Dimaklumkan bahawa Lawatan Audit Bil 1/10 telah dibuat di USPTN Sabah. Berikut adalah maklumat tentang lawatan :-
Tarikh Lawatan : 9 - 10 Februari 2010
Tujuan Lawatan : Lawatan Audit Bil 1/10
Tempat : USPTN Sabah
Pegawai & Anggota : Cik Rashleen, Pn Azura Akla, En Zaidi Hanafiah
Melalui lawatan audit & sesi terjah yang dibuat di USPTN Sabah, bertempat di Pejabat Majlis Sukan Negeri Sabah,mendapatkan situasi di pejabat berjalan seperti biasa. Semua kakitangan USPTN Sabah berada di "work station' masing2 walaupun kedatangan kami agak mengejutkan pihak mereka. Saya juga telah berjumpa dengan Pengarah MSN Sabah bagi mendapatkan maklumbalas tentang program terkini USPTN & juga persiapan SUKMA. Di pihak Pengarah, tiada masalah di antara kerjasama antara staff MSNegeri & juga USPTN. Pada jam 3.00 ptg, satu perjumpaan bersama semua kakitangan USPTN Sabah sebelum audit dimulakan.
Sekian terima kasih
Laporan disediakan oleh: Rasleen KU(KS)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, February 11, 2010
Wednesday, February 10, 2010
PUSAT LATIHAN SERANTAU BERBASIKAL IPOH PERAK - Lawatan pemantauan

Kemudahan asrama

bilik penginapan atlet

Stor simpanan berbasikal

Masih banyak lagi kemudahan latihan dan penginapan yang berlu dinaik taraf bagi memastikan pusat ini terus dapat melahirlan lebih ramai atlet berbasikal terutama dari acara trek. Adalah menjadi fokus MSN untuk menempatkan lebih ramai pelumba di pusat latihan ini dibawah kendalian jurualatih Mahatir dan Hatta.
Pemantauan sebegini diharap akan dapat menyelesaikan isu tertunggak di pusat latihan tersebut disamping memebri peluang kepada atlet dan jurulatih untuk mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tentang program latihan mereka.
Terima kasih kepada USPTN dan MSN Perak kerana membantu pihak Majlis didalam menguruskan pusat ini. Sokongan dalam bentuk kakitangan dan kewangan adalah amat-amat dihargai.
Sekian
Tuesday, February 9, 2010
MESYUARAT KARNIVAL PELAPIS NEGERI 1/2010 - KEDAH
Mesyuarat Penganjuran Karnival Pelapis Negeri 1/2010, Negeri Kedah yang pertama telah di adakan pada 9 Februari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Kedah pada jam 10.30 pagi yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, En. Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, AMK., BCK., ASK.
Turut hadir bersama pada mesyuarat ini wakil-wakil daripada:-
1. En. Azemi Abdun - Penolong Pengarah (Pembangunan), Majlis Sukan Negeri Kedah
2. En. Sapri Bin Ahmad - Penolong Pengarah (Pentadbiran), Majlis Sukan Negeri Kedah
3. En. Mohd Sopian Hamzah - Ketua Unit, Cawangan Pengurusan Acara, Majlis Sukan Negara
4. En. Muhamad Ridzuan - Pegawai, Cawangan Pengurusan Acara, Majlis Sukan Negara
5. En. Mohd Nasir bin Yatim - Ketua Unit, USPTN Kedah
6. ASP Shahrim Azhar - PDRM (IPK)
7. INSP Azhar Bin Esa - PDRM (IPD)
8. En. Roshidi Bin Kassim - Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
9. En. Shahful Bakri Abd Razak - Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
10. En. Syed Noor Affendi Syed Darus - Jabatan Pelajaran Negeri
11. En. Abd. Rahman Bin Hussain - Jabatan Pengangkutan Jalan
12. En. Husin Bin Ahmad - Jabatan Kerja Raya
13. En. Mohd Shuhaimi Abdullah - Jabatan Imigresen Kedah
14. Puan Husaini Binti Husain - Jabatan Belia & Sukan
15. En. Razali Bin Ahmad - Majlis Sukan Negeri Kedah
16. En. Mohd Asraf Shiratuddin - Majlis Sukan Negeri Kedah
17. En. Zainal Abdullah - Grand Crystal Hotel
18. En. Razali Yahaya - Grand Crystal Hotel
19. Puan Rosniyah Zainudin - Sentosa Regency Hotel
