Wednesday, August 27, 2014

KEM BAKAT SUKAN TERJUN SIRI 1 / 2014 : HARI KEDUA

Latihan sesi pagi bermula pada pukul 8.30pagi sehingga 11.30 pagi dan sesi petang pula bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 6.30 petang. Atlet Pelapis Negeri menjalani latihan bersama atlet Pelapis Kebangsaan di gim dan kolam dengan mengikuti program latihan yang disediakan oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Negeri. Diantara latihan yang dijalankan pada sesi pagi dan petang adalah seperti berikut:

1) Jogging & Stretching

2) Warm Up
   - point toes (5-10minit = 2set)
   - imaginasi (20x = 3set)
   - jalan papan (20× = 2set)

3) Trampoline
   - 10 jump ABC (3set)
   - 3 jump ABC (5set)
   - back jump ABC (5set)

4) Platform
   - Jump ABC front/back = 8x

5) Ground
   - Head amstand ABC (10×=5set)
   - Armstand front/ back (3set)
   - Imaginasi terjunan (2set)
 
6) Strength
   - Sit up on board
   - Leg Up on board (10x = 5set)

7) Pool
   - 1m springboard (jump front/ back ABC = 7x)
   - 3m springboard (jump front/ back ABC = 7x)
   - Entry 10x

Pada waktu malam pula ialah aktiviti dalam berkumpulan iaitu mencari dan melengkapkan puzzle yang tersembunyi. Aktiviti malam berakhir pada pukul 11.00 mlm dengan minum malam.
Sekian.

LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

HARI PERTAMA : MESYUARAT PENILAIAN PRESTASI SETENGAH TAHUN PROGRAM PELAPIS SERANTAU 2014

Tarikh    : 26 Ogos 2014
Masa    : 8:30 pagi - 5:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat ASMSN

Mesyuarat Penilaian Prestasi Setengah Tahun Atlet Program Pelapis Serantau 2014 diadakan selama 2 hari yang mana pembentangan pada hari pertama melibatkan sukan Memanah, Gimnastik Artistik, Berbasikal, Taekwondo dan Angkat Berat dan Tinju. Bagi hari kedua pula (27 Ogos 2014) akan melibatkan pembentangan sukan Olahraga serta rumusan keseluruhan sukan. 

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi menilai serta perbincangan dengan jurulatih mengenai pencapaian setiap atlet di bawah seliaan jurulatih bagi tempoh setengah tahun pertama 2014. Antara agenda yang dibentangkan bagi setiap sukan adalah prestasi atlet, penambahan dan pengguguran atlet, disiplin serta isu-isu sukan melibatkan aspek pemakanan, peralatan dan sesi latihan. Turut dimuatkan dalam sesi pembentangan adalah pemilihan atlet serta perancangan jurulatih bagi persediaan ke Temasya Remaja akan datang. 

Secara keseluruhan bagi hari pertama, mesyuarat memberi gambaran positif yang mana jurulatih dapat membuat perancangan yang lebih terperinci bagi setengah tahun berikutnya. Selain itu jurulatih turut memberi tumpuan dalam pemilihan atlet dan pelaksanaan program bagi temasya yang dimaksudkan.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 1 / 2014 : HARI KEEMPAT

Tempat : Bandar Indera Mahkota, Pahang
Tarikh : 26 Ogos 2014

Kem Bakat Sukan Menembak Siri 1 / 2014 telah memasuki hari keempat dimana pada awal pagi atlet-atlet telah berhimpun seperti biasa dan senaman pagi dilakukan sebelum atlet-atlet bertolak ke lapang sasar untuk bersaing dalam pertandingan mini yang disediakan oleh pihak penganjur. Tujuan pertandingan ini diadakan bagi menguji keberkesanan latihan yang telah dijalankan oleh atlet sepanjang 3 hari berada di dalam kem.

