Monday, March 12, 2012

Kejohanan cabaran berbasikal trek pelapis perak - serantau ipoh - serantau penang

Perkara : Kejohanan cabaran berbasikal trek pelapis perak - serantau ipoh -serantau penang

Penyertaan : 29 orang atlet

Tarikh : 10 mac 2012 (sabtu)

Tempat : veledrom rakyat ipoh

Masa : 10.00 pagi hingga 4.30 petang

Tujuan : kejohanan cabaran ini diadakan adalah bagi persediaan awal untuk menyertai kejohanan berbasikal trek pelapis siri 1/ 2012 yang bakal berlangsung pada 4 hingga 8 april 2012 di veledrom rakyat ipoh

Klinik berbasikal : sepanjang kejohanan ini berlangsung para atlet dan jurulatih telah di ajar berkaitan  teknik berbasikal yang  terkini dengan kehadiran jurulatih pasukan new zealand iaitu mr john harris yang sedang melatih pasukan new zealand selama 3 minggu di ipoh bagi siri jelajah asia di thailand dan filipina serta le tour de langkawi yang telah berakhir baru-baru ini.

Keputusan pertandingan :

Bwh 15 tahun acra 200m sprint
1) Mohamad nor azman(prk) 13.28s
2) nur aiman syahmin(prk) 13.55s
3) wan mohamed azmi(aszu penang) 13.75s

Bwh 15 tahun acara 500m
1) wan mohamed azmi(aszu penang) 38.95s      
2) nur aiman syahmin(prk) 40.39s
3) mohamad nor azman(prk) 40.63s

Bwh 15 tahun acara 3km
1) wan mohamad azmi(aszu penang) 4:30:11s
2) nur aiman syahmin(prk) 4:37:33s
3) mohamad helmi(prk) 4:45:03s

Bwh 18 tahun acara 200m sprint
1) mohd asri suraizi(serantau ipoh) 12.34s                
2) amar asyraf(prk) 12.72s
3) mohd firdaus shah(serantau ipoh) 12.82s

Bwh 18 tahun acara 500m
1)mohd asri suraizi(serantau ipoh) 37.16s
2)mohd faiz(serantau ipoh) 37.20s
3)amar asyraf(prk) 37.38s

Bwh 18 tahun acara 3km
1) mohd afiq husaini(serantau ipoh)4:01:87s               
2) mohd irwandi(serantau ipoh) 4:03:07s
3) low jin ming(serantau ipoh) 4:11:85s


Laporan disediakan oleh:
Meor Shahriman

ATLET BERBASIKAL PELAPIS KEBANGSAAN DA SERANTAU KE MELBOURNE







Hari ini 3 orang atlet berbasikal program pelapis kebangsaan dan serantau iaitu Malek Marcuss Maccrone, Muhd Firdaus Suardi dan Ummi Hamimah Mohamad akan menjalani latihan di Melbourne sehingga bulan Ogos bagi persiapan ke kejohanan UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2012 yang akan diadakan di Invercargill New Zealand pada 22 - 26 Ogos 2012.

Latihan ini akan dijalankan di bawah pengawasan ketua jurulatih trek negara John Beasley dengan dibantu oleh jurulatih pelapis kebangsaan yang turut bersama-sama atlet ke Melbourne.

Dengan latihan intensif selama 6 bulan disana dengan pendedahan pertandingan tempatan dan latihan gym yang efisen dari pakar yang sama didalam melatih pelumba elit negara iaitu Azizul Hasni Awang dan Fatehah Mustafa.

Turut bersama-sama menjalani latihan di Melbourne 3 bekas atlet pelapis kebangsaan yang baru di naik taraf ke program elit trek iaitu Mohd Fattah Amri Zaid,Muhd Arfy Qhairant dan Ju Pha Som Net.

Ini sebahagian perancangan jangka panjang program elit trek dan pelapis yang,mensasarkan sukan Asia 2014,Sukan Komanwel 2014 dan Sukan Olimpik 2016.

sekian laporan dari KLIA.

Saturday, March 10, 2012

Perhimpunan Atlet dan Jurulatih Pelapis Kebangsaan 2012

Pada hari ini, Cawangan Pelapis menganjurkan Perhimpunan Atlet dan Jurulatih Pelapis Kebangsaan 2012 di Dewan Komanwel. Serami 85 orang atlet dan 28 orang jurulatih telah hadir pada sesi perhimpunan ini. Disamping dapat berjumpa secara terus dengan pengursan Majlis, atlet-atlet turut diberi beberapa taklimat termasuk kepentingan anti doping.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg Dato' Zolkples Embong, Ketua Pengarah MSN serta pengarah-pengarah di Bahagian Atlet.

Program seumpama ini akan dijadikan sebagai program tahunan dan beberapa aktiviti sampingan akan dirangka bagi memastikan semua atlet diberi input serta pengetahuan yang sewajarnya.

