit
fatehah mustafa
ju pha som net

Keirin women junior
ummi hamimah mohamad
lauretta eva adrian

Bagi acara keirin diharap pelumba -pelumba negara layak ke pusingan akhir yang akan diadakan pada 12 februari nanti.

Sekian terima kasih.

Laporan di sediakan oleh:
Azrain

Friday, February 10, 2012

Perjumpaan Bersama Jurulatih Berbasikal PLN: Kejohanan ACC 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti didalam perancangan Cawangan Pelapis, hari ini seramai 10 orang jurulatih JPM dan JSM Berbasikal Pelapis Negeri telah melaporkan diri di Majlis Sukan Negara bagi melibatkan diri di Kejohanan Asian Cycling Championships (ACC) 2012 di Veledrom Cheras, Kuala Lumpur. Jurulatih terlibat akan terlibat di kejohanan ini sehingga 12 Februari 2012 yang mana mereka perlu melakukan beberapa tugas pemantauan dan menimba pengalaman sebaik mungkin dengan di kejohanan bertaraf antara bangsa ini.

Satu taklimat ringkas telah diadakan pada jam 2.30 Petang di bilik Dahlia, MSN. Memandangkan Ketua Jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu cikgu suod terikat dengan jadual kejohanan yang ketat,  Sesi penerangan ini telah dikendalikan oelh En. Rosli Salleh.

Beberapa pecahan kumpulan telah dibuat seperti berikut:-

KUMPULAN A
1. Ahmad Musa - TRG
2. Firdaus Daud - JHR
3. Jatin Imat      - SBH

KUMPULAN B
1. Khairul Anuar Bahadun   - KED
2. Zulkarnain Mat Zaki        - KEL
3. Hishamuddin Mohd Zaki  - PRK

KUMPULAN C
1. Shahril Abu Bakar                  - NS
2. Mohd Fauzi Hashim               - PAH
3. Rozimi Omar                         - TRG
4. Syed Mohd Faizal Syed Idrus - TRG

Jurulatih terlibat akan membentangkan tugas-tugas yang diberikan ini secara berkumpulan pada malam besok bersama-sama Ketua Jurulatih. 

--
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN 

Laporan Pemantauan Kompleks Angkat Berat untuk Kem PS

Salam

Pemantauan telah dilakukan pada 8 Feb 2012 bertempat di Pusat Latihan Angkat Berat Kebangsaan di Rompin. Dalam lawatan ini pihak urusetia telah melihat  asrama tempat penginapan dan tempat untuk menjalankan aktiviti sepanjang kem berlansung.

Asrama (Penginapan)

Bilik penginapan berempat satu bilik agak selesa dan jumlah yang boleh diduduki lelaki seramai 60 orang dan wanita 30 orang (1 bilik 4 orang). Asrama ini juga diduduki oleh atlet angkat berat Pahang.

Tempat aktiviti

Cadangan ukt melaksanakan aktiviti outdoor adalah di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin  yg terletak berhampiran dengan tempat penginapan. Perbincangan telah dijalankan bersama Pengurus Kompleks dan pihak beliau memohon untuk pihak kita mengeluarkan surat untuk permohonan penggunaan tempat tersebut.

Makanan

Perbincangan bersama pembekal makanan juga telah diadakan dan pembekal bersetuju untuk menyediakan 5 kali makan sehari.

Lawatan ini turut disertai oleh PKU Pahang dan Sarimah (SDO) dan wakli Bahagian Harta En Raizal dan En Hafiz

Sekian untuk makluman


Laporan di sediakan oleh:
Norizuan

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ACC 2012






HARI KEDUA KEJOHANAN 9 FEB 2012

PERTANDINGAN HARI INI YANG BERMULA JAM 8.30 PAGI YANG MANA HANYA 15 MINIT SAHAJA MASA REHAT DIBERIKAN DENGAN CUACA PANAS TELAH DIBERHENTIKAN PADA JAM 8.30 MALAM AKABIAT CUACA HUJAN?

