Tuesday, December 6, 2011

KEM MENEMBAK PELAPIS KEBANGSAAN 2011

Hari Kelima

Tarikh : 5 Disember 2011
Masa : 7.30am - 12.00pm
Tempat : Kompleks Sukan Pelayaran Langkawi & Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM)
Jumlah Pegawai : 3 orang
Jumlah Atlet : 10 Orang Pelapis Kebangsaan
                     15 Orang Pelapis Negeri
Jumlah Coach : 4 Orang
Pegawai ISN : 3 orang

Laporan :

Acara pagi hingga petang masih sama seperti hari-hari sebelum ini.  Tamat sahaja acara petang, 3 orang pegawai telah ke jeti Kuala Perlis untuk mengambil seorang pegawai ISN bahagian conditioning bagi program esok.  

Bagi sesi malam pula, pegawai nutrition telah memulakan 'talk' dan juga menyediakan game sambil belajar bersama semua atlet.    

Pelbagai gelagat dapat dilihat melalui game ini dan penggunaan psikologi juga turut digunapakai oleh mereka untuk menjayakan kumpulan masingimasing.  

Acara telah ditamatkan pada jam 12.00am.


Laporan oleh:
Norjihan

Monday, December 5, 2011

KEM MENEMBAK PELAPIS KEBANGSAAN 2011


Hari Ketiga

Tarikh : 3 Disember 2011
Masa : 7.30am - 11.00pm
Tempat : Kompleks Sukan Pelayaran Langkawi & Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM)
Jumlah Pegawai : 2 orang
Jumlah Atlet :  10 Orang Pelapis Kebangsaan
                       15 Orang Pelapis Negeri
Jumlah Coach : 4 Orang
Pegawai ISN : 3 orang

Laporan :

pagi jam 7.30am semua atlet bertolak ke lapang sasar dan acara dimulakan dengan perbarisan pagi serta nyanyian lagu 'Negaraku'.  Selepas memanaskan badan, mereka terus mengikut jurulatih masing-masing ke bay acara mereka dan latihan dijalankan sehingga jam 1.00pm.  

Selepas makan tengahari di range, mereka meneruskan latihan sehingga jam 5.00pm.  Pada jam 8.00pm, pengawai sukan bersama jurulatih telah membawa seorang atlet pistol (W) ke klinik bagi tujuan rawatan kerana atlet berkenaan telah mengadu sakit dibahagian perut semasa membuang air dan pada masa yang sama jurulatih Sabki telah ke jeti untuk mengambil 3 orang pegawai dari ISN yang akan terlibat dengan kem ini.  

Sesi malam, acara riadah (game) dikendalikan oleh jurulatih Yusri di dalam dewan dan atlet diarahkan berehat selepas makan lewat malam.


Laporan
Norjihan

KEM MENEMBAK PELAPIS KEBANGSAAN 2011

Hari Kedua

Tarikh : 2 Disember 2011
Masa : 9.00am - 12.00am
Tempat : Kompleks Sukan Pelayaran Langkawi & Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM)
Jumlah Pegawai : 2 orang
Jumlah Atlet :  10 Orang Pelapis Kebangsaan
                       15 Orang Pelapis Negeri
Jumlah Coach : 4 Orang

Laporan :

Pada jam 9.00am taklimat untuk program hari ini dimulakan dan selepas itu semua atlet dibawa ke Lapang Sasar untuk menyediakan segala keperluan bagi menjalani latihan.  

Pemasangan 'rubber target' untuk latihan 50m, memasukkan angin ke selinder senjata dari compressor dan lain-lain perkara dilaku seawal pagi untuk melancarkan program latihan di sini.  Jam 1.00pm semua pegawai dan atlet lelaki yang beragama islam dibawa ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat.  

Sebelah petang latihan fizikal dimulakan pada jam 5.00pm dan ia dijalankan di kawasan kompleks Pelayaran.  Pada sebelah malam pula, bermula sesi ais breaking, antara aktiviti adalah sesi suaikenal antara semua atlet dan acara berakhir pada jam 11.00pm.

Laporan
Norjihan

Saturday, December 3, 2011

Bengkel Pemurnian Kertas Kerja Program 2020 Bahagian Atlet

Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara yang terdiri daripada Cawangan Elit, Pelapis, Paralimpik dan Kejurulatihan telah mengadakan bengkel pemurnian kertas kerja program jangka panjang 2020 di Klana Resort, Seremban. Seramai 65 orang pengurus sukan daripada ketiga-tiga cawangan telah hadir dan menyiapkan kertas kerja.

