Tarikh : 03 Jun 2012 (Ahad)
Venue : Palembang, Indonesia
Pusat Akuatik Jakabaring hari ini membuka tirai kejohanan dengan menawarkan 34 acara yang akan dipertandingkan. Acara-acara yang ditawarkan adalah :-
- 1500m Freestyle (L) Kump. i,ii,iii
- 800m Freestyle (W) Kump. i,ii,iii
- 50m Backstroke (L&W) Kump. i,ii,iii
- 100m Freestyle (L&W) Kump. i,ii,iii
- 200m Breaststroke (L&W) Kump. i,ii,iii
- 200m Butterfly (L&W) Kump. i,ii,iii
- 50m Freestyle (L&W) Kump. iii
- 4x100m IM Relays (L&W)
Pasukan Malaysia telah menyertai 21 acara daripada 34 acara yang dipertandingkan. Dimulakan dengan acara 1500m (L) Kump. ii & iii dan ia telah diberi saingan sengit oleh negara Vietnam & Indonesia. Berikut adalah keputusan penuh perenang-perenang Malaysia yang mengambil bahagian pada hari ini.
1. Tan Gin Yu
- 1500m Freestyle (L) / 17:53.70 (Rank 5/5)
- 200m Butterfly (L) / 2:07.96 (Rank 3/6)
2. Welson Sim Wee Sheng
- 1500m Freestyle (L) / 16:33.36 (Rank 1/7)
- 100m Freestyle (L) / 53.89 (Rank 2/10)
- 50m Backstroke (L) / 28.98 (Rank 4/9)
3. Wong Jun Bin
- 1500m Freestyle (L) / 17:22.63 (Rank 1/8)
- 100m Freestyle (L) / 58.16 (Rank 2/9)
- 200m Butterfly (L) / 2:30.59 (Rank 6/8)
- 50m Freestyle (L) / 27.62 (Rank 6/9)
4. Tia'a Fang Der
- 50m Backstroke (L) / 28.88 (Rank 3/9)
- 200m Butterfly (L) / 2:13.50 (Rank 3/9)
5. Wong Fu Kang
- 200m Breaststroke (L) / 2:25.61 (Rank 1/6)
6. Tan Chong Heng
- Tiada
7. Tan Rou Ying
- 50m Backstroke (W) / 32.38 (Rank 4/8)
- 100m Freestyle (W) / 1:01.13 (Rank 1/9)
- 50m Freestyle (W) / 28.43 (Rank 3/9)
8. Yap Siew Hui
- 100m Freestyle (W) / 1:04.63 (Rank 6/8)
- 200m Butterfly (W) / 2:38.93 (Rank 7/7)
9. Nadia Adrianna
- 200m Breaststroke (W) / 2:43.19 (Rank 1/8)
10. Asmalia Filzati Redzuan
- 200m Butterfly (W) / 2:28.49 (Rank 1/9)
* 400m Medley Relay (L)/4:11.71 (Rank 4/5)
* 400m Medley Relay (W)/4:46.41 (Rank 5/5)
Pungutan pingat untuk kontigen Malaysia pada hari terakhir adalah sebanyak 6 Emas, 2 Perak dan 4 Gangsa. Berikut adalah keseluruhan pingat bagi semua negara yang menyertai mengikut ranking.
1. Thailand
32 Emas / 34 Perak / 33 Gangsa / 99 Pingat
2. Indonesia
31 Emas / 31 Perak / 20 Gangsa / 82 Pingat
3. Singapore
16 Emas / 16 Perak / 26 Gangsa / 58 Pingat
4. Malaysia
14 Emas / 10 Perak / 10 Gangsa / 34 Pingat
5. Vietnam
11 Emas / 7 Perak / 4 Gangsa / 22 Pingat
6. Filipina
3 Perak / 8 Gangsa / 11 Pingat
7. Brunei
1 Gangsa / 1 Pingat
Kesepuluh atlet Malaysia yang menyertai kejohanan ini semua nya membawa pulang pingat masing-masing. Walaupun bilangan penyertaan dari Malaysia hanya seramai 10 atlet sahaja dan merupakan negara kedua sedikit bilangan penyertaannya selain Brunei,tetapi berjaya membawa pulang 34 pingat bagi sepanjang 3 hari kejohanan dan pencapaian ini amatlah dibanggakan.
Sesi malam pula diadakan jamuan makan malam sebagai acara penutup daripada jawatankuasa penganjur. Setiap negara perlu membuat persembahan dan pasukan Malaysia juga tidak ketinggalan menyertai persembahan tersebut. Di Majlis ini juga, disampaikan beberapa trofi kemenangan iaitu perenang yang memenangi paling banyak pingat mengikut kumpulan umur dan jantina. Atlet dari Malaysia, Tan Rou Ying dinobatkan sebagai pemenang pingat emas terbanyak bagi kumpulan umur 12 tahun kebawah kategori wanita.
Sekalung tahniah sekali lagi kepada atlet-atlet yang menyertai kejohanan ini dan ini mungkin merupakan satu pengalaman manis bagi mereka yang pertama kali menyertai kejohanan peringkat asia ini. Terima kasih juga kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya.
Kepada ibubapa yang hadir memberi sokongan,jutaan terima kasih daripada pihak kami kerana dengan adanya sokongan dan dorongan ibubapa,sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat atlet untuk bertanding dengan lebih bersungguh-sungguh.
Pihak saya juga ingin mengucapakan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurus pasukan Mae Chan dan Jurulatih Shazali Salleh yang sentiasa memberi kerjasama sepanjang berada bersama-sama di kejohanan ini. Tidak lupa juga pada pihak Cawangan Pelapis (PCP,KUPK,KUPN,Pengurus dan KUPen) yang memberi peluang dan ruang serta kepercayaan kepada saya bersama-sama pasukan ke sini. Amat manis sekali untuk dikenang dan segala suka dan duka bersama pasukan sepanjang 6 hari berada di sini nilai pengalaman nya amatlah berharga dan tidak dapat dimana-mana. Terima kasih sekali lagi diucapkan.
Esok,pasukan akan berangkat dari hotel jam 10.30 pagi. Penerbangan pula adalah jam 1.55 petang dari Palembang dan dijangka tiba di LCCT Malaysia pada jam 4.20 petang waktu Malaysia.
Sekian dari saya di kota Palembang, Indonesia. Terima kasih.
Malaysia Boleh!
Laporan disediakan oleh
Shasha Tarmuzi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.