HARI INI PASUKAN MALAYSIA ELIT BERJAYA MEMPEROLEHI 1PINGAT EMAS MENERUSI MOHD EDRUS YUNUS MENERUSI ACARA 1KM MEN ELIT, PINGAT GANGSA MENERUSI ACARA 500M TIME TRIAL WOMEN ELIT.

BAGI PASUKAN MALAYSIA JUNIOR SETELAH GAGAL DIDALAM PEREBUTAN PINGAT GANGSA DIDALAM ACARA IND PURSUIT LELAKI DAN WANITA SERTA TEAM PURSUIT LELAKI TELAH DITEBUS DENGAN 3 PINGAT MENERUSI PINGAT PERAK PERTAMA OLEH NOOR AZIAN MASLIN SAZALI BAGI ACARA SCRATCH WOMEN,PINGAT KEDUA IAITU PINGAT GANGSA DI PEROLEHI OLEH MOHD FIRDAUS SUARDI MENERUSI ACARA SCRATCH MEN JUNIOR DAN PINGAT KETIGA IAITU PINGAT GANGSA MENERUSI TEAM SPRINT WANITA JUNIOR MELALUI PASANGAN LAURETTA EVA ADRIAN DAN UMMI HAMIMAH MOHAMAD.

KECEMERLANGAN PERSEMBAHAN HARI INI DITERUSKAN BAGI ACARA SPRINT LELAKI SENIOR SPRINT WANITA ELIT DAN SPRINT WANITA JUNIOR DIMANA KETIGA-TIGA PELUMBA NEGARA LAYAK KEPERINGKAT AKHIR YANG AKAN BERAKSI PADA ESOK BERMULA JAM 8.30 PAGI.

BERIKUT ADALAH ACARA YANG MELIBATKAN PELUMBA NEGARA YANG AKAN BERAKSI ESOK.

SPRINT MEN ELIT FINAL
AZIZUL HASNI AWANG VS JAPAN

SPRINT WOMEN ELIT FINAL
FATEHAH MUSTAFA VS LEE WAI TZE HONG KONG

SPRINT WOMEN JUNIOR FINAL
UMMI HAMIMAH MOHAMAD VS KOREA

SPRINT WOMEN JUNIOR PENETUAN PINGAT GANGSA
LAURETTA EVA ADRIAN VS KOREA.

POINT RACE WOMEN JUNIOR FINAL
NOOR AZIAN MASLIN SAZALI

POINT RACE MEN JUNIOR FINAL
IRWANDIE LAKASEK

TEAM SPRINT MEN JUNIOR PENENTUAN PINGAT GANGSA
MALAYSIA VS HONG KONG

SCRATCH MEN ELIT
MOHD HARIS SALLEH

SCRATCH WOMEN ELIT
FATEHAH MUSTAFA.

1KM MEN JUNIOR
MALEK MARCUSS MACCRONE

500M TIME TRIAL WOMEN JUNIOR
LAURETTA EVA ADRIAN

DIHARAP KECEMERLANGAN PRESTASI DAPAT DITERUSKAN DENGAN MEMPEROLEHI BEBERAPA PINGAT DENGAN SASARAN PINGAT MENERUSI ACARA 500M WANITA JUNIOR, SPRINT WANITA JUNIOR, SPRINT LELAKI MEN ELIT, SPRINT WOMEN ELIT DAN POINT RACE WANITA JUNIOR.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Thursday, February 9, 2012

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ACC 2012








Salam

Hari ini kejohanan Asian Cycling Champioship 2012 dimulakan dengan acara trek di mana 5 pingat di tawarkan.

Berikut adalah acara yang dipertandingkan yang melibatkan pelumba negara

individu pursuit wanita junior
emas- oh hyeon ji -korea
perak- pang yao-hong kong
gangsa- lee tai hung-chinese taipei
no.4. -noor azian maslin sazali -malaysia

individu pursuit lelaki junior
emas-leung chun wing-hong kong
perak- gaineyev robert-kazakstan
gangsa- suzuki kohei-japan
no.4- mohd firdaus suardi- malaysia

individu pursuit wanita elit
no.8. nurul syakinah abd karim.

individu pursuit lelaki elit
no.10 wan syazwan afiq wan shahril anwar.

