Thursday, March 19, 2015

BENGKEL PENULISAN PELAN PEMBANGUNAN SUKAN FASA AKHIR 2015 - 2022 / 2023 : HARI KETIGA (18 MAC 2015)

Sukan Akuatik Renang 
Tempat : Bilik Merbok, Casa 2, MSNM
Tarikh : 16 - 19 Mac 2015
Moderator : Dr. Eliza Hafiz

Semalam telah berlangsung hari yang ketiga Fasa Akhir penulisan Blueprint sukan Akuatik Renang yang dihadiri oleh wakil persatuan Renang Malaysia Pn. Mae Chan bersama jurulatih renang Luar Negara (JLN) En. Paul Birmingham serta pegawai MSN iaitu Pn. Puah Pei Ling berserta En. Mohd Dinie Suhami. Penulisan ini diselaraskan oleh seorang moderator iaitu Dr Eliza Hafiz. 

Sukan Badminton ditangguh pada 18 Mac 2015 atas beberapa kekangan tugas bagi individu-individu yang terlibat. Walaubagaimanapun akan disambung semula pada 19 Mac 2015 (Khamis) nanti. Perbincangan diteruskan kepada empat (4) teras utama iaitu Pembangunan Organisasi, Pencarian Bakat Dan Pengkhususan Bakat, Penyertaan Dan Kemudahan Latihan, Kejurulatihan Dan Pembangunan Program Latihan, serta Pengukuhan Pertandingan. 
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM


Wednesday, March 18, 2015

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN USPTN SELANGOR 2015 (26.02.2015)

Pemantauan PLN dan Audit Program USPTN Selangor Fasa 01/15 bersambung pada hari kedua pada 26 Februari 2015. Berikut merupakan laporan ringkas pemantauan tersebut :

Sukan Gimnastik/Gimrama
PLN               :  SJK (C) Yuk Chai, Kelana Jaya
Jurulatih     : Foong Siew Ting (JSM) - Gimrama & Wan Mohamad Akmal Hakim (JSM) - Gimnastik
Jumlah atlet  : 16 atlet.

1. PLN ini merupakan pusat latihan sokongan kepada PLN sedia ada.
2. Menggunakan dewan sekolah dan berkongsi dengan sukan lain.
3. Latihan dijalankan 3 sesi seminggu. (3 sesi).
4. Mendapat kerjasama baik dari pihak sekolah.
5. Bagi sukan gimnastik, peralatan latihan asas adalah mencukupi dan pusat ini sesuai bagi pusat awalan kepada atlet - atlet baru gimnastik.

Isu - isu
1. Cadangan pengekalan PLN sokongan ini memandangkan komitmen dari JSM dan pihak sekolah komited bagi membangunkan sukan gimnastik / gimrama.

Sukan Pelayaran
PLN             : Pantai Batu Laut, Kuala Langat, Banting
Jurulatih      : Shahrul Abd Razak ( JPM ) & Mohd Noorhafizan Yusran ( JSM )
Jumlah atlet : 21 atlet

1. Latihan dijalankan oleh JPM dan dibantu oleh JSM
2. Pemantauan turut disertai oleh En Abd Aziz Abas, Penolong Setiausaha Persatuan Perahu Layar Selangor. Komitmen Persatuan adalah baik dan sukan ini turut dibantu oleh Majlis Daerah Kuala Langat dari segi kemudahan dan lojistik.
3. Latihan dijalankan 6 sesi seminggu. (6 sesi)
4. PLN ini mempunyai asrama bagi kemudahan penginapan ketika kem dan latihan pusat yang boleh menempatkan 20 orang atlet.
5. JPM memaklumkan akan memohon dan menggunapakai khidmat sains sukan pada tahun ini

Isu - isu
1. Kekurangan peralatan terutamanya layar.
2. Bantuan bot optimist belum diperolehi.
3. Terpaksa menghadkan pengambilan atlet baru memandangkan kekurangan bot.

Sukan Berbasikal
PLN             : Kompleks Sukan Kelana Jaya
Jurulatih       : Mohd Yusof Abd Nasir (JSM)
Jumlah atlet : 22 atlet

1. Ketika pemantauan dijalankan, JSM mengendalikan latihan di gym bagi sesi latihan bebanan.
2. Latihan dijalankan 6 sesi seminggu (6 sesi)

Isu - isu
1. Persatuan Berbasikal Selangor ingin memohon JPM dari pihak Cawangan.

