Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kem Bakat Sukan Angkat Berat telah masuk hari ketiga. Aktivit dimulakan dengan perhimpunan pagi pada jam 7.00 pagi. Atlet-atlet kemudian dibawa ke Pantai Hiburan bagi senaman pagi.
Latihan pagi dimulakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Latihan difokuskan kepada teknik-teknik angkatan seperti straight knee snatch dan jerk block. Manakala latihan pada sebelah petang adalah classic snatch dan clean squat.
Atlet-atlet kemudian diberikan taklimat mengenai teknik-teknik angkatan oleh Encik Mohd Nor Osman.
Bagi sebelah malam pula, sesi ceramah berkenaan psikologi disampaikan oleh Pn. Noorhapizah Mamat, pegawai dari ISN Satelit Negeri Pahang. Aktiviti tamat sekitar jam 10.30 malam.
Sekian sahaja laporan dari MSN Kuala rompin. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.