Program ini akan dijangka tamat pada jam 5 petang.

Saturday, March 3, 2012

Laporan Kejohanan NSAM President (2nd Day) 2012

NSAM PRESIDENT ALLY T.H. ONG N SPORT EXCEL/NSC/MILO/NSAM 2ND MALAYSIAN JUNIOR
SHOOTING CHAMPIONSHIPS 2012 (01ST - 04TH MARCH, 2012)
 
Hari ke-2 : NSAM PRESIDENT N 2ND JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIPS 2012.
Tarikh     : 02 March 2012.
Tempat   : Lapang Sasar Persatuan Menembak Kebangsaan, Subang, Selangor.
Atlet        : 15 Atlet Pelapis Kebangsaan. 17 Atlet Elit Kebangsaan.
Jlatih       : 04 Jurulatih Pelapis Kebangsaan dan 5 orang Jurulatih Elit.
Acara      : 50m Rifle Prone Men (Senior/Junior)
                 50m Rifle Prone Women (Senior/Junior)
                 25m Rapid Fire Pistol Men (Senior/Junior)
 
Pada hari kedua kejohanan, di lapangsasar 50m berlangsung 2 acara iaitu Rifle Prone Lelaki dan Rifle Prone Wanita. Rifle Prone Lelaki berlangsung pada jam 0900 pagi manakala acara Rifle Prone Wanita berlangsung selepas tamat acara lelaki iaitu pada jam 11.00 pagi. 

Terdapat sedikit 'kekecohan' sebelum acara wanita bermula, dimana seramai 6 atlet (01 ATM dan 05 Pahang) tidak ada dalam 'list' peserta wanita utk acara Rifle Prone walaupun telah mendaftar, bagi memastikan ianya tidak menggangu acara berlangsung, satu keputusan telah dibuat atas perbincangan CRO (Chief Range Officer) dimana 6 orang atlet tersebut di benarkan utk bertanding pada detail ke-3 iaitu pada jam 12.45 tengahari.

Pada sebelah petang iaitu selepas selesai solat Jumaat berlangsung  acara 'Final' untuk kesemua acara yang dipertandingkan. Walaubagaimana pun cuaca cerah pada sebelah petang memudahkan lagi acara 'final' berlangsung. 

Kerjasama dari semua pegawai, jurulatih serta atlet membolehkan kejohanan kali ini berlangsung dengan jayanya.

Keputusan Kejohanan:

10m Air Pistol Wanita.

1. Bibiana Ng Pei Chin -  PDRM   374/Final 473.2 Gold
2. Ishwari Jahanava      - Selangor 376/Final 473.1 Silver
3. Joseline Cheah        -  ATM       377/Final 472.6 Bronze
 
50m Rifle Prone Men.

1. Mohd Hassanul Azhar - Pahang  593/Final 695.8 Gold
2. Arif Azwan Azmi         - ATM      592/Final 695.3 Silver
3. Mohd Shahril Sahak    - Johor     590/Final 694.2 Bronze
 
50m Rifle Prone Women.

1. Muslifah Zulkifle     - ATM      592 Gold
2. Siti Najwa              - PDRM   590 Silver
3. Nurul Izzati Roslan - Pahang  590 Bronze
 
25m Rapid Fire Pistol Men

1. Hafiz Adzhar      - Perak   570 Gold
2. Hasli Ezwan       - Perak  565 Silver
3. Khalel Abdullah  - ATM    562 Bronze
 
Sekian.Laporan Ringkas Kejohanan Menembak.

Terima kaseh.

Laporan disediakan oleh:
Mohd Sabki Mohd Din

Friday, March 2, 2012

KEJOHANAN NSAM PRESIDENT ALLY T. H. ONG TROPHY & SPORT EXCEL/MSN/MILO/NSAM 2ND. MALAYSIA JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIPS 2012

Hari : Khamis
Tarikh : 1 Mac 2012
Masa : 10am - 3.30pm
Tempat : Lapang Sasar Subang, Selangor
Jumlah Atlet : 15 orang (11 bertanding)
Jumlah Jurulatih : 4 orang

Laporan hari 1 :

Pada jam 9am, 3 acara telah dimulakan iaitu 10m Air Rifle (M), 25m Sport Pistol (M) dan 50m Rifle 3 Position (W).  Dalam acara yang dipertandingkan pada hari ini melibatkan 11 orang atlet dari program Pelapis Kebangsaan, mereka adalah :-

10m Air Rifle (M):

1. Mohd. Hassanul Adzhar Mohd. Badrin
2. Zul Haziq Rosli
3. Mohd. Nazirul Azhar Mutalib
4. Razi Aizat Adzha
5. Nik Muhd. A'Imullah Supardi

25m Sport Pistol (M):

