Tarikh : 05 Mei 2012
Masa :10.30 am-6.00 pm
Tempat : Valedrom Rakyat Ipoh, Perak
Sirkit Bulanan Berbasikal Trek Pelapis 01/2012 anjuran Cawangan Pelapis,MSNM sekali lagi diadakan bagi siri yang pertama pada tahun ini. Sirkit ini, melibatkan penyertaan seramai 63 atlet lelaki dan 13 atlet wanita. Antara pasukan yang menyertai sirkit ini adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Johor, Pelapis Serantau, Pelapis Kebangsaan dan Elit. Sirkit ini juga turut dimeriahkan dengan penyertaan atlet Berbasikal Malaysia iaitu Mohd Edrus Yunus yang mana penglibatan beliau dalam sirkit ini telah memberi semangat dan dorongan kepada atlet baru untuk lebih berjaya dalam sukan Berbasikal. Bermula jam 10.30 pagi, acara pertama yang dipertandingkan adalah 200 m sprint dan diikuti dengan acara individual pursuit pada jam 2.00 petang. Berikut merupakan keputusan Sirkit Bulanan Berbasikal Trek Pelapis 01/2012:-
200 sprint (Lelaki 17 tahun dan ke atas)
1.Mohd Edrus Yunus -Elit (catatan masa : 11.13)
2.Mohd Elmi Jumari –PK (cataan masa 11.66)
3.Hamdan Hamidun – PK (catatan mansa 11.95)
4.Muhammad Syafiq Syazwan –PK (catatan masa: 12:09)
5.Mohd Fauzan Nor Azman- PK (catatan masa 12:20)
200 m sprint (Lelaki 16 tahun dan ke bawah)
1.Mohd Asyraf Naim Ying – PK (catatan masa : 12:51)
2. Mohd Izuwan Shah – PRK (catatan masa: 12:84)
3. Mohd Adib Adham - JHR (catatan masa : 12:91)
4.Azli Najim Zulkefli1- WP (catatan masa :12.95)
5.Mohd Danial Aiman Anuar – ASZU (catatan masa:12.97)
200 m sprint (wanita 14 tahun dan ke atas)
1.Siiti Fatimah-Elit (catatan masa: 13:54)
2.Nurul Nadia – PK (catatan masa :14:06)
3.Lauretta Eva Adrian – PK (catatan masa: 14:19)
4.Farina Shawati – PK (catatan masa :14:39)
5.Nurjeha Iwani Roslan –PK (catatan masa: 14:82)
3 km Individual Pursuit (Lelaki 17 tahun dan ke atas)
1.Hamdan Hamidun – PK (catatan masa: 3:52.66)
2.Mohd Firdaus Abd Karim – PK (catatan masa: 3:54.75)
3.Muhammad Azrul – JHR (catatan masa: 4:00.99)
4.Hoh Jin Cheng – WP (catatan masa: 4:01.20)
5.Irwandie Lakasek – PLS Ipoh (catatan masa: 4:01.59)
2 km Individual Pursuit (Lelaki 16 tahun dan ke bawah)
1.Mohd Asyraf Naim Ying – PK (catatan masa: 2:42.84)
2.Mohd Syahmyzzy Ismail – ASZU (catatan masa: 2:42.97)
3.Mohd Daniel Aiman Anuar – ASZU (catatan masa: 2:43.20)
4.Mohd Adib Adham – JHR (catatan masa:2:46.23)
5.Mohd Faqeh Naim– ASZU (catatan masa: 2:46.47)
2 km Individual Pursuit(Wanita 14 tahun dan ke atas)
1.Nurul Nadia – PK (catatan masa: 2:56.77)
2.Lauretta Eva – PK (catatan masa: 2:58.70)
3.Maziyaton Mohd Radzi – KDH (catatan masa: 3:00.03)
4.Norazian Maslin– PK (catatan masa: 3:01.23)
5.Farina Shawati – PK (catatan masa:3:04.19)
Pada sirkit kali ini, cuaca baik sepanjang hari, namun keadaan trek kurang memuaskan yang mana dapat dilihat beberapa kepingan kayu telah reput serta kayu yang reput ditampal dengan pita pelekat. Perkara ini memberi kesan kepada atlet jika melibatkan acara beramai-ramai. Selain itu,diharap dengan penganjuran sirkit ini, lebih ramai atlet baru dapat bertanding serta mahir dalam penguasaan acara trek.
Sekian
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.