Monday, May 7, 2012

LAPORAN SIRKIT BULANAN BERBASIKAL TREK PELAPIS 01/2012

Tarikh   : 05 Mei 2012

Masa    :10.30 am-6.00 pm

Tempat : Valedrom Rakyat Ipoh, Perak


Sirkit Bulanan Berbasikal Trek Pelapis 01/2012 anjuran Cawangan Pelapis,MSNM sekali lagi diadakan bagi siri yang pertama pada tahun ini. Sirkit ini, melibatkan penyertaan seramai 63 atlet lelaki dan 13 atlet wanita. Antara pasukan yang menyertai sirkit ini adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Johor, Pelapis Serantau, Pelapis Kebangsaan dan Elit. Sirkit ini juga turut dimeriahkan dengan penyertaan atlet Berbasikal Malaysia iaitu Mohd Edrus Yunus yang mana penglibatan beliau dalam sirkit ini telah memberi semangat dan dorongan kepada atlet baru untuk  lebih berjaya dalam sukan Berbasikal. Bermula jam 10.30 pagi, acara pertama yang dipertandingkan adalah 200 m sprint dan diikuti dengan acara individual pursuit pada jam 2.00 petang. Berikut merupakan keputusan Sirkit Bulanan Berbasikal Trek Pelapis 01/2012:-


200 sprint (Lelaki 17 tahun dan ke atas)


1.Mohd Edrus Yunus  -Elit (catatan masa : 11.13)

2.Mohd Elmi Jumari –PK (cataan masa 11.66)

3.Hamdan Hamidun – PK (catatan mansa 11.95)

4.Muhammad Syafiq Syazwan –PK (catatan masa: 12:09)

5.Mohd Fauzan Nor Azman- PK (catatan masa 12:20)


200 m sprint (Lelaki 16 tahun dan ke  bawah)


1.Mohd Asyraf Naim Ying – PK (catatan masa : 12:51)

2. Mohd Izuwan Shah – PRK (catatan masa: 12:84)

3. Mohd Adib Adham - JHR  (catatan masa : 12:91)

4.Azli Najim Zulkefli1- WP (catatan masa :12.95)

5.Mohd Danial Aiman Anuar – ASZU (catatan masa:12.97)


200 m sprint (wanita 14 tahun dan ke atas)


1.Siiti Fatimah-Elit (catatan masa: 13:54)

2.Nurul Nadia – PK (catatan masa :14:06)

3.Lauretta Eva Adrian – PK (catatan masa: 14:19)

4.Farina Shawati – PK (catatan masa :14:39)

5.Nurjeha Iwani Roslan –PK (catatan masa: 14:82)

 

3 km Individual Pursuit (Lelaki 17 tahun dan ke atas)


1.Hamdan Hamidun – PK (catatan masa: 3:52.66)

2.Mohd Firdaus Abd Karim – PK (catatan masa: 3:54.75)

3.Muhammad Azrul – JHR (catatan masa: 4:00.99)

4.Hoh Jin Cheng – WP (catatan masa: 4:01.20)

5.Irwandie Lakasek – PLS Ipoh (catatan masa: 4:01.59)


2 km Individual Pursuit (Lelaki 16 tahun dan ke bawah)


1.Mohd Asyraf Naim Ying – PK (catatan masa: 2:42.84)

2.Mohd Syahmyzzy Ismail – ASZU (catatan masa: 2:42.97)

3.Mohd Daniel Aiman Anuar  – ASZU (catatan masa: 2:43.20)

4.Mohd Adib Adham – JHR (catatan masa:2:46.23)

5.Mohd Faqeh Naim– ASZU (catatan masa: 2:46.47)


2 km Individual Pursuit(Wanita 14 tahun dan ke atas)


1.Nurul Nadia – PK (catatan masa: 2:56.77)

2.Lauretta Eva – PK (catatan masa: 2:58.70)

3.Maziyaton Mohd Radzi – KDH (catatan masa: 3:00.03)

4.Norazian Maslin– PK (catatan masa: 3:01.23)

5.Farina Shawati – PK (catatan masa:3:04.19)


Pada sirkit kali ini, cuaca baik sepanjang hari, namun keadaan trek kurang memuaskan yang mana dapat dilihat beberapa kepingan kayu telah reput serta kayu yang reput ditampal dengan pita pelekat. Perkara ini memberi  kesan kepada atlet jika melibatkan acara beramai-ramai. Selain itu,diharap dengan penganjuran sirkit ini, lebih ramai atlet baru dapat bertanding serta mahir dalam penguasaan  acara trek.


