Monday, February 28, 2011

Nota makluman Mesyuarat Karnival Pelapis 01/11



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman saya telah menghadiri Mesyuarat Karnival Pelapis 01/11 pada 27 Februari 2011 di Majlis Sukan Negeri Kelantan. Ini adalah mesyuarat kali pertama diadakan oleh USPTN Kelantan yang melibatkan Cawangan Pelapis, Bahagian Acara  dan juga Jabatan-Jabatan yang terlibat.

Berikut adalah senarai nama yang hadir mesyuarat tersebut:-

1. Tn. Hj. Nordin Awang                    - Pengarah MSNK (Pengerusi)
2. Tn. Hj. Zahari Zakaria                   - Ketua Unit USPTN Kelantan
3. Tn. Aziz Tn. Mat                          - MSN Kelantan
4. Rashid Ramli                              - Cawangan Pelapis, MSN
5. Norikwan Ismail                           - Bahagian Acara, MSN
6. Muhamad Ridzuan Mohd Yunus   - Bahagian Acara, MSN
7. Mohd Fakri Yusof                        - Timb. Pengarah Keselamatan USM
8. Nik Abdul Rahman Nik Ismail       - Unit Sukan JPN Kelantan
9. Ramli Hamat                               - Sukan Tinju
10. Muhaizi Mustapha                      - Sukan Gimnastik
11. Christina Toh Mei Lin                  - Pegawai MSSK sukan Gimrama  
12. Mohd Din Ismail                         - Naib Presiden Pesatuan Sepak Takraw Kelantan                    
13. Afiz Ikmal Adenan                      - SDO
14. Fazli Roseli                               - SDO
15. Norfadilah Junkipili                     - SDO
16. Rita Rosnida Abdul Ghafar          - SDO
17. Sofia ilani Lee Abdullah              - SDO
18. Tengku Razana Tengku Yusof     - MSNK
19. Nordin Jusoh                             - Jurulatih Angkat Berat 

Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat ialah:-

1. Perkampungan Sukan/Penginapan - Para atlet dan jurulatih akan ditempatkan di dalam Universiti Sains Malaysia(USM) dimana pada waktu karnival ini, semua pelajar Universiti terlibat akan pulang untuk cuti semester. Hal ini disahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah Keselamatan USM yang mengatakan peserta karnival boleh menginap di asrama USM.

2. Venue Pertandingan - Berikut adalah venue-venue sukan yang terlibat:-
Gimrama         - Dewan Utama USM   
Angkat Berat   - Dewan Murni, USM
Tinju               - Dewan Nurani, USM
Sepak Takraw - Kompleks Sukan USM
Memanah       - Padang Utama USM
Gimnastik       - Dewan Gimnastik SM Putera

Hanya sukan Gimnastik akan dilangsungkan di Dewan SMK Putera, dan sukan-sukan selebihnya akan berlangsung di dalam kawasan USM. Walau bagaimanapun, jarak antara SMK Putera dan USM tidak begitu jauh dan hanya lebih kurang 5KM.

3. Pengangkutan
Pihak USPTN memaklumkan bahawa akan disediakan shuttle transport untuk setiap kontinjen sukan untuk di dalam kawasan USM sahaja. Bagi kontinjen negeri yang mahu menginap diluar kawasan USM, perlulah menyediakan pengangkutan sendiri. 

3. Isu-isu melibatkan sukan
i) Angkat Berat -  Jurulatih Nordin memaklumkan bagi kategori umur bawah 16 tahun lelaki, jumlah angkatan akan diturunkan sebanyak 10KG bagi setiap acara.

ii) Sepak Takraw - pihak persatuan memaklumkan yang pihak PSM telah melaksanakan peraturan pertandingan yang baru untuk tahun 2011 ini seperti kiraan servis, pakaian dan beberapa perkara lagi. Sehubungan itu, pihak persatuan negeri pohon kerjasama MSN untuk melakukan pengubahsuaian semula peraturan pertandingan sedia ada.

Untuk sukan-sukan lain, tiada isu yang dibangkitkan.

Sekian, laporan daripada saya
 


--
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.