Sukan Memanah
PLN              : Padang Lawn Bowl, Seksyen 13
Jurulatih       : Nurul Atikah Amran ( JSM )
Jumlah atlet : 13 atlet

1. PLN ini mempunyai jarak padang maksimum 90 meter.
2. JSM yang bertugas merupakan bekas atlet Sukma Selangor.
3. Ketika pemantauan dijalankan 5 atlet menjalani latihan.
4. Khidmat sains sukan adalah berdasarkan kepada permintaan oleh USPTN.
5. Kehadiran atlet 90 peratus pada hujung minggu.

Isu - isu
1. JSM memaklumkan set bow dibeli sendiri oleh atlet.
2. PLN ini pernah diarah berpindah oleh MSNS Holding. USPTN Selangor perlu cari alternatif PLN lain jika diarahkan berpindah lagi.
3. Dari segi target butt adalah mencukupi, kekangan dari kuantiti arrow.

Sukan Tenis
PLN              : Gelanggang Tenis Kompleks Sukan MBPJ, Kelana Jaya
Jurulatih        : S. Selvarajoo ( JSM ) & K. Mahendran (JSM)
Jumlah atlet  : 53 atlet

1. PLN ini mempunyai 5 JSM dan ketika pemantauan dijalankan 2 JSM sedang menjalankan latihan.
2. Mempunyai 4 gelanggang dimana 3 gelanggang terbuka dan 1 tertutup
3. Ketika pemantauan dijalankan 13 atlet menjalani latihan.
4. Latihan dijalankan 7 sesi seminggu (7 sesi)
5. Ada menggunakan khidmat ISN untuk ujian kecergasan.

Isu - isu
1. JSM memohon medicine ball untuk kegunaan ketika latihan. Cadangan kepada USPTN Selangor untuk menggunakan peruntukan 20 k pembelian peralatan memandangkan pada tahun 2014, USPTN Selangor menggunakan peruntukan tersebut bagi pembelian net.

Sukan Olahraga
PLN              :  Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Jurulatih        : Zolkifly Ab. Majid ( JSM )
Jumlah atlet : 24 atlet

1. PLN ini berada dalam keadaan baik dan selesa yang milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
2. Ketika pemantauan dijalankan sesi latihan telah tamat. PLN ini menjalankan latihan multilateral bawah 15 tahun, sprint dan middle / long.
3. Latihan dijalankan 3 sesi seminggu (3 sesi)
4. JSM menjalankan ujian kecergasan dan mempunyai periodisasi.

Isu - isu
1. JSM memohon mini hurdle pada pemantauan terdahulu. Isu ini telah diselesaikan dan menunggu pembekalan dari pihak Cawangan.

Sukan Taekwondo
PLN               : 188, Jalan Persiaran, Pelabuhan Klang
Jurulatih         : En. Balakrishnan A/L V.K (JSM)
Jumlah Atlet : 20 orang


1.. PLN ini adalah milik kelab.
2. Kehadiran atlet adalah dalam 80%
3. Semua atlet PLN mengikut senarai dari TM.
4. Latihan dijalankan 4 sesi seminggu.
LAPORAN OLEH,
FAIRUL FADZLI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN USPTN SELANGOR 2015 (25.02.2015)

Pemantauan PLN dan Audit Program USPTN Selangor Fasa 01/15 telah dan akan dilaksanakan bermula dari 25 - 27 Februari 2015. Berikut merupakan laporan ringkas pemantauan tersebut :

Sukan Terjun
PLN           : Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam
Jurulatih    : Rossarisham Roslan ( JPM )
                    Li Boxu ( JLN ) - Geran bantuan gaji lantikan MSN Selangor
Jumlah atlet : 20 atlet

1. Latihan dikendalikan oleh JPM dan dibantu oleh JLN.
2. Ketika pemantauan dijalankan 3 orang atlet sedang menjalani latihan. JPM memaklumkan latihan dijalankan 2 sesi 1 hari 6 hari seminggu. ( 12 sesi )
3. Tiada perkhidmatan ISN bagi sukan ini.
4. JPM memaklumkan berkaitan atlet tidak kekal lama dalam program. Apabila intensiti latihan semakin tinggi, ramai atlet menarik diri dari program.