Sekian


Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia




Keputusan Kejohanan Olahraga Terbuka Negeri Sembilan 2012(Hari Pertama)

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kejohanan Olahraga Terbuka Negeri Sembilan telah bermula semalam (5.6.2012) di Stadium Tuanku Abdul Rahman , Paroi Negeri Sembilan. Sebanyak 13 acara dipertandingkan pada hari pertama kejohanan. Berikut adalah diantara keputusan acara yang dipertandingkan:

10,000m Jalan Kaki (Lelaki)
1. Dhiban Raj (NS SUKMA)- 46:49.41s
2. Satiyaseelan a\l K.Mahalingam (Pelapis Serantau) - 47:27.13s
3. Mohd Shamrin Mohd Aris (POA Perak) - 47:27.31s

Lompat Kijang (Wanita)
1. Nor Amirah Nafiah (P.Kebangsaan) - 13.37m (Rekod Baru Kejohanan)
2. Nur Izzati Akmal (SSBJ) - 11.47m
3. Lily Hartini (Terengganu) - 11.15m

3000m (Wanita)
1. Nuraisyah Ahmat (SSBJ) - 11:44.28s
2. Sanngeta Subramaniam (Bebas) - 11:53.94s
3. Nur Hidayah (P.Serantau) - 11:53.94s

Lompat Jauh (Lelaki)
1. Pang Li Chong (Perak) - 6.88m
2. Mohd Syazwan Zakaria (SSBJ) - 6.78m
3. Nik Lukmanul Hakim (P.Serantau) - 6.56m

Lompat Tinggi (Lelaki)
1. Kavee Alagan (P.Kebangsaan) - 2.11m (Rekod Baru N.Sembilan)
2. Navinraj S. (P.Kebangsaan) - 2.05m
3. Mohd Azly Ghazali (Selangor)

Baling Tukul Besi (Wanita)
1. Cassier Renee Kelly Lee (SSBJ) - 48.07m
2. Linda Tan Ling Hwa (Perak) - 41.66m
3. Nor Aida Shuhada Nordin (N.Sembilan) - 39.10m

400m Lari Berpagar (Lelaki)
1. Mohd Firdaus Mazalan (P.Kebangsaan) - 52.56s (Rekod Baru Kejohanan)
2. Mohd Firdaus Musa (P.Serantau) - 53.91s
3. Muhamed Baihaqi (P.Kebangsaan) - 54.20s

100m (Wanita)
1. Zaidatul Husna (P.Kebangsaan) - 11.87s
2. Siti Zubaidah (KOM) - 12.10s
3. Zaidatul Husni (P.Serantau ) - 12.13s

100m (Lelaki)
1. Mohd Shamimi (NS /P. Serantau) - 10.64s (Rekod Baru N.Sembilan)
2. Jad Adrian (Bebas) - 10.78s
3. Mohd Aizat Mokhtar (N.Sembilan)- 10.86s

800m (Lelaki)
1. Parthiban (Perak/Serantau) - 1:57.21s
2. Sivashankaran (N.Sembilan) - 1:57.57s
3. Saarvin a/l Chinathamby - 1:57.91s

800m (Wanita)
1. Herma Nurul Ain (Terengganu) - 2:31.36s
2. Cheong Han Yi (Selangor) - 2:31.84s
3. Leong Ann Gie (Selangor) - 2:35.41s

Keputusan penuh adalah seperti berikut:
hari pertama disini
hari kedua disini

Tahniah kepada pemenang. Dilampirkan gambar acara yang dipertandingkan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh:
Noshilawati

Friday, May 4, 2012

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012

Kejohanan : Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012
Tarikh        : 04 Mei 2012 (Jumaat)
Masa         : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Venue       : Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok.

HARI KEDUA (PAGI)

Hari kedua membuka tirai kejohanan dengan jarak 50M & 30M Recurve Lelaki dan Compound Wanita. Saingan dimulakan dengan sightest tepat jam 8.00 pagi untuk sesi pemanasan badan dan akan memulakan saingan sebenar jam 9.00 pagi. Jarak 50M & 30M Recurve Wanita dan Compound Lelaki pula berlangsung di sebelah petang pada jam 3.00 petang.

Berikut disertakan keputusan rasmi untuk jarak 50M & 30M Recurve lelaki yang melibatkan Pelapis Serantau yang berlangsung pada sebelah pagi.

