Friday, November 20, 2009

Atlet baru Pelapis Sukan Menembak Terengganu

Seramai 25 orang atlet baru Sukan Menembak melapor diri di PLN Lapang Sasar Gong Kuin, Gong Badak, Kuala Terengganu pagi tadi (20/11/2009). Mereka diwajibkan menghadiri program pengenalan bermula hari selama dua hari dan berakhir petang esok (21/11/2009), dikendalikan oleh JPM Encik Zamil Haji Murad.

Untuk program pengenalan ini mereka terlebih dahulu diberi taklimat mengenai sukan menembak. Walaupun sebahagian kawasan lapang sasar tersebut telah ditenggelami air akibat hujan lebat namum program tersebut tetap diteruskan. Semasa saya beredar dari pusat latihan ini, saya terpaksa meredah air sejauh 300 meter termasuk ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka mengikuti program yang diadakan pada pagi ini.


Laporan daripada A Zulkefli Mohammad













Kelayakan Hoki YOG di Myanmar - Update

Malaysia telah berjaya mengenepikan cabaran Korea dalam pusingan separuh akhir apabila membenamkan pasukan tersebut 3-2. Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Mohd fitri Ansari pada separuh masa pertama. Pasukan Korea terus memberi cabaran dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit awal separuh masuh kedua.

Pasukan Malaysia yang dikuatkan dengan kehadiran Faizal Shaari menghidupkan cabaran ke peringkat akhir apabila menjaringkan gol kedua melalui Mohd Sabri Muhammad melalui pukulan sudut pendek. Disaat-saat akhir permainan pasukan Korea berjaya mendapat pukulan penalti sudut pendek untuk menyamakan jaringan 2-2 dan memaksa permainan di lanjutkan ke masa tambahan. Pasukan Malaysia memperolehi kesempatan untuk menamatkan persaingan pasukan Korea dan gol ketiga Malaysia (Golden Goal) yang dijaringkan oleh Mohd Sabri Muhammad telah menempatkan Malaysia menentang Pakistan pada hari ahad ini di peringkat akhir. Tahniah dan selamat maju jaya !!


Laporan oleh Jefri Ngadirin - Yangon, Myanmar









LAPORAN KELAYAKAN YOG DI BALI




Cabaran Pasukan Memanah Remaja Malaysia ke YOG 2010 lelaki dan wanita berakhir hari ini bila kesemua atlet kita tersingkir diperingkat awal (Elimination Round) . Hanya Mohd Faiz Abd Wahab dapat mara ke peringkat ke 2 sebelum tewas lepada Atlet Bangladesh MD Emdadul Milon Juara Kejohanan ini dengan score 101-104. Peserta dari Bangladesh ini akan mewakili Asia dalam kejohanan YOG 2010 di Singapura nanti. Dalam keadaan gementar atlet kita sering melakukan kesilapan menyebabkan score yang dibuat amat rendah.

Nasib yang sama turut menimpa pasukan senior negara apabila turut tersingkir awal dalam pusingan Elimination Round 1/32.

Acara Recuve Lelaki Senior
Arif Farhan dan Zulkifli Tahil tewas di pusingan ke 2 dan Cheng Chu Sian tewas dipusingan ke 3 kepada peserta Taipei Cheng Wei Kou dengan mata 107-109

Acara Recurve Wanita SeƱor
Ambarasi Subramaniam tewas dipusingan ke 2 kepada Wu Hui Ju dari Taipei dengan mata 105 -111 dan Noraziera Taip tewas di pusingan kedua juga kepada atlet Jepun Salami Matsushita dengan mata 105 – 107.
Peserta Jepun ini berjaya melangkah ke Final untuk penentuan pingat Emas
Cabaran Acara Compound Lelaki dan Wanita juga berakhir dengan kekecewaan apabila semua peserta tewas di Pusingan awal.. Hanya Fatin Nurfatehah dan Nor Rizah Eshak tewas di pusingan ke 3

Laporan daripada Ibrahim Mohamed - Bali, Indonesia

Laporan pengurus pasukan squash Penang

Fatimah always impress us with her quick and detail reports. She always the first person to email us reports on her monthly visitation to the training center or reports on competition result involved Penang athletes under her care. Keep up the good works timah. We need more fatimah among our sdo's in the state.