Isu - isu
1. Spring board di dry gym tidak mencukupi. Hanya terdapat 1 spring board sahaja. USPTN Selangor telah membuat permohonan kepada Perbadanan Stadium.

Sukan Menembak
PLN           : Lapang Sasar Menembak Subang
Jurulatih     : Azmi Zakaria (JPM)
Jumlah atlet : 20 atlet

1. JPM mempunyai pelan periodisasi.
2. Latihan dijalankan 2 sesi 1 hari 6 hari seminggu. ( 12 sesi )
3. Tiada perkhidmatan ISN bagi sukan ini.

Isu - isu
1. Kekurangan peralatan terutamanya pistol, jaket dan glove merupakan isu utama. JPM memaklumkan kekurangan glove menyebabkan atlet menggunakan towel dan glove kain bagi menjalani latihan.
2. JPM mohon pembelian Competitive Electronic Prochrono Digital iaitu alat bagi mengukur kelajuan peluru memandangkan pistol dan rifle merupakan peralatan lama.

Sukan Angkat Berat
PLN           : PLN Batu 18 Hulu Langat
Jurulatih     : Naharudin Mahayudin ( JPM ) & Tamyiz Johari (JSM)
Jumlah atlet : 13 atlet

1. Dikendalikan oleh JPM Naharudin dan dibantu oleh JSM. JPM tinggal di PLN ini bagi menguruskan latihan dan PLN.
2. Latihan dijalankan 2 sesi 1 hari 5 hari seminggu ( 10 sesi )
3. PLN ini telah dibaikpulih sendiri oleh JPM dan JSM yang asalnya berada dalam keadaan usang
4. Ketika pemantauan dijalankan, USPTN Selangor telah mengadakan Klinik dan TID bagi sukan Angkat Berat di SK Lubuk Kelubi Hulu Langat dengan kerjasama dari Unit TID, ISN dan disertai oleh 300 orang murid sekolah bawah 12 tahun.

Isu - isu
1. Kekurangan set bar bawah 12 tahun dan bar wanita. Isu ini merupakan isu ketika pemantauan sebelum ini. Untuk makluman Pihak Cawangan telah membekalkan 1 set bar bawah 12 tahun.

Sukan Skuasy
PLN           : Astaka Petaling Jaya
Jurulatih     : Henry Tan ( JSM ) & Chang Chain Cheong (JSM)
Jumlah atlet : 34 atlet

1. PLN ini mempunyai 6 gelanggang dan 4 digunakan oleh USPTN Selangor
2. Latihan dilaksanakan - 2 sesi setiap hari latihan iaitu 5-7 petang untuk atlet senior (15-19) dan 7-9 malam untuk atlet junior (B 11 - 14).
3. Mendapat sokongan penuh dari Persatuan Skuasy Selangor.
4. Menjalankan ujian kecergasan pada setiap hari Khamis ( sekali setiap bulan ).
5. Ketika latihan 8 orang atlet menjalani latihan. JSM memaklumkan atlet lain dalam proses untuk menyertai Kejohanan CIMB Open yang akan berlangsung dari 26 Februari - 1 Mac 2015 di Bukit Jalil.

Isu - isu
1. JSM memaklumkan gelanggang tidak mencukupi bagi menampung pertambahan atlet.
2. Perancangan dari Persatuan untuk menggunakan servis dari ISN secara lebih kerap dan teratur.

Pemantauan akan bersambung pada hari kedua - 26 Februari 2015.
LAPORAN OLEH,
FAIRUL FADZLI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN KELANTAN 2015 (24.02.2015)

Hari kedua pemantauan dan audit 8 fail USPTN Kelantan telah dijalankan pada 24/2/2015 iaitu bermula dengan audit 8 fail dan diikuti dengan sukan tinju, angkat berat, memanah, wushu dan skuasy. Berikut adalah laporan ringkas mengikut sukan:-

Tempat : USPTN Kelantan
Kehadiran : Pn. Nazlin Shima Rosli, Cik Fadilah, Pn. Rita Dan Pn Sofia

