Wednesday, March 21, 2012

Kursus Peningkatan Prestasi Kakitangan/Anggota USPTN : Laporan Hari Pertama 20 Mac 2012


Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia pada julung kalinya menganjurkan Kurus Peningkatan Prestasi Kakitangan /Anggota Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN), yang melibatkan Pembantu Tadbir (PT) dan Pembantu Am Pejabat (PAP) bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan dalam proses kerja harian di setiap negeri. Kursus ini melibatkan  aspek-aspek kerja hakiki yang dijalankan dan juga peningkatan kendiri sebagai penjawat awam yang telah dilantik oleh pihak Majlis.  Maklumat kursus adalah seperti berikut : -

TARIKH : 20-23 MAC 2012
TEMPAT :THE REGENCY, TANJUNG TUAN BEACH RESORT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
KEHADIRAN : 28 orang peserta

Pada hari pertama kursus, semua peserta memulakan perjalanan dari Majlis Sukan Negara dan  melapor diri pada jam 1 tghari serta sesi taklimat tentang perjalanan program dari pihak urusetia dimulakan pada jam 2 ptg.  Pada jam 2.30 ptg, ketibaan Tuan Pengarah Cawangan Pelapis, En Jefri Ngadirin untuk memberi sedikit ucaptama sekaligus merasmikan kursus kali ini dan diiringi oleh Ketua Unit Pelapis, En Mohd Yazid Shoib.

Untuk sesi berikutnya, bermula pada jam 4.30 -6.30 ptg untuk program ice breaking dan aktiviti kumpulan seterusnya bersambung pada sesi malam bermula pada jam 8.30-10.30. Walaupun keletihan kerana perjalanan yg jauh dari negeri masing-masing ke venue namun semua peserta masih ceria dan penuh semangat meneruskan aktiviti yang telah dirangka. Program tamat pada jam 10.30 mlm untuk minum malam dan hari kedua akan bermula esok jam 8.30 pagi.

Sekian, laporan dari The Regency..

-Rashleen-

1 comment:

  1. Terima kasih kerana menganjirkan kursus ini...sangat membantu utk peningkatan pekerjaan...harapa dapat menganjurkan kursus lagi...

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.