Tarikh : 19 April 2011
8.00 pagi - 9.30 pagi
Hari terakhir bagi sesi pagi dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan latihan ringan didalam gimnasium bagi persediaan untuk mini pertandingan yang akan dimulakan pada jam 3.00 petang. Atlet diberikan rehat panjang sebelum pertandingan bermula.
3.00 petang - 6.30 petang
Selepas atlet diberikan rehat yang panjang, mini pertandingan dimulakan dengan kategori 69 keatas dan 69 kebawah lelaki dan wanita. 40% atlet menunjukkan peningkatan dari segi teknik angkatan dan peningkatan rekod angkatan peribadi.
8.30 malam - 11.00 malam
Sesi malam terakhir kem bakat angkat berat adalah sesi rumusan daripada jurulatih mengenai keseluruhan pencapaian atlet, nasihat dan amanat untuk atlet-atlet muda sebelum berakhirnya kem bakat angkat berat siri 1 bagi tahun 2012.
Laporan disediakan oleh:
Adam Shazan Amir