1. Choo Wen Yan
2. Liew Tack Fai
3. Mohdm Zul Fadzli Alias

 50m Rifle 3 Position (W)

1. Nur Izzati Mohd. Sabki
2. Aina Zahiran
3. Norizahamalina Ramli

Acara final telah dimulakan pada sebelah petang dan keputusan adalah seperti berikut :

10m Air Rifle (M):

1. Mohd. Ezuan Nasir Khan (586)
2. Muhd. Zubair Muhammad (584)
3. Mohd. Hassanul Adzhar Mohd. Badrin (582)


25m Sport Pistol (M):

1. Liew Tack Fai (561)
2. Nor Afiffuddin Nordin (558)
3. Choo Wen Yan (557)

50m Rifle 3 Position (W):
1. Nur Farah Afiqah Muhd. Taufekh (579)
2. Nurul Izatie Roslan (573)
3. Muslifah Zulkifli (574)


Esok bermula acara 10m Air Pistol (W), 25m Rafid Fire Pistol (M), 50m Rifle Prone (M) dan 50m Rifle Prone (W).


NORJIHAN BASHAH
PENGURUS SUKAN
PELAPIS KEBANGSAAN

Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik & Wushu

Tarikh : 1 Mac 2012
Masa : 3:30 - 5:00 ptg
Pusat Latihan : Gym 2 (Artistik Wanita (WAG)) & Gym 3 (Artistik Lelaki (MAG) & Wushu)
* Untuk makluman juga, turut bersama saya membuat pemantauan tuan PCP, En. Jefri dan Pengurus Negeri, En. Megat

Laporan

Gym 2 (WAG)

Pemantauan telahpun dibuat pada petang dimana pusat latihan pertama dimulakan di Gym 2 dimana seramai 7 orang atlet sedang menjalani latihan dibawah seliaan jurulatih Mr. Mikhail juga kareografer Mrs Nuriya. 

Semasa pemantauan dibuat terdapat beberapa perkara @ masalah turut dibangkitkan memandangkan tuan PCP turut bersama dan peluang ini diambil untuk dikongsi bersama oleh pihak jurulatih. 

Perkara yang dimaklumkan adalah termasuk beberapa peralatan (uneven bar) yang memerlukan pengubahsesuaian dan penggantian untuk keperluan atlet semasa latihan. Saya juga telah memaklumkan kepada semua atlet bahawa semasa kejohanan MSSM yang akan diadakan pada 13-17 Mac 2012di Kelantan adalah sesi pemilihan berdasarkan prestasi mereka untuk kekal didalam program PK (cadangan dari jurulatih.

Perbincangan selanjutnya akan diadakan berkenaan keperluan strenght training untuk atlet-atlet PK dimana perlu turut mendapat sokongan dari pihak ISN.

Gym 3 (MAG)

Seramai 7 orang atlet telahpun menjalani latihan dibawah seliaan jurulatih Ng Shu Liang dan Liu Hong Lu. 
Esok akan diadakan sesi perjumpaan (jam 10 pagi ) bersama beliau juga Shu Liang untuk berbincangan selanjutnya mengenai program latihan.

Gym 3 (Wushu)

Seramai 3 orang atlet sedang menjalani latihan di Gym 3 dan turut kelihatan 2 orang atlet (khaw Jing Yee & Fong Chui Teng) yang dikeluarkan program yang masih menjalani latihan dengan atlet sedia ada. Jurulatih Lim Yew Fai bersama jurulatih lain turut kelihatan dan sedikit pebincangan telah dibuat mengenai latihan pendedahan yang akan diadakan pada 13 Mac hingga 14 April 2012 di China.

Sekian, untuk makluman.

Laporan disediakan oleh:
ROHAIZAH HANIM MAT HUSIEN



Thursday, March 1, 2012

Laporan Pemantauan Ke Akademi Serantau Zon Utara

Assalammualaikum

Satu pemantauan telah dilakukan di Akademi Serantau Zon Utara, P.Pinang pada 29.2.2012. Pemantauan latihan bermula jam 5.00pm di Kompleks MPSP bagi sukan olahraga. Latihan bermula agak lambat kerana di kompleks tersebut mempunyai Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Bukit Merajam dan Permatang Pauh. 

Hanya atlet di bawah kendalian Coach Krishnan membuat latihan di trek, bagi atlet Coach Hazril dan Coach Mazlan hanya menjalani latihan di perkarangan atas (berhampiran tempat duduk) kerana faktor hujan. Untuk atlet memanah pula hanya menjalani latihan asas di asrama ASZU.

Pada sebelah malam, satu perjumpaan bagi semua atlet diadakan. Jumlah keseluruhan atlet di ASZU setakat ini berjumlah 30 orang atlet termasuk atlet berbasikal (3 orang) yang baru mendaftar. Di antara  perkara yang nyatakan semasa perjumpaan adalah mengenai disiplin atlet.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh: 
Noshilawati