27 Oktober 2014 / Isnin
Pemantauan PLN Sarawak
telah bermula mulai 27 sehingga 30 Oktober 2014 dimana ianya akan dijalankan
oleh Pn Nurehsan Hassan bersama Cik Nency Eve Gasinau. Bagi hari pertama lawatan, pihak kami telah
menjalankan audit pengurusan program PN terlebih dahulu mulai jam 11.30 pagi sehingga
4 petang bertempat di pejabat USPTN Sarawak.
Berikut adalah elemen audit yang telah dijalankan :
1) MAKLUMAT PUSAT LATIHAN
2) MAKLUMAT / DATA JURULATIH
3) LAPORAN BULANAN JURULATIH
4) PERIODISASI MENGIKUT SUKAN
5) MAKLUMAT / DATA PERKHIDMATAN SAINS SUKAN
6) MAKLUMAT / DATA ATLET & PENCAPAIAN
7) TAKWIM TAHUNAN @ PERANCANGAN USPTN
8) TEMASYA SUKAN MALAYSIA
9) INVENTORI PERALATAN
LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN
Masa Lawatan : 4.30pm – 5.30 pm
Sukan : Akuatik Terjun
Tempat : Pusat Kecemerlangan Akuatik Kuching
- Jurulatih - Puan
Rosatimah Mohamad
- Kehadiran Atlet : 8
orang
- Masa latihan atlet
adalah 6 kali seminggu bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 8.00 malam. Hari
Sabtu latihan diadakan pada jam 8.30 pagi sehingga 1.00 petang.
- Seramai 5 orang atlet
berada di kumpulan A, 6 orang atlet kumpulan B, dan 7 orang atlet kumpulan C.
- Kehadiran adalah
memuaskan kerana terdapat bantuan pengangkutan yang disediakan oleh pihak
majlis sukan negeri bagi mengambil atlet sukan terjun dari satu tempat ke
tempat latihan.
Sukan : Taekwondo
Masa Lawatan : 8.00 pm – 9.05 pm
Tempat : Kuching Taekwondo & Self Defense Club
- Kehadiran atlet
adalah seramai 8 orang. Beberapa atlet lain tidak dapat menjalani latihan
kerana akan menghadapi peperiksaan.
- Latihan diadakan
sebanyak 6 kali seminggu dimana hari Ahad adalah hari cuti.
- Kemudahan dan
peralatan yang digunakan untuk latihan adalah sepenuhnya milik persatuan.
- Kebanyakan atlet
berumur antara 16 – 20 tahun dan pemilihan atlet ke dalam program adalah
melalui pertandingan antara kelab di sekitar Kuching.
- Pencapaian PLN ini adalah memuaskan dimana
pada temasya Sukan Malaysia Perlis 2014, 6 pingat berjaya diperolehi iaitu 4
Emas & 2 Perak.
LAPORAN OLEH,
NUREHSAN HASSAN
NENCY EVE
CAWANGAN PELAPIS
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.