Wednesday, February 26, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA PERHIMPUNAN ATLET PELAPIS KEBANGSAAN DAN PELAPIS SERANTAU 2014

TARIKH                              : 25 Februari 2014
TEMPAT                             : UiTM Shah Alam
JUMLAH ATLET                 : 125 Lelaki, 80 Wanita                  
JUMLAH JURULATIH         : 21 Lelaki, 9 Wanita
JUMLAH URUSETIA           : 26 orang

Bermula pada 25 Februari 2014, Perhimpunan Atlet Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau telah membuka tirai hari yang pertama dengan penyertaan seramai 205 atlet dan 30 jurulatih yang terdiri daripada dari 12 sukan iaitu angkat berat, berbasikal, akuatik, gimnastik artistik dan gimrama, olahraga, karate, lawan pedang, menembak, wushu, taekwondo, tinju dan pelayaran. Perhimpunan pada kali ini bertempat di UiTM Shah Alam bermula dari 25 Februari sehingga 27 Februari 2014.



Perhimpunan atlet Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau 2014 yang dianjurkan oleh Cawangan Pelapis ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan atlet-atlet di bawah Program Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia. Antara objektif perhimpunan adalah menghimpunkan atlet-atlet jurulatih di bawah Program Pelapis Kebangsaan dan Serantau Majlis Sukan Negara, memberi peluang kepada atlet untuk bertemu dan beramah mesra dengan YBhg. Dato Seri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara serta pihak pengurusan tertinggi Malis yang lain serta untuk menerapkan semangat sepasukan dan kenegaraan di peringkat awal antara atlet serta jurulatih.



Hari pertama program bermula pada jam 9.00 pagi dimana semua atlet yang berpusat di Majlis Negara berkumpul di MSN untuk bertolak ke UiTM Shah Alam. Manakala atlet-atlet dari Akademi Serantau Zon Utara (ASZU), Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Pusat Latihan Serantau Ipoh telah bertolak pada pukul 6.00 pagi menaiki van menuju ke destinasi. Para atlet dan jurulatih tiba seawal 10.30 pagi dan mendaftar di penempatan kolej masing-masing.



Program petang yang bertempat di Pusat Sukan UiTM Shah Alam dimulakan dengan sesi taklimat kem oleh Encik Nor Izuwan serta taklimat keselamatan dari wakil pihak keselamatan UiTM Shah Alam dan diikuti dengan ucapan dan amanat dari Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin. Selepas minum petang, acara diteruskan dengan taklimat  program Pelapis oleh En. Azrul Hisyam. Aktiviti terakhir yang dijalankan pada hari pertama adalah sesi ice breaking oleh Cawangan Hal Ehwal Atlet MSNM.





Aktiviti pertama untuk hari kedua akan dimulakan dengan perhimpunan pagi diketuai oleh Kem Komanden iaitu En. Onn Abd Rahman.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.