Pertandingan mini yang berlangsung dari pagi sehingga petang telah melibatkan 40 org atlet dengan pecahan 18 atlet lelaki dan 22 atlet wanita. Berikut adalah keputusan bagi pertandingan tersebut:

10m Air Pistol Lelaki
1. Mohamad Syazrul b Ayub - Sarawak (547)
2. Noor Aizam Nuqman - Selangor (542)
3. Hazeeq Hakim R Azmi - Johor (538)

10m Air Rifle Lelaki
1. Mohd Arif Aidit B. Rosli - Pahang (576)
2. Mohd Syukri b Zulkifli - Selangor (570)
3. Mohd Farhan b Adzha - Perlis (568)

10m Air Pistol Wanita
1. Nur Irdina Bt Salim - Melaka (370)
2. Ellen Lim Yi Ling - Pulau Pinang (364)
3. Nurul Adila Alia bt Ahmad Baharudin - Terengganu (362)

10m Air Rifle Wanita
1. Nur Taqiyah Alia bt Nur Rahim - Terengganu (389)
2. Aznie Fazlyin Bt M.Azri - Johor (388)
3. Nur Ain bt Kamari - Johor (384)

Secara keseluruhanya, pencapaian atlet dalam pertandingan ini masih baik dan menepati status sebagai atlet terbaik dari negeri masing-masing bawah 16 tahun. Namun jurulatih di setiap negeri harus memberi tumpuan lebih dalam menangani masalah atlet yang sering hilang tumpuan dan sukar menghilangkan rasa gemuruh ketika kejohanan.

Pada sebelah malam, satu sesi ceramah psikologi telah dikendalikan oleh Pegawai Psikologi dari Institut Sukan Negara (ISN) iaitu Pn. Nor Hafizah Mamat yang banyak menyentuh tentang aspek mental atlet ketika menyertai mana-mana kejohanan. Atlet-atlet juga dilihat memberi komitmen yang baik sepanjang ceramah berlangsung.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Tuesday, August 26, 2014

LAPORAN HARI KE - 14 YOG NANJING 2014

Setelah 3 hari berturut-turut kontinjen negara berjaya menambah pungutan pingat di temasya ini, hari ini kecemerlangan tersebut tidak dapat diteruskan di bumi Nanjing ini. Pemanah Pelapis Kebangsaan Mohd Zariff Zulkepeli telah gagal untuk menyaingi pemanah ranking pertama remaja dunia daripada Korea iaitu Lee Woo Seok. Pemanah berpengalaman ini mudah menewaskan Mohd Zariff dengan kiraan mata 6-0 di Fangshan Archery Field.

Olivia Tai Qing Tong memulakan cabaran pada hari ini di Gymnasium Olympic Sport Centre bagi acara individual all round sukan gimrama. Melalui keempat-empat apparatus yang dipersembahkan oleh beliau gagal memikat juri untuk berada sekurang-kurangnya 8 terbaik dan seterusnya layak ke pusingan akhir esok. Olivia dan jurulatihnya kelihatan kecewa selepas tamat pertandingan petang tadi. Namun, pencapaian beliau harus dipuji daripada kejohanan kelayakan sehingga selesai temasya ini. Tumpuan seterus beliau adalah di temasya Sukan Asia di Incheon pada bulan September nanti.

Sukan golf telah menutup tirai pada hari ini dan pasangan negara berada ditempat ke 19 keseluruhan. Berikut adalah merupakan keputusan pertandingan 26 Ogos dan jadual 27 Ogos untuk rujukan.


Sekian laporan dari Nanjing China.

LAPORAN OLEH,
AZRUL HISYAM
KETUA UNIT PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM.

KEM BAKAT SUKAN TERJUN SIRI 1 / 2014 : HARI PERTAMA

25 -29 Ogos 2014
Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh, Perak

Seramai 47 orang atlet terdiri daripada 5 orang atlet Pelapis Kebangsaan dan 42 orang atlet Pelapis Negeri iaitu 5 orang  dari Negeri Perak, 7orang Selangor, 5 orang dari WPKL, 7 orang N.9, 5orang Johor, 7orang Sabah dan 6orang Sarawak, manakala seramai 9orang jurulatih yang terdiri daripada 2 orang jurulatih Pelapis Kebangsaan dan 7 orang jurulatih Pelapis Negeri dan seramai  3 orang SDO dari negeri Perak, Johor dan Sarawak.

Program bermula pada pukul 2.00 petang iaitu pendaftaran kemasukan bilik penginapan di Fair Park Hotel, Ipoh, Perak. Pada pukul 4.30 petang semua berkumpul di Dewan Seminar Fair Park Hotel. Ucapan selamat datang oleh En Zahrul PKU, USPTN Perak dan seterusnya bermula altiviti berkumpulan dimana setiap kumpulan diketuai oleh atlet Pelapis Kebangsaan. Setiap kumpulan diberi tugas untuk menyediakan nama, logo dan sorakan kumpulan serta berkenalan sesama ahli kumpulan. Aktiviti petang berakhir pada pukul 7.15 petang dan seterusnya makan malam.

