Friday, June 24, 2011
Kejohanan Tinju Piala Malaysia Jempol 2011
23hb Jun 2011
Timbang : Jam 8.00pg - 9.00pg
Perlawanan
Petang : Bermula jam 4.00ptg dan tamat pada jam 7.00mlm. Sebanyak 10 bouts yang dipertandingkan.
Malam : Bermula jam 8.30mlm dan tamat jam 10.00mlm. Sebanyak 8 bouts yang dipertandingkan.
Pertandingan berjalan dengan lancar.
24hb Jun 2011
Tiada acara yang dipertandingkan.
Majlis makan malam : 8.00mlm
VVIP yang hadir : Yb Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa Bin Dato' Hj Abdul Samad
25hb Jun 2011
Acara akhir bagi 9 kategori.
1. Kat 46kg : Mohd Faisal (NS) vs Jaya Raman (ATM)
2. Kat 49kg : Mohd Azran (P.Pinang) vs Mohd Sharil (SEL)
3. Kat 52kg : Mohd Amin (JHR) vs Kamarulzaman (ATM)
4. Kat 56kg : Wan Riduan (ATM) vs Mohd Idaham (SEL)
5. Kat 60kg : Alnazirul (ATM) vs Mohd Zailani (PRK)
6. Kat 64kg : Iswaran (ATM) vs Hafiz (KDH)
7. Kat 69kg : Badrul Hisham (NS) vs Sulaiman (JHR)
8. Kat 75kg : Mustakim (ATM) vs Rudy (MLK)
9. Kat 81kg : Ahmad Fadli (PRK) vs Shukri (ATM)
Terdapat perubahan pada jadual pertandingan dimana acara pertama dijangka akan berlangsung jam 7.00mlm dimana 3 bouts yang dipilih secara rawak akan dipertandingkan.
Kategori yang dijangka akan bertanding jam 7.00mlm ialah
1. Kat 49kg : Mohd Azran (P.Pinang) vs Mohd Sharil (SEL)
2. Kat 75kg : Mustakim (ATM) vs Rudy (MLK)
3. Kat 81kg : Ahmad Fadli (PRK) vs Shukri (ATM)
Kategori yang dijangka akan bertanding Jam 8.00mlm
1. Kat 46kg : Mohd Faisal (NS) vs Jaya Raman (ATM)
2. Kat 52kg : Mohd Amin (JHR) vs Kamarulzaman (ATM)
3. Kat 56kg : Wan Riduan (ATM) vs Mohd Idaham (SEL)
4. Kat 60kg : Alnazirul (ATM) vs Mohd Zailani (PRK)
5. Kat 64kg : Iswaran (ATM) vs Hafiz (KDH)
6. Kat 69kg : Badrul Hisham (NS) vs Sulaiman (JHR)
Segala perubahan jadual pertandingan akan dimaklumkan selepas sesi timbang pada 25hb Jun 2011 jam 8.00pg - 9.00pg
Laporan disediakan oleh:
Rizal Musa
SDO USPTN N. Sembilan
Wednesday, June 22, 2011
Kejohanan Tinju Piala Malaysia Jempol 2011



Salam,
Berikut adalah maklumat tentang kejohanan Tinju Piala Malaysia Jempol 2011.
Tarikh : 20hb - 25hb Jun 2011
Tempat : Kompleks Sukan Rakan Muda Jempol
Penginapan Teknikal : Era Hotel, Bahau
Penginapan Kontigen : Asrama Kompleks Sukan Rakan Muda Jempol
Jumlah Teknikal : 24 orang
Jumlah Atlet : 90 orang
Jumlah Kontigen : 15 kontigen
Detail Penyertaan :
Sabah : 6 org. , Selangor : 5 org. , Serawak : 5 org. , ATM : 9 org. , Johor : 7 org. , Kelantan : 2 org. , Pahang : 6 org. , Kedah : 5 org. , N. Sembilan : 8 org. , Perak : 7 org. , PDRM : 5 org. , P. Pinang : 5 org. , Kuala Lumpur : 7 org. , Melaka : 7 org dan Terengganu : 6 org
Jumlah Kategori : 9 Kategori
46kg, 49kg, 52kg, 56kg, 60kg, 64kg, 69kg, 75kg dan 81kg
Jumlah bouts : 72 bouts dan 9 bouts final
Jadual Perlawanan
20hb : 4.00ptg - 10 bouts
8.30mlm - 8 bouts
21hb : 4.00ptg - 8 bouts
8.30mlm - 8 bouts
22hb : 4.00ptg - 12 bouts
8.30mlm - 8 bouts
23hb : 4.00ptg - 10 bouts
8.30mlm - 8 bouts
24hb : Rehat
25hb : 8.30mlm - 9 bouts ( akhir )
Friday, June 17, 2011
Kem Bakat Menembak 2011: Hari terakhir
Hari Keempat (Terakhir)
Tarikh : 16 Jun 2011
Masa : 7.00am - 11.00pm
Tempat : Lapang Sasar Menembak - Ayer Keroh, Melaka
Jumlah atlet : 56 orang (12 orang PK)
Jumlah Jurulatih : 10 orang (4 orang PK)
Jumlah Urusetia : 3 orang
Laporan :
