Thursday, February 17, 2011

Kejohanan Sail The Gulf , Doha Qatar 2011

Salam 1Malaysia,

Kejohanan bermula tepat 11pagi pada 16 febuari 2011, di Perairan Doha, Qatar, selepas dirasmikan dengan secara ringkas pada malam 15 febuari 2011. Penyertaan dari Negara, Malaysia, India, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrin, Norway, Oman, Kazazstan, Great Britain, Switzerland, Russia, dan tuan rumah Qatar.

Sebanyak 3 perlumbaan dijalankan untuk semua acara di dua gelanggang berasingan di perairan laut Doha ini dengan tiupan angin bertiup antara 13-17 knot dan keadaan cuaca 18-20C. Khairulnizam Afendy cemerlang di dalam acara Laser Standard dengan di depan untuk ketiga-tiga perlumbaan, manakala Khairuneeta Afendy untuk acara Laser 4.7 juga mencatatkan keputusan cemerlang di kedudukan kedua keseluruhan selepas menamatkan tempat ke7, 1, 1.

Acara International 420, pasangan lelaki kita, Ahmad Latif Khan & Mohammad Hafizzudin , dikedudukan terbaik di tempat pertama dengan menamatkan perlumbaan di depan keseluruhan dan pasangan Khairunnisa Afendy & Nurafiqah Mohd Latif mengekori rapat dikedudukan kedua.

Sebanyak 3 lagi perlumbaan akan disambung esok, diharapkan pelayar dapat mengekalkan prestasi yang baik sehingga tamat kejohanan.

Sekian Terima Kasih,
Ringkasan Laporan daripada,
MUHAMMAD SAHIR BIN A RAHIM
NORHISYAM MD NOOR
Jurulatih Kebangsaan,
Majlis Sukan Negara.

2 comments:

  1. sail the gulf je boleh la. bkn susah nak menang pun. sembang pum pang pum pang. lepas tu kata la anak dia bagus..

    ReplyDelete
  2. ala, sail the gulf je. bukan susah nak menang pun. sembang kecoh. malu la.

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.