Tarikh: 25 Mac 2012
Tempat: Veledrom ipoh, perak
8.30 pg - 12.30 tghari
Hari ini program dimulakan dengan kelas teori bike-fit.Tujuan bike-fit adalah untuk menentukan kesesuaian basikal secara spesifik keatas atlet itu sendiri.Dengan kaedah ini atlet dapat mengenalpasti kesesuaian basikal dari segi saiz basikal,ketinggian basikal dan beberapa aspek lagi. Selepas itu atlet dibawa untuk melakukan praktikal untuk bike-fit ini. Sebelum rehat tengahari, atlet dibawa masuk kedalam kelas semula untuk diberikan penerangan tentang penggunaan veledrom.Antara pengisiannya ialah tentang penggunaan line dalam veledrom,saiz-saiz veledrom dan acara-acara yang ada di dalam trek.
3.00 ptg - 6.30 ptg
Atlet dibawa masuk ke dalam veledrom untuk tujuan praktikal teknik-teknik latihan dan warm-up.Antara teknik latihan yang diberikan perhatian pada hari ini ialah standing start, rolling start dan seated accelerations. Terdapat kemalangan kecil yang didalam trek dan hanya melibatkan kecederaan ringan dan telahpun mendapatkan rawatan sepatutnya.
Latihan praktikal terpaksa disambung di hadapan veledrom kerana hujan mula turun pada jam 5.00 ptg
Tiada sesi malam untuk hari ini kerana Jurulatih mahu kesemua atlet mendapatkan rehat yang cukup untuk program pada hari yang berikutnya.
Terima kasih
Monday, March 26, 2012
Laporan Kem Bakat Berbasikal Trek Pelapis (W) 01/12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.