20. En. Mohd Shahrizal Ramli - Sentosa Regency Hotel
21. En. Ahmad Najeeb Othman - Persatuan Sukan Negeri Kedah
22. En. Zulkifli Hassan - Penyelaras Menembak, Majlis Sukan Negeri Kedah
23. En. Akmal Hashim - USPTN Kedah
24. En. Mohd Fairul Fadzli - USPTN Kedah
25. En. Razis Rosli - USPTN Kedah
26. Puan Nor Zaihana Mohd Zain - USPTN Kedah
27. Puan Ku Fadzilah Ku Hamid - USPTN Kedah
28. Puan Nor Azian Hassan - Kewangan USPTN Kedah
Pada mesyuarat ini, Pengarah Majlis Sukan Negeri memberi sedikit makluman mengenai pengajuran Karnival tersebut yang akan dilangsungkan pada 21-25 April 2010 disekitar Alor Setar, Kedah dan memohon kerjasama daripada semua pihak yang hadir untuk membantu Majlis Sukan Negeri untuk bersama-sama menjayakan penganjuran tersebut memandangkan terdapat kekangan dari segi kewangan dan logistik. Pihak majlis akan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Negeri Kedah di dalam mempromosi Karnival Pelapis ini secara menyeluruh melalui corong-corong radio.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah juga memaklumkan akan membuat satu lagi mesyuarat bersama Jabatan-jabatan yang terlibat secara penuh semasa berlangsungnya karnival pada April depan, di ikuti dengan mesyuarat Teknikal dan Pertandingan bersama persatuan-persatuan sukan negeri yang terlibat beserta Pengerusi Teknik Sukan di peringkat Negeri Kedah.
Perhimpunan atlet Pelapis Serantau bil 01/2010
Perhimpunan atlet Pelapis Serantau bil 01/2010
Cawangan Pelapis melalui Unit Pelapis Serantau telah menganjurkan kem
perhimpunan atlet pelapis serantau pada 02 hingga 04 Febuari 2010 di
Majlis Sukan Negara. Seramai 63 orang atlet, 15 orang jurulatih, 2
orang warden, 2 orang kakitangan akademi serantau terlibat dalam
perhimpunan kali ini yang melibatkan lima jenis sukan iaitu memanah,
olahraga, angkat berat, tinju dan berbasikal Kem yang pertama kali
diadakan sejak penubuhan akademi serantau pada tahun 2008 dirasmikan
oleh Pengarah Cawangan Pelapis En Jefri Ngadirin, bertujuan untuk
mengeratkan lagi siratulrahim di kalangan warga akademi serantau yang
melibatkan atlet, jurulatih, warden dan kakitangan akademi di Johor,
Pulau Pinang, Ipoh, SSBP dan SAAS.
Diantara aktiviti yang dijalankan semasa kem yang berlangsung selama
tiga hari ini adalah program team building yang mana diterapkan
elemen-elemen seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, target
setting dan kemahiran berfikir telah diterapkan kepada atlet dalam
usaha membantu atlet dalam mencapai kecermelangan dalam bidang sukan
masing-masing. Melalui aktiviti ini dilihat atlet melaksanakan semua
tuhasan dengan berjaya dan penuh semangat.
Aktiviti lain yang dijalankan juga seperti Mesyuarat Pelarasan bersama jurulatih dan
kakitangan akademi untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan pusat
latihan dan sebagainya. Selain itu dalam pembentukkan kerohanian
sepanjang kem ini berlangsung diwajibkan kepada semua atlet dan
jurulatih untuk bersolat secara berjemaah semasa Maghrib dan solat
subuh dan disertakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz
Hasnol.
Pada setiap pagi telah diadakan perhimpunan pagi yang diketuai
oleh En Makclin Amzah selaku kem komanden pada kem ini. Latihan
bersama dengan atlet pelapis kebangsaan dan elit turut diadakan bagi
memberi peluang kepada atlet mempelajari teknik dan latihan yang
dijalankan di MSN. Sesi ceramah turut diadakan pada hari kedua yang
disampaikan oleh Pn Hajjah Zaiton Othman yang bertajuk "Kerjaya dalam
Sukan".