Disamping itu juga, pegawai-pegawai daripada Cawangan Pengurusan Acara, Bahagian Kemudahan Harta turut dijemput untuk membantu menyiapkan kertas kerja ini.

Turut hadir ke bengkel ini adalah Ketua Pengarah MSN, Dato Zolkples Embong. Bengkel ini bermula pada 30 November dan akan berakhir tengahari ini.

Friday, December 2, 2011

Kem Bakat Sukan Terjun 2011

Hari Ketiga Kem Bakat Sukan Terjun 2011 (1 Disember 2011)
Masuk hari ketiga kem diadakan, kesemua atlet masih berada dalam keadaan baik walaupun 2 orang atlet mengalami demam biasa dan telah dirujuk ke Klinik ISN. Sesi latihan diteruskan sehingga jam 6 petang dan pada jam 8 malam, kesemua atlet dan jurulatih menonton tayangan cd di Auditorium 1, MSN.

Hari Keempat Kem Bakat Sukan Terjun 2011 (2 Disember 2011)

Seperti pagi - pagi sebelumnya, jurulatih Zhou Xi Yang mengadakan sesi latihan regangan badan untuk kesemua atlet. Tiada latihan di pool dijalankan pada hari ini memandangkan pool telah disewa oleh pihak luar. Kesemua atlet menjalani latihan di dry gym mulai sesi pagi sehingga petang. Esok akan diadakan mini pertandingan hanya bagi kumpulan B sahaja memandangkan pool diving masih lagi disewa oleh pihak luar.


Nurehsan Hasan













KEM MENEMBAK PELAPIS KEBANGSAAN 2011: Hari Pertama

Hari Pertama


Tarikh : 1 Disember 2011
Masa : 6.00am - 12.00am
Tempat : Kompleks Sukan Pelayaran Langkawi & Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM)
Jumlah Pegawai : 2 orang
Jumlah Atlet : 10 Orang Pelapis Kebangsaan
15 Orang Pelapis Negeri
Jumlah Coach : 4 Orang

Laporan :


Jam 6.00am jurulatih menembak En. Sabki dan Pegawai Persenjataan En. Zaizi bertolak dari Casa ke KLIA bersama senjata untuk dibawa ke Langkawi. Walau bagaimanapun, mereka menghadapi masalah apabila pihak MAS tidak memaklumkan ada pertukaran kapal penerbangan dari Malaysian Airline kepada Firefly dan mereka terpaksa menaiki penerbangan Malaysian Airline pada jam 11.00am.

Bagi yang menaiki bas pula, perjalanan bermula pada jam 8.30am terus ke Langkawi. Sampai di Kuala Perlis pada jam 5.15pm dan menaiki feri pada jam 6.00am. Pada jam 7.00pm sampai di jeti, 3 buah van telah siap menunggu. Van-van tersebut dikendalikan oleh En. Sabki, En. Zaizi dan Pak Nan dari MSN Langkawi dan sampai saja di asrama, pegawai dan atlet dikehandaki mendaftar untuk masuk ke bilik.

Selepas makan malam, sedikit taklimat diberikan oleh pihak pengurusan asrama iaitu Pn. Shira dan Pak Nan sendiri dan majlis bersurai pada jam 10.00pm.


norjihan



Thursday, December 1, 2011

KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2011 - Hari Kedua


Hari Kedua Kem Bakat Sukan Terjun 2011 (30 November 2011)

Pada hari kedua kem berlangsung telah diadakan satu sesi ujian kecergasan yang dikendalikan oleh team dari ISN yang diketuai oleh Albert Tan (ISN).  Ujian telah diadakan di Dewan Biomekanik, ISN dan seramai 64 orang telah menjalani ujian tersebut dan telah berakhir pada jam 1.00 petang.  Pada sebelah petang, hanya atlet kumpulan A sahaja yang meneruskan sesi latihan manakala atlet kumpulan B diberi pelepasan rehat setelah melihat mereka begitu kepenatan sewaktu menjalani sesi latihan ujian kecergasan.

Aktiviti sebelah malam pula, diisi dengan taklimat oleh ISN dengan tajuk Psikologi. Tiada atlet tidur seperti sesi pertama memandangkan adik adik kecil ini telah mendapat rehat pada sebelah petang dan Pn Rohana (ISN) yang memberi taklimat bijak mengendalikan sesi dengan pelbagai pertanyaan dan mengatur permainan untuk atlet.


Laporan disediakan oleh:-
Nurehsan