Isu/ Makluman
1. Maklumat pusat latihan : Tidak dikemas kini dan kurang lengkap.
2. Maklumat/ data jurulatih : lengkap, mempunyai profile jurulatih sahaja tetapi tidak dikemaskini, surat lantikan dan kontrak jurulatih disimpan di dalam fail peribadi jurulatih masing-masing
3. Laporan bulanan : lengkap dan bayaran elaun JSM mengikut laporan yang dihantar
4. Periodisasi : Semua sukan lengkap kecuali sukan wushu dan tenis. Sukan-sukan lain sediakan oleh JPM.
5. Maklumat data sains sukan : terdapat laporan dan keputusan ujian yang dijalankan oleh pihak ISN/ USM
6. Maklumat atlet/ prestasi : lengkap
7. Takwim tahunan : perancangan tahunan USPTN tiada, hanya mempunyai takwim kejohanan mengikut sukan sahaja.
8. Inventori peralatan : barang yang diterima direkod dan disimpan di dalam fail
9. Temasya sukma: lengkap dari tahun 2012 hingga 2014

Rumusan : perlu dikemaskini dan penambahbaikan susunan maklumat/ data semua fail mestilah mengikut abjad supaya lebih tersusun dan mudah untuk membuat rujukan.

Sukan: Tinju
Tempat : Smk. Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan

Isu/ Makluman : 
1. Pusat latihan telah pulih sepenuhnya selepas terkena banjir
2. Jurulatih memaklumkan banyak glove rosak kerana ditenggelami banjir dan PPN telah mohon untuk pembelian peralatan baru seperti glove dan tali skipping
2. Penambahan atlet baru selepas program TID
3. Jurulatih memaklumkan sekiranya tiada pertandingan atlet akan menyertai pertandingan muaythai untuk mengekalkan tahap kecergasan.

Sukan : Angkat Berat
Tempat : Smk.Tiang Chandi

Isu/ Makluman
1. Ms Negeri telah mendahulukan bantuan untuk bina 3 platform yang telah rosak akibat banjir
2. Platform tidak memcukupi untuk latihan kerana atlet sangat ramai termasuk program PPS.
3. Sesi latihan 3 hingga 5 pm program PPS dan 5-6ptg program PLN
4. Lewat terima laporan dan keputusan program TID daripada pusat satelit ISN
5. Seramai 15 orang atlet yang hadir dari program TID, atlet dipilih daripada pemantauan jurulatih semasa program TID berlangsung


Sukan : Memanah
Tempat : Smk Tiang Chandi

Isu/ Makluman
1. Tempat latihan di padang sekolah berdekatan dengan jalan raya.
2. Tempat latihan baru dalam proses pemasangan padang (turf)
3. Mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan ibubapa.
4. Peralatan arrow tidak mencukupi 
5. Kehadiran atlet memuaskan
6. Jurulatih mohon gantian JPM dan JSM untuk program PPS
7. Seramai 34 orang atlet yang hadir dan 1 JSM
8. Cadangan kejohanan dalaman Sekolah Sains Pasir Puteh
9. Laporan program TID lambat diterima, jurulatih membuat pemilihan berdasarkan bentuk fizikal serta minat atlet yang hadir semasa program TID yang dijalankan.

Sukan : Wushu
Tempat : Dewan Persatuan Wushu Negeri Kelantan

Isu/ Makluman
1. Tempat latihan di tingkat 4 bangunan kedai adalah hak milik persendirian persatuan  seÄ·iranya ada penggunaan eletrik dan air anggaran bayaran dikenakan sebanyak rm40/ setiap bulan dibayar oleh jurulatih.
2. Kekurangan pertandingan, atlet kebanyakan menyertai persembahan melalui pihak pesatuan
3. Lewat terima laporan dan keputusan dari pihak satelit ISN

Sukan : Skuasy
Tempat: Bangunan JPP Kelantan 

Isu/ Makluman
1. Tempat latihan sementara sehingga PLN telah dibaikpulih sepenuhnya akibat banjir.
2. Pembelian peralatan mini gym untuk fitness telah dibuat.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa bayaran rm72/ 1hari kutipan wang dari atlet serta jurulatih.
4. Lebih banyak berurusan dengan USM untuk ujian fizikal & spesifik kerana laporan yang diterima dari USM adalah lebih terperinci dan cepat.
5. Jurulatih memaklumkan bahawa prestasi atlet menurun setelah musim banjir dan hampir sebulan tiada latihan dijalankan.
6. Seorang atlet terpilih menyertai British Open bagi tahun 2015.
LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN KELANTAN 2015 (23.02.2015)