Kesimpulan yang dapat selepas berakhirnya kem perhimpunan ini didapati
semua atlet dan jurulatih berpuas hati sepanjang kem kerana dapat
berkumpul serta bertukar-tukar pendapat dengan jurulatih-jurulatih
Pelapis Kebangsaan dan Elit dan diharapkan agar dapat diadakan setiap
tahun untuk memberi motivasi kepada setiap atlet dan jurulatih di
akademi serantau.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kem perhimpunan atlet
pelapis serantau ini dengan jayanya.
Laporan di sediakan oleh Izuwan KU(PS)
Saturday, February 6, 2010
Piala Dato Ahmad Ismail
Sebanyak 64 regu telah mendaftar pada sesi pagi bagi menyertai kejohanan antara regu ini di Gym 2, MSN. Disamping menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang, kejohanan ini dijadikan sebagai medan pemilihan atlet elit bagi menghadapi Sukan Asia di Ghuang Zhao nanti. Turut diadakan adalah pemilihan bagi skuad Pelapis Kebangsaan.
Menurut pengerusi jawatankuasa pemilihan atlet, En Asri ( Badang ), beberapa orang atlet remaja telah dikenalpasti pada sesi pagi pertandingan ini. Namun, senarai akhir nama-nama atlet Pelapis akan diperolehi selepas pertandingan ini tamat pada esok petang. Ini bermakna, peluang masih terbuka kepada atlet-atlet remaja untuk mempamerkan kehebatan mereka.
Turut hadir ke pertandingan ini adalah pasukan SUKMA Kedah dan Selangor yang menjadikan kejohanan ini sebagai medan menguji prestasi mereka sebelum SUKMA di Melaka Jun nanti. Jurulatih PLN Kedah, En Zabidi Shariff mengharapkan agar anak buah beliau dapat menunjukkan permainan yang baik serta memberi saingan kepada pemain-pemain yang lebih senior.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Menurut pengerusi jawatankuasa pemilihan atlet, En Asri ( Badang ), beberapa orang atlet remaja telah dikenalpasti pada sesi pagi pertandingan ini. Namun, senarai akhir nama-nama atlet Pelapis akan diperolehi selepas pertandingan ini tamat pada esok petang. Ini bermakna, peluang masih terbuka kepada atlet-atlet remaja untuk mempamerkan kehebatan mereka.
Turut hadir ke pertandingan ini adalah pasukan SUKMA Kedah dan Selangor yang menjadikan kejohanan ini sebagai medan menguji prestasi mereka sebelum SUKMA di Melaka Jun nanti. Jurulatih PLN Kedah, En Zabidi Shariff mengharapkan agar anak buah beliau dapat menunjukkan permainan yang baik serta memberi saingan kepada pemain-pemain yang lebih senior.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, February 2, 2010
GOLD FOR MALAYSIA IN BOYS TEAM

The four young Malaysian debutants Aris Abdulla Santosoh, Khoo Beng Khai, Johnathan Chan and Syimir Abdul Razak put on a fantastic performance to clinch the Boys Team Gold medal in the 15th Asian Youth Championship at Kuwait City last night (Sunday night).
The Malaysians who led after first block of 3 games on long oil on Saturday, continued their superb form by remaining in the lead in all three games with 915, 890 and 896 on short oil today. Anchor man Syimir Abdul Razak shot the highest 6 games total with 1444 and he also clinched a Bronze in the Boys All-Events.
Three out of the 4 boys made the top 16 Masters with Khoo Beng Khai unfortunately ended 17th place; just 17 pins adrift Benjamin Lim of Singapore.
“It is a great outing for the Malaysian young team consists of all national youth bowlers competing with national elites from many other countries.” Said the happy manager BC Cheah.” We did not make any target when we left Malaysia as they would be challenging many experienced national elite team in Asia, and we were sending the young bowlers for exposure. I am very proud of their achievement.”
Three Malaysian Girls, Hee Kar Yen, Jacqueline and Hurul Ainul made the Girls top 16 Masters while Siti Sywzani joined Khoo as first reserve in 17th place.
