Tarikh : 14 Mac 2015
Masa : 8:30 pagi - 9:00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan
Sukan Taekwondo membuka tirai kejohanan pada tahun 2015 dengan penganjuran 1st Leg Sport Excel-NSC-MILO-TM National Junior & Senior Taekwondo Circuit 2015 bermula 14-15 Mac 2015. Pada edisi ini juga, atlet bagi Program Khas YOG 2018 turut menyertai kejohanan ini bagi penglibatan pertama dalam program. Seramai 2 orang atlet wanita mengambil bahagian pada hari pertama kejohanan. Berikut merupakan keputusan atlet Program Khas YOG 2018 :
Pusingan pertama - Kategori Junior (12-14)
Bantam Weight
1. Nur Abilla Atillia (YOG) kalah kepada Zakiah Adnan (MATSA) (5-8) mata.
Feather Weight
2. Siti Sara Wardina (YOG) menang kepada Nurul Arine Najwa (KEL) (18-0) mata
Pusingan kedua
1. Siti Sara Wardina (YOG) kalah kepada Nurul Atirah (MATSA) (2-0) mata.
Esok 15 Mac 2015, 2 orang atlet yang akan bertanding adalah Tengku Mohamad Aqil (Light Weight) dan Mohamad Imam Roif (Bantam Weight).
LAPORAN OLEH
SYAMSUL AFZAN
UNIT KHAS YOG MSN
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.