Jarak 50 Meter Recurve Lelaki

1) Mohd Faees Bin Md Faroud (Serantau Selatan) - 318 / 6
2) Mohamad Ikram BIn Joni (Serantau Utara) - 305 / 16
3) Nur Arif Bin Azli (Serantau Utara) - 277 / 46
4) Mohd Norhairul Nizam Bin Rosdi (Serantau Utara) - 260 / 70
5) Mohd Nur Safwan Bin Mohd Nazir (Serantau Utara) - 238 / 85
6) Muhammad Lukman Fitri Bin Jasli (Serantau Utara) - 223 / 64
7) Mohd Afiq Qayyum Bin Hassan (Serantau Utara) - 265 / 64
8) Chan Ren Ken (Serantau Utara) - 216 / 98

Jarak 30 Meter Recurve Lelaki

1) Mohd Faees Bin Md Faroud (Serantau Selatan) - 330 / 34
2) Mohamad Ikram BIn Joni (Serantau Utara) - 337 / 14
3) Nur Arif Bin Azli (Serantau Utara) - 333 / 22
4) Mohd Norhairul Nizam Bin Rosdi (Serantau Utara) - 305 / 82
5) Mohd Nur Safwan Bin Mohd Nazir (Serantau Utara) - 306 / 79
6) Muhammad Lukman Fitri Bin Jasli (Serantau Utara) - 248 / 83
7) Mohd Afiq Qayyum Bin Hassan (Serantau Utara) - 308 / 75
8) Chan Ren Ken (Serantau Utara) - 312 / 63

Markah Keseluruhan serta kedudukan pemanah selepas tamat semua jarak untuk Recurve Lelaki

1) Mohd Faees Bin Md Faroud (Serantau Selatan) - 1230 / 9
2) Mohamad Ikram BIn Joni (Serantau Utara) - 1206 / 17
3) Nur Arif Bin Azli (Serantau Utara) - 1124 / 40
4) Mohd Norhairul Nizam Bin Rosdi (Serantau Utara) - 1061 / 61
5) Mohd Afiq Qayyum Bin Hassan (Serantau Utara) - 1037 / 68
5) Mohd Nur Safwan Bin Mohd Nazir (Serantau Utara) - 1028 / 73
6) Muhammad Lukman Fitri Bin Jasli (Serantau Utara) - 1016 / 78
8) Chan Ren Ken (Serantau Utara) - 959 / 93

Saingan acara Recurve Wanita akan berlangsung pada sebelah petang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh :
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

KEJOHANAN MENEMBAK CHIA WOH 2012


Salam.
 
Laporan Hari Pertama
 
Hari : Khamis
Tarikh : 3 Mei 2012
Tempat : Lapangsasar Subang, Selangor
Atlet : 9 orang
Jurulatih : 2 orang
Acara : 50m rifle 3 position (W) / 10m Air Rifle (M) / 25m Centre Fire Pistol (M)
 
Pertandingan pada hari pertama dimulakan seawal jam 9 pagi untuk ketiga-tiga acara di atas dan pada jam 11 pagi pula semua acara ditamatkan.  Pada jam 2 petang acara final telah dimulakan dengan penyertaan atlet dari program Pelapis Kebangsaan seramai seorang (1) untuk acara 50m rifle 3 position (W) iaitu Aina Zahiran (Pahang) dan dalam acara 10m air rifle (M) pula seramai dua (2) orang atlet iaitu Razi Aizat Adha (Perak) dan Mohd. Nazirul Azhar Abdul Mutalib. (Pahang).  Berikut adalah keputusan akhir kejohanan untuk hari pertama.
 
10m Air Rifle (M)
1.  Razi Aizat Adha (Perak) - 682.5
2.  Mohd. Ashraf Izhan (Pulau Pinang) - 682.3
3.  Mohd. Hadafi Jaafar - (PDRM) - 680.3
 
25m Centre Fire Pistol (M)
1.  Hasli Izwan Amir Hassan (Perak) - 580
2.  Khairul Azri Mohd. Roslan (ATM) - 587
3.  Khalel Abdullah (ATM) - 570
 
50m Rifle 3 Position (W)
1.  Nur Ayuni Farhana Abd. Halim (Pahang) - 677.7
2.  Muslifah Zulkifli (ATM) - 672.5
3.  Shahera Rahim Raja (ATM) - 671.9
 
Acara hari kedua yang akan dipertandingkan adalah 50m Rifle Prone (M), 50m Rifle Prone (W), 10m Air Pistol (W) dan 25m Rapid Fire (M). 
 
 

--
NORJIHAN BASHAH

Thursday, May 3, 2012

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012

Kejohanan : Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012
Tarikh        : 03 Mei 2012 (Khamis)
Masa         : 8.00 pagi hingga 12.45 tengahari
Venue       : Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok.