Pemantauan pusat latihan USPTN Kelantan telah dijalankan pada 23/2/2015 sebanyak 5 sukan telah dijalankan iaitu angkat berat, gimrama, gimnastik, olahraga dan tenis. Berikut adalah laporan ringkas mengikut sukan:-

Angkat Berat
Tempat : Wisma Majlis Sukan Negeri Kelantan

Isu/ Makluman
1. Tempat latihan keadaan baik dan peralatan mencukupi.
2. Jurulatih mohon tukar platform kerana yang sediada telah pecah dan gantian jerk block yang lama (kayu).
3. TID telah dijalankan dan masih menunggu laporan daripada pihak Pusat Satelit ISN untuk pemilihan atlet. 
4. Kehadiran atlet memuaskan, mempunyai 2 sesi latihan pagi dan petang iaitu atlet lepasan sekolah dan yang masih bersekolah.
5. Mempunyai 24 org atlet iaitu 7 org elit (program ms negeri) dan 17 org junior (usptn).

Gimrama
Tempat : Dewan Gimnastik Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu

Isu/ Cadangan
1. Tempat latihan yang sempit
2. Untuk latihan lantai dijalankan di tempat latihan gimnastik
3. Jurulatih mohon untuk tukar karpet kerana yang sedia ada sudah reput dan berhabuk
4. Peralatan disimpan oleh jurulatih kerana keadaan tempat latihan tidak selamat kerana telah berlaku pencerobohan.
5. Sesi latihan sebelah petang sahaja kerana atlet masih bersekolah.
6. Mempunyai 10 orang atlet dan masih menunggu keputusan laporan tid daripada pihak ISN
7. Cadangan jurulatih akan mengambil/ membuat pemilihan atlet di sekolah sesama sesi pendidikan jasmani. 

8. Jurulatih memaklumkan bahawa atlet yang mengikuti program TID tidak sesuai bentuk fizikal.

Sukan : Gimnastik
Tempat : Dewan Gimnastik Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu

Isu/ Makluman
1. Tempat latihan masih tidak boleh digunakan sepenuhnya dan masih menunggu bantuan daripada pihak Bahagian Warta, Majlis Sukan Negara untuk menanggung kos pembaikan pusat latihan yang terkena banjir.
2. Kehadiran kurang memuaskan kerana tempat latihan masih berhabuk serta kekangan program sekolah sehingga lewat petang .Mempunyai 35 org atlet dan 2 org jurulatih
3. Masih menunggu keputusan laporan TID daripada pihak Pusat Satelit ISN.

Sukan : Olahraga
Tempat : Kompleks Sekolah Sukan Negeri Kelantan

Isu/ Makluman
1. Program latihan berjalan seperti biasa walaupun telah keluar daripada program
2. Mempunyai 60 orang atlet dan  2 orang jurulatih.
3. Fokus latihan adalah untuk menyertai kejohanan open perak
4. Jurulatih memaklumkan bahawa tiada bajet untuk menyertai kejohanan

Sukan : Tenis
Tempat : Kompleks Sekolah Sukan Negeri Kelantan

Isu/ Masalah
1. Mempunyai 2 gelanggang latihan.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa kekurangan bola untuk latihan
3. Mendapat sokongan daripada pihak persatuan
4. Terdapat 12orang atlet bawah 8 tahun daripada program TID untuk mengikuti program latihan untuk dibawa masuk ke program atlet bawah 10 tahun.
5. Mempunyai 24 orang atlet dan seorang jurulatih
6. Jurulatih memohon tambahan jurulatih.
LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN MELAKA 2015 (24.02.2015)

Hari kedua pemantauan PLN Melaka diteruskan dengan beberapa sukan iaitu pelayaran, menembak, gimnastik, gimrama, angkat berat, tinju, renang, lawn bowls, wushu, taekwondo dan tenpin boling.

1. Sukan Pelayaran
Terdapat seramai 35 atlet dalam program dan latihan dijalankan sebanyak 6 kali seminggu. Beberapa teguran dibuat seperti penyediaan pelan periodisasi dan juga perancangan ujian kecergasan dan spesifik. 