Aktiviti malam pula bermula pada pukul 8.30 malam di dewan seminar dengan dimana setiap kumpulan membentangkan nama, logo dan sorakan kumpulan serta perkenalkan nama ahli kumpulan. Selepas persembahan kumpulan, aktiviti seterusnya adalah fokus dan ikut arahan yang diberikan. Aktiviti malam berakhir pada pukul 10.30 malam dan diikuti dengan minum malam.

Sekian laporan.
LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA 
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH PROGRAM PELAPIS SERANTAU SEMPENA MESYUARAT PENILAIAN PRESTASI ATLET SETENGAH TAHUN 2014

Tarikh : 25 Ogos 2014
Tempat : Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Pulau Pinang

Seperti kebiasaan perjumpaan bersama keseluruhan jurulatih yang terlibat dibawah Program Pelapis Serantau telah dijalankan sempena dengan Mesyuarat Penilaian Prestasi Atlet Setengah Tahun bagi tahun 2014. Jurulatih-jurulatih daripada sukan Angkat Berat, Memanah, Olahraga, Berbasikal, Tinju, Taekwondo dan juga Gimnastik Artistik telah hadir daripada seluruh pusat latihan diseluruh negara. Perjumpaan juga turut dihadiri oleh jurulatih-jurulatih baru seperti En.Poad bagi sukan olahraga serta jurulatih luar negara yang baru dilantik iaitu Lanchezar bagi sukan gimnastik dan juga Sarandaliev bagi sukan angkat berat kedua-duanya dari Bulgaria.

Pelbagai isu yang telah dibincangkan meliputi aspek pentadbiran serta pengkhususan sukan telah dibincangkan sebelum setiap jurulatih akan membentangkan prestasi atlet masing-masing didalam perbentangan mengikut sukan yang akan bermula esok. Pihak Unit Pelapis Serantau juga telah mengingatkan kepada setiap jurulatih mengenai perancangan unit serta keperluan untuk mempersiapkan atlet ke temasya utama peringkat remaja seperti Asian Youth Games (AYG), Commonwealth Youth Games (CYG) dan Youth Olympic Games (YOG) yang telah menjadi KPI utama pihak Cawangan Pelapis.

Perjumpaan tamat jam 9.30 dan perbentangan esok akan dimulakan dengan sukan memanah terlebih dahulu yang akan dibentangkan oleh Jeffrey Low dan juga Izzudin yang merupakan jurulatih penuh masa dibawah program.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 1 2014 : HARI KETIGA

Tempat : Bandar Indera Mahkota, Pahang
Tarikh : 25 Ogos 2014

Kem Bakat Menembak Siri 1 2014 diteruskan lagi pada hari ketiga dimana atlet-atlet akan diberi latihan yang secukupnya sebelum bermulanya mini pertandingan yang akan diadakan pada keesokan harinya. Seperti kebiasaan sebelum bergerak ke lapang sasar atlet-atlet melakukan aktiviti perhimpunan pagi yang diketuai oleh En Lanahon dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih serta pegawai-pegawai yang lain.

Aktiviti sebelah petang diteruskan lagi dengan jurulatih-jurulatih mengadakan pra pertandingan sebelum bermulanya pertandingan sebenar pada keesokan hari. Pra pertandingan ini dilakukan adalah bagi melihat keberkesanan latihan dan tunjuk ajar dari semua jurulatih yang terlibat sepanjang kem ini berjalan. Hasilnya atlet-atlet telah menunjukan peningkatan dari masa ke semasa dan setiap yang dipelajari diharap dapat digunakan sepenuhnya ketika memasuki mana-mana pertandingan.

Pada sebelah malam, pihak penganjur Majlis Sukan Negara Cawangan Pelapis dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah menjemput bekas pemain negara era 70an dalam bidang bola sepak iaitu Datuk Jamal Nasir Ismail bagi memberi ceramah motivasi kepada atlet-atlet menembak pada kem kali ini. Beliau banyak memberi motivasi dengan menceritakan pengalaman beliau sebagai pemain bola sepak dan menekankan aspek ketahanan mental yang boleh diterapkan oleh atlet-atlet menembak ketika bertanding di mana-mana kejohanan. Sesi ceramah tamat pada jam 10.30 malam dan aktiviti seterusnya akan berjalan pada keesokan hari.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM