Tarikh : 11 Mac 2014
Tempat : Antalya, Turkey
Unit Pelapis Kebangsaan dengan kerjasama Persekutuan Wushu Malaysia telah menghantar beberapa orang atlet dari program Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Negeri untuk menyertai 5th World Junior Wushu Championship yang berlangsung di Antalya, Turkey bermula pada 11-19 Mac 2014. Pasukan Wushu Malaysia dengan kekuatan seramai 18 orang dimana seramai 12 orang atlet telah terpilih untuk mewakili kategori masing-masing. Pasukan Wushu Malaysia juga turut disertai dan diiringi oleh seorang pengurus pasukan, seorang jurulatih Pelapis Kebangsaan, seorang pegawai pengiring, seorang pengadil dan dua orang pemerhati.
Pasukan Wushu Malaysia telah memulakan perjalanan pada 10hb Mac ke Doha - Istanbul - Antalya dengan menaiki Qatar Airways dan Atlas Jet yang mengambil masa selama 16 jam perjalanan. Walaupun perjalanan yang jauh dan masa penerbangan yang panjang, para atlet masing-masing berada dalam keadaan sihat dan cergas serta tidak mengalami sebarang masalah sepanjang penerbangan. Pasukan telah selamat tiba dan mendaftar masuk ke penginapan rasmi iaitu Kremlin Palace Hotel pada pukul 9.30 malam waktu tempatan (3.30 pagi waktu Malaysia).
Hari ini adalah merupakan Official Team Arrival & Registration yang diadakan di Kremlin Palace Hotel. Dianggarkan sebanyak 48 buah negara akan mengambil bahagian di dalam kejohanan kali ini bagi acara Taolu dan Sanda. Sesi latihan dijalankan seperti biasa di dewan latihan di tempat penginapan.
SITI MARINA ARSHAD
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.