Sunday, November 8, 2009
TAEKWONDO OPEN SELECTION
LAPORAN SESI PEMILIHAN TERBUKA ATLET TAEKWONDO
PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN / ‘YOUTH OLYMPIC GAMES 2010
PADA 7 DAN 8 NOVEMBER 2009
TUJUAN
Tujuan kertas ini disediakan adalah untuk melaporkan Sesi Pemilihan Terbuka Atlet Taekwondo Program Pelapis Kebangsaan / Temasya ‘Youth Olympic Games’ (YOG) 2010 yang telah diadakan pada 7 dan 8 November 2009 di Dewan Biomekanik, Institut Sukan Negara (ISN) dan Gelanggang Latihan Karate, Majlis Sukan Negara Malaysia.
OBJEKTIF
Sesi pemilihan ini telah diadakan untuk mengenalpasti dan memilih atlet-atlet berbakat yang berumur di antara 14 hingga 17 tahun (pada tahun ini) untuk diserap ke dalam Program Taekwondo Pelapis Kebangsaan bagi tahun 2010.
Sesi pemilihan ini juga turut memberikan tumpuan untuk mengenalpasti atlet berpotensi yang berumur di antara 15 dan 16 tahun (pada tahun ini) untuk membentuk pasukan ke Temasya ’Youth Olympic Games’ (YOG) yang akan diadakan pada 14 hingga 26 Ogos 2010 di Singapura.
PESERTA SESI PEMILIHAN
Sebanyak 54 atlet yang terdiri daripada 29 peserta lelaki dan 25 peserta wanita telah meluangkan masa menghadiri sesi pemilihan.
Pecahan peserta yang hadir adalah dari negeri Johor (5), Kedah (3), Terengganu (2), Melaka (1), Pahang (1) manakala 42 orang atlet dari sekitar Lembah Kelang (Kuala Lumpur dan Selangor).
JADUAL PROGRAM
7 November 2009 (Sabtu)
8.00 pagi
Atlet melaporkan diri di Dewan Biomekanik
Institut Sukan Negara (ISN).
9.00 pagi
Atlet menjalani sesi ujian kecergasan (Yoyo Endurance Test @ Bleep Test) yang dikendalikan oleh para pegawai dari Unit Fisiologi Senam ISN diketuai oleh Cik Tey Woan Jin.
11.00 pagi
Sesi ujian kecergasan tamat
Tujuh (7) atlet lelaki melepasi tahap 11 ujian manakala sembilan (9) atlet wanita melepasi tahap 9 ujian berkenaan (keputusan ujian kecergasan seperti di lampiran).
8 November (Ahad)
8.00 pagi
Sesi timbang berat badan atlet.
9.00 pagi
Atlet wanita menjalani sesi pemilihan melalui kaedah ’sparring’ sesama atlet mengikut kategori berat badan seperti berikut:-.
Kategori Wanita
BIL KATEGORI JUMLAH ATLET
1 Finweight 5
2 Flyweight 3
3 Bantamweight 3
4 Featherweight 5
5 Lightweight 5
6 Welterweight 3
7 Middleweight 1
JUMLAH 25 atlet
Kategori Lelaki
BIL KATEGORI JUMLAH ATLET
1 Finweight 6
2 Flyweight 4
3 Bantamweight 4
4 Featherweight 4
5 Lightweight 4
6 Welterweight 1
7 Light Middleweight 2
8 Middleweight 2
9 Heavyweight 2
JUMLAH 29 atlet
PANEL PEMILIHAN AHLI PERSATUAN
1. En. Chin Mee Keong MTA
2. En. Phuah Chen Hong MTF
3. En. Liew Kean Thong MTCA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sangat menarik, terima kasih
ReplyDelete