Seperti hari-hari sebelum ini, aktiviti pagi dimulakan dengan perhimpunan pagi dan sarapan. Pada jam 8.30am, semua atlet telah mula mengambil senjata untuk persiapkan latihan dan pertandingan final bagi acara semalam iaitu air rifle - 10 meter (L & W) & air pistol - 10 meter (L & W). Bagi pertandingan air rifle, seramai 8 orang atlet lelaki dan 14 orang atlet wanita mengambil bahagian. Atlet PK pula, menjalani latihan seperti biasa di lapang sasar 25 meter dan 50 meter. Pertandingan awal berakhir pada jam 11.00am dan diteruskan dengan acara air pistol yang melibatkan seramai 10 orang atlet lelaki dan 8 orang atlet wanita. Acara kedua tamat pada jam 12.30pm. Selepas makan tengahari, atlet berehat di lapang sasar dan pada jam 3.00pm mereka dibawa beriadah di sekitar Bandar Hilir sehingga jam 5.30pm. Pada jam 7.45pm, semua atlet dan jurulatih bertolak ke JBS untuk makan malam dan sesi ceramah terakhir bertajuk psikologi sukan oleh pegawai dari ISN, Bukit Jalil iaitu Puan Nor Faseha Abd. Manaf sehingga jam 11.00pm. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menjana minda atlet dalam pembelajaran psikologi dan tindakbalas dari mereka amat memberangsangkan melalui perbincangan serta pembentangan. Selepas tamat ceramah, sampai di hotel semua atlet diarahkan supaya membuat persiapan mengemas untuk pulang keesokkan harinya.
Laporan :
NORJIHAN BASHAH
Wednesday, June 15, 2011
Kem Menembak 2011: Hari ke 3
Hari Ketiga
Tarikh : 15 Jun 2011
Masa : 7.00am - 11.00pm
Tempat : Lapang Sasar Menembak - Ayer Keroh, Melaka
Jumlah atlet : 56 orang (12 orang PK)
Jumlah Jurulatih : 10 orang (4 orang PK)
Jumlah Urusetia : 3 orang
Laporan :
Hari ketiga dimulakan dengan perhimpunan pagi dan sarapan pagi di lapang sasar. Pada jam 9.00am, pertandingan dalaman bagi acara pistol & air rifle - 10 meter (W) telah dimulakan dan ia dikendalikan oleh jurulatih Sabki & Yusri serta dibantu oleh semua jurulatih negeri. Seramai 10 orang atlet untuk acara pistol dan 14 orang atlet untuk acara air rifle dan acara dijangkakan tamat pada jam 10.35am. Jam 11.00am akan diteruskan dengan acara pistol & air rifle - 10 meter (L) dan ia melibatkan seramai 12 orang acara pistol dan 8 orang acara air rifle. Dalam masa yang sama, atlet PK menjalani latihan seperti biasa di lapang sasar 25 meter & 50 meter dengan diperhatikan oleh jurulatih masing-masing. Bagi aktiviti pagi akan ditamatkan pada jam 1.00pm. Sesi petang bermula pada jam 3.00pm dengan latihan seperti biasa sehingga jam 5.30pm. Jam 7.45pm semua mula bertolak semula ke JBS untuk makan malam dan ceramah persediaan fizikal oleh staf ISN Satelit Melaka sehingga jam 11.00pm.
Laporan :
NORJIHAN BASHAH
KEM MENEMBAK PELAPIS 2011, MELAKA: Laporan hari Kedua







Hari Kedua
Tarikh : 14 Jun 2011
Masa : 7.00am - 11.00pm
Tempat : Lapang Sasar Menembak - Ayer Keroh, Melaka
Jumlah atlet : 56 orang (12 orang PK)
Jumlah Jurulatih : 10 orang (4 orang PK)
Jumlah Urusetia : 3 orang
Laporan :
Pada jam 7am semua bertolak ke Lapang Sasar untuk memulakan aktiviti hari kedua. Aktiviti dimulakan dengan perbarisan pagi & semua atlet bersama jurulatih turut terlibat. Pada jam 8.30am, semua atlet telah menyiapkan senjata dan diri untuk sesi latihan yang pertama. Bagi acara air rifle, ia dikendalikan oleh jurulatih PK iaitu coach Yusri dengan bantuan jurulatih negeri. Semua atlet yang terlibat telah membuat persediaan dan tepat jam 9.45am mereka akan memulakan tembakan sebanyak 40 shot sahaja. Begitu juga dengan acara lain iaitu 50 meter prone, 50 meter 3P dan 25 meter pistol (lelaki & wanita). Setiap acara dikendalikan oleh jurulatih Pelapis Kebangsaan dan dibantu oleh jurulatih Pelapis Negeri sehingga jam 12.00pm. Pada jam 1.00pm, makan tengahari dan atlet akan berehat sehingga jam 3pm. Pergerakan seterusnya ke ISN, Melaka untuk menjalani ujian kecergasan & semua atlet PN bersama jurulatih berjalan kaki ke sana pada jam 3.15pm. Manakala atlet PK pula meneruskan sesi latihan kedua di lapang sasar sehingga jam 4.30pm. Ujian kecergasan masih diteruskan sehingga jam 6.40pm. Pada jam 8.15pm, semua akan ke Jabatan Belia & Sukan Melaka untuk makan malam & terus dengan aktiviti malam iaitu ceramah fisiologi oleh saudara Boon Tatt dari Institut Sukan Negara Malaysia sehingga jam 11.00pm.
Laporan:
NORJIHAN BASHAH
Tuesday, June 14, 2011
KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK 2011
Untuk makluman Kem Bakat Sukan Menembak sedang berlangsung di Lapang Sasar Menembak Ayer Keroh Melaka mulai 13 hingga 17 Jun 2011. Kem ini melibatkan 4 orang jurulatih Pelapis Kebangsaan, 6 orang Jurulatih Negeri dan 43 orang atlet di bawah Program Pelapis Negeri. Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada atlet negeri berlatih bersama jurulatih kebangsaan disamping jurulatih negeri turut menimba ilmu baru. Atlet - atlet yang menyertai kem ini adalah dibawah umur 16 tahun dan atlet termuda adalah berusia 12 tahun (Acara Rifle Lelaki) dari negeri K.Lumpur. Selain penglibatan atlet dan jurulatih negeri, kem ini turut disertai oleh 14 orang atlet Program Pelapis Kebangsaan yang menjalani latihan di lapang sasar 25M dan 50M. Pecahan atlet negeri mengikut acara yang terlibat adalah seperti berikut:
1) Rifle (Lelaki) - 8 orang
2) Rifle (Wanita) - 14 orang
3) Pistol (Lelaki) - 11 orang
4) Pistol (Wanita) - 10 orang
Taklimat pertama diadakan pada jam 2.00 petang setelah semua atlet selesai proses pendaftaran, check in senjata dan makan tengahari. Taklimat ringkas diberikan oleh pengurus dan jurulatih mengenai program yang akan diadakan di bawah khemah yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Pihak tuan rumah juga menyediakan pengangkutan bas sebanyak 2 buah di sepanjang kem ini berlangsung bagi memudahkan pergerakan dari venue penginapan ke lapang sasar. Untuk makluman tempat penginapan kem adalah di Hotel Nexus, Batu Berendam yang mengambil masa purata 20 minit perjalanan bas.
Pada sebelah malam, program diteruskan dengan sesi ceramah oleh pihak Pusat Satelit ISN, Melaka pada jam 8.45 malam di Dewan Kompleks Belia dan Sukan. Sesi pertama dikendalikan oleh Cik Herni Hidayah Mat Puzi dengan tajuk Pemakan Sukan bagi Sukan Menembak. Selain sesi ceramah, diakhir sesi beliau turut mengadakan kuiz ringkas dengan kesemua atlet perlu menjawab kertas soalan yang diberikan. Kesemua atlet memberikan komitmen yang baik di sepanjang ceramah berlangsung
Monday, June 13, 2011
Kem Menembak 2011
Hari Pertama
Tarikh : 13 Jun 2011
Masa : 9.00am - 11.00pm
Tempat : Lapang Sasar Menembak - Ayer Keroh, Melaka
Jumlah atlet : 56 orang (13 orang PK)
Jumlah Jurulatih : 10 orang (4 orang PK)
Jumlah Urusetia : 3 orang
Laporan :
Bertolak dari Majlis Sukan Negara Malaysia pada jam 9am. Sampai di Lapang Sasar Melaka pada jam 11.30am dan semua atlet mula menyimpan senjata di bilik kebal Lapang Sasar untuk memudahkan latihan esok hari. Pada jam 12pm, makan tengahari telah disediakan dan pada jam 2pm taklimat ringkas diberikan oleh pegawai Pelapis Negeri pada atlet PN manakala atlet PK pula telah memulakan latihan sehingga jam 4pm. Pada jam 4.45 semua atlet & jurulatih mendaftar masuk ke Hotel Nexus dan merehat sehingga jam 7.45pm. Program malam dimulakan dengan makan malam dan pada jam 9pm ceramah pemakanan seimbang diberikan oleh Cik Herni, pegawai dari ISN Satelit Melaka sehingga jam 11.00pm.