Tarikh : 28 Februari 2015 (Sabtu)
Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg Pandan
Setelah perbincangan berkenaan dengan topik Pendahuluan, SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunities, Threats), dan Pelan Pembangunan bagi setiap sukan untuk sesi yang pertama, hari kedua diteruskan dengan sesi 2 hingga sesi 5. Berikut merupakan topik perbincangan hari kedua mengikut sesi :
1) Sesi 2 : Teras Strategik 1 - Penyertaan dan Kemudahan Latihan
2) Sesi 3 : Teras Strategik 2 - Kejurulatihan dan Pembangunan Program Latihan
3) Sesi 4 : Teras Strategik 3 - Pertandingan
4) Sesi 5 - Teras Strategik 4 - Pencarian Bakat dan Pengkhususan Bakat
Setiap perbincangan diambil kira bagi merealisasikan pelan pembangunan sukan di Malaysia dengan bantuan moderator khas setiap sukan dan juga reporteur daripada MSNM bagi mencatat segala nota perbincangan untuk dimasukkan dalam pelan tersebut. Penyertaan daripada semua pemegang taruh juga membolehkan permasalahan dan penambahbaikkan dibincangkan dengan telus agar tidak terlepas pandang dengan mana-mana topik berkaitan berdasarkan fungsi agensi masing-masing dalam sukan di Malaysia.
Hari kedua bermula pada pukul 8.30 pagi dan ditangguh pada pukul 7.00 petang dan disambung semula pada 01 Mac 2015.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.