Monday, May 2, 2011
Laporan Hari Pertama Kejohanan Olahraga Terbuka Perak
As'salam dan Salam Sejahtera
Tarikh : 30 April 2011 hingga 01 Mei 2011
Masa : 8.00 pg hingga 5.00 ptg
Tempat : Stadium Perak, Ipoh
Atlet terlibat :
1) Mohd Harmizi Arobi
2) Nik Hafiz Nik Mohamad
3) Mohd Nasir Mohamad
4) Mohd Fairol Nazim Md noor
5) Partiban A/L Murugiah
6) Lim Wooi Chew
7) Nik Lukmanul Hakim Nik Yahaya
8) Thinnes Kumar
9)Ng Chee Chew
10) Nur Atikah Md Izham
11) Lily Hartini Ahmad Zamri
12) Norina Damnoeon
Jurulatih:
1) Krishnan A/L Thambusamy
2) Ahmad Mazlan Mahmud
3) Hazril Hassan
Pegawai Pengiring
1) Mohd Suhaimi Md Salleh
LAPORAN HARI PERTAMA
1) Kejohanan Perak Open 2011 membuka tirai kalender pada tahun ini dengan penyertaan dari seluruh Malaysia dan Luar Negara yang melibatkan atlet senior dan junior. Pertandingan untuk hari pertama berlangsung hanya sebelah pagi sahaja. Cuaca pada hari pertama kejohanan dalam keadaan panas terik dan ini menyukarkan atlet untuk menunjukkan prestasi yang terbaik.
2) Tetamu yang hadir pada majlis pembukaan kejohanan Perak Open 2011 ialah Encik Karim Bin Ibrahim Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Untuk hari pertama sebanyak 29 acara dipertandingkan yang melibatkan bahagian Lelaki Terbuka,Wanita Terbuka, lelaki Remaja dan Wanita Remaja.
3) Berikut adalah acara dari atlet serantau utara yang terlibat pada hari pertama kejohanan sama ada peringkat separuh akhir atau akhir:-
1) 100 mtr lelaki terbuka
2) Lompat kijang wanita remaja
3) 800 mtr lelaki terbuka
4) 400 mtr lompat berpagar
5) Membaling Tukul Besi
4) Dengan ini disertakan keputusan rasmi bagi acara yang melibatkan atlet serantau zon utara pada hari pertama kejohanan :-
100 mtr lelaki terbuka sprh akhir
Johan : Md Imran A.Hadi (K0AM) - 11.03 saat
N.Johan : Mohd Harmizi Arobi (ASZU) - 11.20 saat
Ketiga : Firdaus (Speed Dynamic) - 11.42 saat
100 mtr lelaki terbuka akhir
Johan : Md Imran A.Hadi (KOAM) - 10.82 saat
N.Johan : Md Ikhwan Nor (KOAM) - 10.90 saat
Ketiga : Rayzam Shah (KOAM) - 10.95 saat
Keempat : Harith Ammar Md Sobri (SSBJ) - 11.03 saat
Kelima : Mohd Harmizi Arobi (ASZU) - 11.22 saat
Lompat kijang wanita remaja akhir
Johan : Lily Hartini Ahmad Zamri (ASZU) - 11.57 mtr
N.Johan : Nurhidayah Hamizan (MSSPK) - 9.90 mtr
Ketiga : Khor Kher Chyn (PGS) - 9.34 mtr
- bagi acara ini atlet serantau utara telah mengatasi rekod peribadi beliau dengan lompatan lama sejauh 11.50 meter.Ini bermakna atlet tersebut ada peningkatan lompatan di bawah kendalian jurulatih Ahmad Mazlan.
400 mtr lmpt berpagar wanita remaja akhir
Johan : Nur Amalina Azman (SSBP) - 67.59 saat
N.johan : Chew She Yen (pelapis perak) - 70.42 saat
Ketiga : Nur Atikah Md Izham (ASZU) - 72.68 saat
800 mtr lelaki terbuka akhir
Johan : S.Madhialagan (KOAM) - 1:55: 43 saat
N.Johan : Partiban A/L Murugiah - (ASZU) - 1:56:69 saat
Ketiga : Edison Anak Tua (PLO Tentera Darat) - 1:59:31 saat
Membaling Tukul Besi lelaki terbuka akhir
Johan : Azman Mohd (PLO Tentera Darat) - 42.69 mtr
N.Johan : Ng Chee Chew (ASZU) - 39.66 meter
Ketiga : Md Nizam Md Zuki (PLO Tentera Darat) - 38.09 mtr
5) Setakat jam 2.00 petang atlet serantau zon utara telah mengumpul kutipan pingat seperti berikut :-
Emas - 1 emas
Perak - 2 perak
Gangsa - 1 gangsa
Laporan disediakan oleh:
Mohd Suhaimi Md Salleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.