Tempat
: UiTM Shah Alam
Tarikh : 27hb Feb 2014
Hari ini bersamaan
dengan hari Khamis merupakan hari terakhir perhimpunan di mana semua atlet,
jurulatih dan urusetia akan kembali ke Majlis Sukan Negara dan ke Pusat Latihan
masing-masing. Seperti biasa aktiviti dimulakan dengan perhimpunan pagi di mana
taklimat program daripada En. Nor Izuwan dan Kem Komanden En. Onn Abd Rahman
kepada atlet dan juga jurulatih. Seawal 6.30 pagi, senamrobik dijalankan oleh instruktor
jemputan sehinggalah pada pukul 7.30 pagi. Setelah itu, semua atlet dan
jurulatih ke dewan makan Kolej Melati untuk sarapan pagi.
Para atlet kembali ke
dewan Pusat Sukan UiTM pada pukul 8.30 pagi untuk aktiviti yang seterusnya.
Sekali lagi atlet dan jurulatih dibahagikan kepada kumpulan masing-masing
dimana atlet berada di dewan Pusat Sukan UiTM untuk sesi ceramah bertajuk ‘Transformasi
Atlet : Dilema dan Cabaran’ oleh Dr. Hj Hamdan Mohd Ali yang merupakan seorang
pensyarah di Universiti Malaya. Manakala para jurulatih berada di Bilik Seminar
Stadium UiTM untuk sesi Kejurulatihan bersama Pengarah Cawangan Kejurulatihan
MSN, En. Zawawi Zakaria.
Setelah minum pagi,
semua atlet dan jurulatih berkumpul semula di dewan pusat sukan untuk Majlis
Penutupan Perhimpunan yang ditutup oleh Pengarah Cawangan Pelapis En. Jefri
Ngadirin. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Kejurulatihan, En.
Zawawi Zakaria diiringi oleh Ketua Unit Pelapis Kebangsaan En. Azrul Hisyam dan
Ketua Unit USPTN Selangor Puan Zie Ileana Izra Binti Ujang. Majlis penutupan
menyaksikan sesi penyerahan semula bendera kepada Tuan PCP bagi simbolik
berakhirnya Perhimpunan Atlet Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau tahun
2014. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari
bertempat di Dewan makan Kolej Melati.
Kaunter check out dibuka
di Kolej Melati dan juga Kolej Delima pada pukul 1.30 petang. Semua atlet,
jurulatih dan urusetia kembali ke MSN dan Pusat Latihan masing-masing.