point race wanita elit

kelayakan sprint junior lelaki
repercharge -
malek marcus
mohd fauzan nor azman

kelayakan sprint junior wanita
semi final
ummi hamimah mohamad
lauretta eva adrian

kelayakan sprint elit wanita
suku akhir
-fatehah mustafa
repercharge
ju pha som net

kelayakan sprint elit lelaki
suku akhir-
azizul hasni awang
repercharge
mohd edrus yunus

kelayakan team sprint wanita junior
placing bronze n 4rd
malaysia vs hong kong
ummi hamimah/lauretta eva adrian

kelayakan team sprint lelaki junior
placing bronze n 4rd
malaysia vs hong kong
malek marcus/mohd fauzan nor azman/mohd asri suraizi

kelayakan team sprint lelaki elit
no.5- malaysia
mohd fattah amri zaid/mohd edrus yunus/mohd fakharuddin dawod

acara untuk esok-9 feb.2012

1 km elit lelaki final
malaysia-mohd edrus yunus

500m wanita elit final
malaysia-fatehah mustafa

sprint quater final elit lelaki
azizul hasni

sprint semi final wanita junior
lauretta eva adrian
ummi hamimah

team sprint lelaki
penentuan pingat gangsa
malek marcus/asri suraizi/mohd fauzan

team sprint wanita junior
penentuan pingat gangsa
ummi hamimah/lauretta eva adrian

kelayakan team pursuit lelaki junior
malaysia
mohd firdaus suardi
low ji meng
mohd firdaus suardi
mohd firdaus abd karim

kelayakan team pursuit lelaki elit
malaysia
mohd al ghazali abd hamid
abd rashid ibrahim
hamdan hamidun
mohd faiz izuddin omar

kelayakan team pursuit wanita junior
malaysia
lauretta eva adrian
ummi hamimah mohamad
noor azian maslin sazali

sekian terima kasih.

Wednesday, February 8, 2012

LAPORAN RINGKAS MESYUARAT PENGURUS PASUKAN ACC 2012

Tempat:OCM Hotel
Pemeriksaan lesen dan jersey
Masa:6.00 pm
Mesyuarat Pengurus Pasukan
Masa:7.00 pm

Perasmiaan kejohanan telah disempurnakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Mokhtar Dahari.Perasmiaan ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara.

Kejohanan pada kali ini melibatkan 27 buah negara yang menyertai yang peserta berjumlah 217 atlet junior dan senior acara trek yang mana secara rasmi bermula pada 8hb (rabu). Kejohanan ini juga merupakan kejohanan utama bagi pelumba-pelumba senior mengutip mata ke sukan olimpik London 2012.

Penginapan pasukan yang menyertai kejohanan ini ditempatkan di Hotel Olimpik,Hotel Midah dan Hotel Mandarin Court.

Berikut adalah senarai pelumba negara akan beraksi esok yang akan bermula pada jam 8.30 pagi.

Acara
Individu Pursuit women junior
1. Noor Azian Maslin Sazali

Individu Pursuit men junior
1. Mohd Firdaus Suardi

Individu Pursuit men elit
1. Wan Shazwan Wan Shahril Anwar

Individu Pursuit women elit
1. Nurul Syakinah

Sprint men junior qualifying
1. Malek Marcus Mcrone
2. Mohd Fauzan Nor Azman
3. Asri Suraizi Mohd Riadzi

Sprint men elit
1. Azizul Hasni Awang
2. Edrus Yunus

Sprint women junior
1.Ummi hamimah mohamad
2. Lauretta eva adrian

Sprint women elit
1. FatehaH mustafa
2.Ju pha Som net

Team Sprint men qualifying
1. mohd fattah amri zaid
2. mohd edrus yunus
3. mohd fakharuddin dawod

team sprint men junior qualifying
1. mohd fauzan nor azman
2. malek marcus mccrone
3. mohd asri suaraizi mohd radzi

team sprint women junior qualifying.
1. ummi hamimah mohamad
2. lauretta eva adrian

Point race women elit final
1. mardiana mohd radzi

sekian harap maklum.

Laporan disediakan oleh:
Azrain