Snippets from her reports cc to us.

Salam, 

Laporan ringkas sebagai pegawai pengiring ke kejohanan tersebut diatas: 

Tarikh  :  17hb Nov. 2009 (Selasa)Masa   :    7.30pagi 

Bertolak dari Pulau Pinang dengan Bas Express (Plusnier) bersama Jurulatih Jesmond Low, 4 atlet lelaki (Ryan Pasqual, Muhd Ezzri, Julian Loshua Wong dan Muhammad Yasir) 4 atlet wanita (Sara Chew, Nur Aliah Izzati, Chan Jie Ru dan Chloe Law) dan terus ke Pusat Skuasy Kebangsaan di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Atlet wanita Nur Aliah Izzati, Chan Jie Ru dan Chloe Law merupa atlet yang baru diserapkan ke dalam Cawangan Pelapis dalam bulan Oktober 2009. 

Masa   :    3.00 petang
- Menghadiri mesyuarat Pengurus Pasukan bersama Jurulatih Jesmond.  Pertandingan bermula pukul 3.30 petang dan tamat 6.00 petang. Setiap negeri ditetapkan menghantar 4 Atlet Lelaki, 4 Atlet Wanita, 2 Jurulatih dan 1 Pengurus Pasukan. Terdapat dua kategori dipertandingkan dan atlet terdiri daripada bawah umur 12 tahun. 
Boys Elite =   32 orang (Atlet Pulau Pinang Ryan Pasqual)
Girls Elite  =  32  orang (Atlet Pulau Pinang Sara Chew, Chan Jie Ru, Nur Aliah dan Chloe Law)   
Boys Development = 25 orang (Atlet Pulau Pinang Mohd Ezrri, Julian Josua Wong dan Muhd Yasir) 
Girls Development  = 14 orang 

Masa   :    7.30 malam
- Check-in di Hotel Pearl Internatinaol, Jalan Klang Lama.                

Masa : 8.30 malam
- Mesyuarat jurulatih bersama dengan atlet  diadakan setiap malam bertujuan untuk memaklumkan program keesokan hari dan juga komen permainan setip atlet.     

Tarikh  :   18 - 19  Nov. 2009
 
Masa   :    8.00 pagi 
-  Berangkat ke tempat pertandingan dengan pengangkutan yang disediakan oleh pihak SRAM.                

Masa. : 7.00 malam
- Berangkat balik ke hotel. Keputusan dan beberapa keping gambar sedang beraksi dilampirkan. 

Mulai 20 - 22 November 2009 acara berpasukan akan dipertandingkan dan sebanyak 10 pasukan atlet lelaki dan wanita.  

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

FATIMAH BINTI JAMIL
Pegawai Pembangunan Negeri (SDO)
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 19, 2009

SUPRISE VISIT TO TRAINING CENTER AROUND NSC

We manage to visit few sports during our facilities inspection for technical tender committee. All athletes and coaches are busy preparing for the SEA Games. We hope our Pelapis athletes will get good result in the SEA Games next month.


Cawangan kejurulatihan sedang mesyuarat

Kursus FIG level 2 di Gim 1 MSN

Atlet Pelapis Kebangsaan sedang menjalani latihan bersama jurulatih Pavel di Gim 3. Notis banyak alat tak ada.?? dalam proses tender
Atlet karate tekun menjalani latihan di bawah master Ari.
Very good program indeed


LAPORAN KELAYAKAN YOG BALI 18HB NOV 2009





Salam

Pasukan Compound dan Elit bertanding pagi ini. Saya akan lapurkan perkembangan mereka malam nanti

Jadual Pertandingan 18hb Nov 2009 (Qualification Round)

8-00 - 8-45 am Practice
9-00 - 12-00 am Long Distance Recurve M , Compound Women, YOG (M) 90m,70m
12-00 - 13-00 pm Lunch at Field
13-00 - 13-30 pm Practice
13-30 - 17-00 pm Short Distance Recurve M , Compound Women, YOG (M) 50m,30m

