Tempat
: UiTM Shah Alam
Tarikh : 26hb Feb 2014
Pada hari kedua, seawal 6.45 pagi atlet telah
memulakan aktiviti yang pertama iaitu perhimpunan pagi. Selepas taklimat
daripada kem komanden En. Onn Abd Rahman, para atlet bersama dengan jurulatih
dan urusetia yang lain melakukan senamrobik pagi yang bertempat di dewan Pusat
Sukan UiTM.
Setelah selesai senamrobik, atlet dan
jurulatih bergerak ke kolej Melati untuk sarapan pagi. Pada pukul 8.00 pagi
pula atlet dan jurulatih dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dimana
atlet berada di dewan Pusat Sukan UiTM untuk sesi Ice Breaking bersama wakil dari Cawangan Hal Ehwal Atlet manakala
para jurulatih pula bergerak ke Stadium UiTM untuk sesi ceramah psikologi
bersama Dr. Mazlan Ismail, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
UiTM Shah Alam.
Seterusnya pada pukul 10.30, semua atlet dan
jurulatih berkumpul semula di Pusat Sukan UiTM bagi Perhimpunan bersama YBhg
Dato’ Harun Che Su Timbalan Setiausaha KBS.
Antara jemputan VIP yang turut memeriahkan
perhimpunan tersebut adalah :
- YBRS Tuan Haji Saadon Shukor – Pengarah Bahagian Perancangan Korporat dan Antarabangsa Institut Sukan Negara
- En. Arrifin Mohd Ghani – Pemangku Pengarah Bahagian atlet MSN
- En. Abdul Rashid Yaakub – Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
- En. Jefri Ngadirin – Pengarah Cawangan Pelapis MSN
- En. Cheah Ban Cheng – Setiausaha Kehormat Kongres Tenpin Boling Malaysia
- Tuan Haji Musa Bin Dun – Pengarah MSN Perak
- En. Nik Ahmad Said - Wakil Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia
- Wakil Persatuan Angkat Berat Malaysia
- Wakil Persatuan Taekwondo Malaysia
- Wakil Persekutuan Wushu Malaysia
- Wakil Pengarah MSN Kelantan
- Wakil Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sesi petang pula dimulakan dengan forum sukan
yang bertajuk ‘A Route as a Successful
Athlete’ bersama tiga orang ahli sukan jemputan iaitu Mirnawan Nawawi, Yu
Peng Kean dan Irfan Samsudin. Forum ini dibantu oleh Puan Natasha Erina dari
Cawangan Dasar MSN yang bertindak sebagai moderator
forum yang mana membincangkan hala tuju, cabaran dan halangan mencapai kejayaan
yang mereka kecapi sekarang.
Seterusnya pada pukul 4.30 petang, acara
diteruskan dengan aktiviti riadah dimana atlet-atlet diberi peluang untuk
melakukan aktiviti luar daripada rutin latihan dibimbing oleh jurulatih sukan
masing-masing. Namun begitu, beberapa atlet juga seperti olahraga, wushu dan
taekwondo masih mengadakan latihan seperti biasa.
Aktiviti malam pula bermula pada pukul 8.30
malam dimana atlet-atlet dan jurulatih didedahkan dengan ceramah bertajuk
‘Mengendalikan Media’. Sesi yang pertama dimulakan oleh Puan Natasha Erina dan
En. Fahmi Omar dari Cawangan Dasar MSN dan seterusnya sesi bersama wakil dari
TV3 En.Tabah Sazwan. Sesi ini adalah untuk membantu para atlet dari segi
menangani pihak media agar tidak dimanipulasikan atau diambil kesempatan oleh
pihak-pihak tertentu.
Setelah minum malam, hari kedua berakhir pada
pukul 11.00 malam dimana atlet diserahkan kembali di bawah bimbingan Kem Komanden
untuk taklimat aktiviti hari seterusnya.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.