Hari ini aktiviti berjalan seperti biasa dengan cuaca yang panas terik iaitu 38-C. Semua pegawai dan atlet di arah untuk minum lebih air dan setakat ini semua pegawai dan atlet berada dalam keadaan yang sihat.
Sukan badminton, ping pong, skuasy dan judo telah memulakan sesi latihan disebelah pagi. Mesyuarat pengurus pasukan juga dilaksanakan untuk Judo dan Skuasy pada sebelah petang. Pasukan perubatan juga telah menyediakan kemudahan seperti klinik, bilik (messuer) dan lain-lain kemudahan bagi tujuan rawatan pegawai dan atlet negara.
Hujan yang lebat pada sebelah petang telah menyejukkan semua pegawai dan atlet yang menyertai Temasya ini.
Pada jam 3.30 petang, satu majlis rasmi telah dilaksanakan iaitu 'Team Welcoming Ceremony' untuk 4 negara iaitu Brunei, Qatar, Uzbekistan dan Malaysia. Jalur Gemilang telah di kibarkan dengan rasminya di Majlis menandakan bermulanya perjuangan kontingen negara pada Temasya kali ini. Pada Majlis tersebut hanya pegawai daripada urusetia dan pegawai perubatan telah mewakili negara disebab semua atlet masih menjalani latihan rasmi di venue pertandingan masing-masing.
Pada sebelah malam, pegawai urusetia telah bertolak ke lapangan terbang untuk menjemput kontingen negara merangkumi pegawai dan atlet dari sukan angkat berat, terjun dan bola keranjang seramai 16 orang. Penerbangan yang sepatutnya dijangka sampai ke Nanjing pada jam 9.20 malam telah mengalami kelewatan sehingga jam 1.05 pagi (kelewatan selama 3 jam 30 minit) dan dijangka sampai ke perkampungan sukan pada jam 3.00 pagi.
Esok akan berlangsung acara gemilang iaitu Pembukaan Rasmi Sukan Remaja Asia kali kedua 2013.
Sekian ...
Laporan dari Nanjing China
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.