Keputusan kelayakan individu recurve Lelaki YOG pada 18 Nov 2009 Single FITA

RANK

NAMA

TEAM

70M

60M

50M

30M

SCORE

1

Endadul Nilon

Bangladesh

286

317

296

344

1243

2

Sojeb Sheikh

Bangladesh

251

315

305

340

1211

3

Recky Wilmansyah

Indonesia

280

317

282

332

1197

4

Haziq Kamaruddin

Malaysia

271

296

293

337

1196

5

Sagadat Nugman

Kazakhstan

292

286

285

338

1197

6

Syafiq Sulaiman

Malaysia

259

290

309

332

1196

7

Jisra Arif

Indonesia

243

300

306

334

1181

8

Mohd Faiz Abe Wahab

Malaysia

256

288

299

338

1177





















Pertandingan hari ini bertujuan menentukan ranking pesert. Pemanah dari Malaysia menduduki ranking 4, 6 dan 8. 14 pemanah ini akan bertemu kembali dalam elimination round pada 19hb November dengan 1 jarak sahaja 70M dan hanya 1 orang sahaja pemanah akan terpilih ke YOG 2010 di Singapura nanti. Sama seperti peserta perempuan peserta lelaki juga gugup serta banyak melakukan kesilapan ketika pertandingan. Atlet cuba menukar teknik panahan semasa pertandingan kerana angin kuat serta cuaca yang terlalu panas tanpa merujuk kepada jurulatih. Perbincangan dengan atlet dan jurulatih telah diadakan malam tadi dengan harapan atlet boleh meningkatkan prestasi semasa Elimination Round pada 19hb Nov nanti.

Jadual YOG pada 19hb November 2009

13-00 – 13-20 Practice
13-25 - 13-45 1/8 Elimination YOG RW & RM
13-50 - 14-10 1/4 Final YOG RW & RM
14-15 - 14-35 Semifinal YOG RW & RM
14-40 - 15-00 Final Bronze YOG RW & RM
15-05 - 15-25 Final Gold RW
15-30 - 15.50 Final Gold RM

Wednesday, November 18, 2009

PEMANTAUAN DI AKADEMI SERANTAU ZON UTARA




Salam

Ingin dimaklumkan bahawa saya telah membuat pemantauan di Akademi Serantau Zon Utara, Pulau Pinang baru-baru ini & berikut adalah maklumat tentang lawatan :-

Tarikh Lawatan : 13-14 November 2009
Tujuan Lawatan: Pemantauan Akademi
Tempat : Akademi Serantau Zon Utara (ASZU), Pulau Pinang

Laporan:

Melalui pemantauan & lawatan yang telah dibuat, secara keseluruhannya banyak perkara yang perlu dititikberatkan seperti keceriaan akademi, kebersihan dan juga keperluan serta kebajikan atlet. Suasana yang agak suram di akademi juga perlu diubah supaya keadaan lebih terisi dengan program-program utk atlet. Saya juga telah berbincang bersama dengan warden asrama (En Jamil) dan kerani (PN Hafidzah) tentang perkara-perkara yang boleh dibuat di akademi seperti :-

a. Keceriaan di bilik rehat atlet
b. Pemasangan langsir di setiap bilik atlet (telah mendapat pandangan & quotation akan di hantar)
c. Cat di bilik rehat & dinding luar yang berlumut (namun perlu dapatkan kelulusan utk mengecat)
d. Audit/ Check bagi setiap komputer di Akademi.
e. Program-program binaan/ motivasi utk atlet
-KEM BTN pd bulan ini
-Program rekreasi dlm perancangan bersama KUN PP)
f. Papan Tanda (dlm proses)

Perjumpaan bersama atlet/jurulatih/Warden/ KUN P.Pinang
Tarikh : 13 November 2009
Masa : 9.30mlm - 12.00 mlm
Tempat : Bilik Rehat Atlet
Kehadiran : Atlet - 15 orang, Jurulatih - 4 orang
Turut Hadir : En Fadil (KUN PP), En Jamil (Warden), Cik Fatimah Jamil (PPN)