Friday, March 2, 2012

Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik & Wushu

Tarikh : 1 Mac 2012
Masa : 3:30 - 5:00 ptg
Pusat Latihan : Gym 2 (Artistik Wanita (WAG)) & Gym 3 (Artistik Lelaki (MAG) & Wushu)
* Untuk makluman juga, turut bersama saya membuat pemantauan tuan PCP, En. Jefri dan Pengurus Negeri, En. Megat

Laporan

Gym 2 (WAG)

Pemantauan telahpun dibuat pada petang dimana pusat latihan pertama dimulakan di Gym 2 dimana seramai 7 orang atlet sedang menjalani latihan dibawah seliaan jurulatih Mr. Mikhail juga kareografer Mrs Nuriya. 

Semasa pemantauan dibuat terdapat beberapa perkara @ masalah turut dibangkitkan memandangkan tuan PCP turut bersama dan peluang ini diambil untuk dikongsi bersama oleh pihak jurulatih. 

Perkara yang dimaklumkan adalah termasuk beberapa peralatan (uneven bar) yang memerlukan pengubahsesuaian dan penggantian untuk keperluan atlet semasa latihan. Saya juga telah memaklumkan kepada semua atlet bahawa semasa kejohanan MSSM yang akan diadakan pada 13-17 Mac 2012di Kelantan adalah sesi pemilihan berdasarkan prestasi mereka untuk kekal didalam program PK (cadangan dari jurulatih.

Perbincangan selanjutnya akan diadakan berkenaan keperluan strenght training untuk atlet-atlet PK dimana perlu turut mendapat sokongan dari pihak ISN.

Gym 3 (MAG)

Seramai 7 orang atlet telahpun menjalani latihan dibawah seliaan jurulatih Ng Shu Liang dan Liu Hong Lu. 
Esok akan diadakan sesi perjumpaan (jam 10 pagi ) bersama beliau juga Shu Liang untuk berbincangan selanjutnya mengenai program latihan.

Gym 3 (Wushu)

Seramai 3 orang atlet sedang menjalani latihan di Gym 3 dan turut kelihatan 2 orang atlet (khaw Jing Yee & Fong Chui Teng) yang dikeluarkan program yang masih menjalani latihan dengan atlet sedia ada. Jurulatih Lim Yew Fai bersama jurulatih lain turut kelihatan dan sedikit pebincangan telah dibuat mengenai latihan pendedahan yang akan diadakan pada 13 Mac hingga 14 April 2012 di China.

Sekian, untuk makluman.

Laporan disediakan oleh:
ROHAIZAH HANIM MAT HUSIEN



No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.