HARI PERTAMA (PAGI)

Hari ini merupakan hari permulaan di mana saingan sebenar akan bermula dengan menguji kekuatan mental dan fizikal pemanah di tambah pula dengan iringan doa dan harapan daripada kami selaku pegawai dan jurulatih yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan pemanah-pemanah daripada Pelapis Serantau berjuang sehingga titisan terakhir. 

Saingan dimulakan dengan sightest tepat jam 8.00 pagi dengan jarak 90 meter untuk sesi pemanasan badan dan akan memulakan saingan sebenar jam 9.00 pagi. Acara yang dipertandingkan pada hari ini adalah acara untuk jarak 90M dan 70M Recurve lelaki dan 70M dan 60M compound wanita pada sebelah pagi manakala jarak 70M dan 60M Recurve wanita dan 90M dan 70M compound lelaki pula berlangsung di sebelah petang yang bermula jam 2.00 petang.

Berikut disertakan keputusan rasmi acara untuk jarak 90M & 70M Recurve lelaki yang melibatkan Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau.

Jarak 90 Meter Recurve Lelaki

1) Mohd Faees Bin Md Faroud (Serantau Selatan) - 283 / 7
2) Mohamad Ikram BIn Joni (Serantau Utara) - 262 / 28
3) Nur Arif Bin Azli (Serantau Utara) - 237 / 48
4) Mohd Norhairul Nizam Bin Rosdi (Serantau Utara) - 234 / 54
5) Mohd Nur Safwan Bin Mohd Nazir (Serantau Utara) - 225 / 63
6) Muhammad Lukman Fitri Bin Jasli (Serantau Utara) - 223 / 64
7) Mohd Afiq Qayyum Bin Hassan (Serantau Utara) - 202 / 84
8) Chan Ren Ken (Serantau Utara) - 181 / 98

Jarak 70 Meter Recurve Lelaki

1) Mohd Faees Bin Md Faroud (Serantau Selatan) - 297 / 18
2) Mohamad Ikram BIn Joni (Serantau Utara) - 302 / 15
3) Nur Arif Bin Azli (Serantau Utara) - 277 / 47
4) Mohd Norhairul Nizam Bin Rosdi (Serantau Utara) - 262 / 63
5) Mohd Nur Safwan Bin Mohd Nazir (Serantau Utara) - 259 / 65
6) Muhammad Lukman Fitri Bin Jasli (Serantau Utara) - 248 / 83
7) Mohd Afiq Qayyum Bin Hassan (Serantau Utara) - 262 / 64
8) Chan Ren Ken (Serantau Utara) - 250 / 78

Saingan acara Recurve Wanita akan berlangsung pada sebelah petang yang melibatkan atlet pelapis Serantau seramai 11 orang.

Sekian, Terima Kasih
Laporan disediakan oleh:
Suhaimi

KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2012

Kejohanan : Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012
Tarikh       : 02 hingga 06 Mei 2012
Venue       : Lapang Sasar Memanah UUM.

HARI PERTAMA

Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2012 membuka tirai kejohanan hari ini dengan penyertaan seramai 36 pasukan dari seluruh Malaysia dan Luar Negara yang melibatkan pemanah-pemanah senior dan junior bagi kategori Recurve dan Compound. 

Kejohanan kali ini melibatkan penyertaan seramai 348 pemanah dimana 148 pemanah lelaki dan 73 pemanah wanita untuk kategori Recurve manakala 89 pemanah lelaki dan 58 pemanah wanita untuk kategori Compound. Disamping itu sesi pendaftaran bagi pasukan dijalankan pada jam 9.00 pagi dan seterusnya Mesyuarat bersama Pengurus Pasukan. 

Kejohanan ini dianggap penting sebagai medan pemilihan atlet untuk menempatkan nama seterusnya layak ke Temasya Sukan Malaysia pada bulan Julai nanti di Pahang Darul Makmur. Keadaan cuaca yang panas sedikit membuatkan pemanah letih tetapi itu tidak mematahkan semangat pemanah untuk memulakan saingan pada pagi esok. 

Saingan para pemanah akan bertambah sengit dengan kehadiran pemanah-pemanah dari luar negara seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya. Kejohanan pada hari pertama adalah sesi latihan rasmi untuk semua jarak bagi recurve dan compound disamping pemeriksaan alatan setiap pasukan untuk memastikan semua pemanah menggunakan alatan yang telah ditetapkan.

Sesi latihan rasmi berakhir pada jam 5.30 petang.

Sekian Terima Kasih.
Laporan di sediakan oleh:
Suhaimi