The Girls & Boys Masters will play on Monday. For full results please log on to mtbc website or ABF website.
SIDNEY report from MTBC
KEPUTUSAN SIRKIT BULANAN TREK PELAPIS 01/2010
Laporan Kejohanan Sirkit Bulanan Trek Pelapis 01/2010
- Seramai 31 orang pelumba mengambil bahagian di dalam Sirkit yang di adakan untuk kali pertama pada tahun 2010.
- Pecahan perserta 8 bagi kategori Lelaki Senior, 15 Kategori Junior Lelaki dan 8 bagi kategori Wanita Terbuka.
- Acara yang di pertandingkan Scratch dan Kerin untuk ketiga-tiga kategori.
- Wakil teknikal daripada PKBM iaitu En. Yunus Ibrahim
- Acara bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tgh.
- Hadiah-hadiah berupa wang tunai diberikan kepada pemenang dari tempat pertama hingga ke lima bagi setiap kategori.
Pecahan hadiah-hadiah wang tunai
Tempat Pertama : RM 100.00
Tempat Kedua : RM 80.00
Tempat Ketiga : RM 50.00
Tempat keempat: RM 30.00
Tempat Kelima : RM 20.00
Hadiah-hadiah wang tunai disumbangkan Oleh Syarikat Joo Ngan Profesionals Bike CENTRE Sdn Bhd.
Pemenang-pemenang
Acara Scratch Junior Lelaki.
Tempat Pertama : Wan Shazwan Wan Shahril ( Pel keb)
Tempat Kedua : Azizi Daud (Johor)
Tempat Ketiga : Khairul Azizi (Pel KEB)
Tempat keempat: Sofian NABIL (Pel Keb)
Tempat Kelima : Arfy Qhairant (Pel Keb
Acara Scratch Senior Lelaki.
Tempat Pertama : Mohd Sobri Abdullah ( Pel keb)
Tempat Kedua : Saufi Senan (Terengganu)
Tempat Ketiga : Sofian NABIL (Pel Keb)
Tempat keempat: Fakharuddin Dawod (Pel Keb)
Tempat Kelima : Zulhilmie (Pel Keb)
Acara Scratch Wanita terbuka.
Tempat Pertama : Nurul Ahmar Badeuzaman ( Pel keb)
Tempat Kedua : Jup Pha (Pel Keb)
Tempat Ketiga : Nor Azian (Elit)
Tempat keempat: Nur Ezuwanie (Pel Keb)
Tempat Kelima : Naisarah Sompong (Perlis)
Acara Keirin Senior lelaki.
Tempat Pertama : Fakharuddin Dawod ( Pel keb)
Tempat Kedua : Mohd FARHAD AMRI ZAID (Pel Keb)
Tempat Ketiga : SAUFI Senan (Pel Keb)
Tempat keempat: Mohd Sobri (Pel Keb)
Tempat Kelima : MOHD FIRDAUS dAWOD (Johor)
Acara Keirin Wanita Terbuka.
Tempat Pertama : Nurul Ahmar Badeuzaman ( Pel keb)
Tempat Kedua : Nor Azian (Elit)
Tempat Ketiga : Nur Ezuwanie (Pel Keb)
Tempat keempat: Jupha (Pel Keb)
Tempat Kelima : Naisara Sompong (Perlis)
Acara Keirin Junior lelaki.
Tempat Pertama : Arfy Qhairant ( Pel keb)
Tempat Kedua : Mohd Fattah Amri ZAID (Pel Keb)
Tempat Ketiga : Kahairul Azizi (Pel Keb)
Tempat keempat: Sofian NABIL (Pel Keb)
Tempat Kelima : Mohd Zulhilmie (Pel Keb)
Kejohanan sirkit Bulanan Trek Pelapis 02/2010 akan diadakan pada masa dan tempat berikut:
Kejohanan :Sirkit Bulanan trek Pelapis 01/2010
Tempat : Velodrom Cheras
KATEGORI: Junior Lelaki
Senior Lelaki
Wanita terbuka
Acara : Trek.
Penyertaan akan di buka pada semua PLN dan Kelab yang berminat.
Sekian.
Laporan disediakan oleh Azrain
Subscribe to:
Posts (Atom)