2. Sukan Menembak
Manakala bagi sukan menembak seramai 18 atlet  berada di dalam ‎program. Seorang JPM dilantik untuk mengendalikan program latihan dan kehadiran adalah memuaskan. Ketika lawatan, Pegawai ISN, Pn. Huda turut hadir bersama. Ujian kecergasan dan sesi psikologi akan dijalankan dalam bulan Mac dimana pada setiap hari sabtu latihan kecergasan dijalankan. 

3. Sukan Gimnastik
18 orang atlet dibawah program sukan gimnastik‎. Latihan dijalankan 6 kali seminggu. dan kehadiran adalah memuaskan.

4. Sukan Gimrama
Seramai 28 org atlet dalam program. Seorang JSM dilantik untuk mengendalikan latihan. 

4. Sukan Angkat Berat
Seramai 16 atlet dibawa program. 2 JSM telah diantik untuk mengendalikan program latihan. Dilaporkan bahawa di pusat PPS mempunyai 20 orang atlet. 

5. Sukan Tinju
Seramai ‎ 17 atlet dibawah program. Seorang JSM dilantik untuk mengendalikan latihan yang dijalankan di SMK Tun Tua.  Latihan pada hari Sabtu dan Ahad dijalankan di Stadium Hang Jebat (ring). JSM akan menyediakan pelan periodisasi dan perancangan  ujian kecergasan dan ujian spesifik. 

6. Sukan Lawn Bowl
2 JSM telah dilantik untuk mengendalikan program latihan. Seramai 28 atlet dalam program dan latihan dijalankan 4 kali seminggu. Sabtu dan ahad latihan dijalankan pagi dan petang. JSM akan memulakan program bawa 12 tahun. JSM akan menyediakan pelan periodisasi dan juga perancangan Ujian kecergasaan dan spesifik.

7. Sukan Akuatik Renang
‎Latihan dijalankan 6 kali seminggu. Seramai 63 atlet dibawa program dan seorang JSM serta JLN dilantik untuk mengendalikan program. 

8.‎ Sukan Wushu
Seramai 58 orang dibawah program. 2 JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. Kehadiran atlet adalah memuaskan dan latihan dijalankan sebanyak 5 kali seminggu.

9. Sukan Taekwondo
Jumlah atlet dalam program ialah seramai 21 orang. 2 JSM dilantik untuk menjalankan program latihan. JSM akan sediakan pelan periodisasi dan perancangan ujian kecergasan dan spesifik. Latihan dijalankan 5 kali seminggu. 

‎10. Sukan Tenpin Boling
Seramai 38 orang atlet dipilih semasa Program Evaluation‎ 2015. Program akan mula pada bulan March. JSM memohon kenaikan sewa lane, kerana atlet dalam program ramai berbanding tahun lepas. 
LAPORAN OLEH,
VIMALAN A/K PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

BENGKEL PENULISAN PELAN PEMBANGUNAN SUKAN FASA AKHIR 2015 - 2022 / 2023 : HARI KEDUA (17 MAC 2015)

Sukan Badminton
Tempat : Bilik Serindit, Casa 1, MSNM
Tarikh : 16 - 17 & 19 Mac 2015
Moderator : Tn Hj Zainal Abidin Rawop

Sukan Akuatik Renang 
Tempat : Bilik Merbok, Casa 2, MSNM
Tarikh : 16 - 19 Mac 2015
Moderator : Dr. Eliza Hafiz

Hari kedua bagi Fasa Akhir penulisan 'blueprint' dilangsungkan seperti biasa dimana pemurnian masih diteruskan. Antara topik yang dibincangkan ialah analisa SWOT iaitu kekuatan, kelemahan, peluang serta kemungkinan ancaman kepada perkembangan sukan tersebut. 

Melalui fasa ini, wakil Persatuan Sukan dengan dibantu oleh jurulatih dan pegawai Majlis Sukan Negara telah dipertanggungjawabkan untuk menterjemahkan semua resolusi yang dicapai semasa Bengkel Pelan Pembangunan Sukan kepada penulisan Pelan Pembangunan Sukan yang akan di jadikan panduan oleh semua pemegang taruh apabila melaksanakan program latihan di pelbagai peringkat nanti.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM