Monday, May 7, 2012

Laporan pemantauan atlet pelapis berbasikal di melbourne

Tarikh: 6 MEI 2012(ahad)
TEMPAT:MELBOURNE AUSTRALIA

Program latihan Hari ini hanya firdaus suardi yang menjalani latihan sesi pagi dan 2 atlet sprinter malek dan ummi hamimah serta kumpulan sprinter elit merupakan hari cuti pada hari ahad. Firdaus menjalani latihan di lebuhraya sejauh 140 km iaitu bermula dari rumah penginapan ke kings lake.keadaan cuaca pagi ini mendung dan hujan di atas bukit yang mana cuaca mencecah 15 darjah celcius beserta angin.

Disini undang-undang jalanraya tidak membenarkan kereta mengekori penunggang basikal dan jurulatih hanya dapat memantau pada jarak-jarak atau checkpoint bagi memastikan keselamatan firdaus semasa menjalani latihan. Latihan yang bermula pada jam 7.15 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang. 

Keadaan jalanraya yang baik di mana terdapat lorong basikal disediakan dan pemandu-pemandu kenderaan amat serius dan prihatin diatas keselamatan penungang -penunggang basikal.TIada sebarang masalah berkenaan keselamatan untuk penunggang basikal kerana dilihat ramai penungang-penungang basikal secara individu dan berkumpulan turut membuat kayuhan. Bentuk mukabumi juga amat sesuai untuk latihan serta pendakiaan dan penuruhan bukit yang selesa kerana kenderaan amat kurang tetapi cuaca yang semakin sejuk disertakan dengan angin mencabar ketahanan tubuh badan yang tinggi.terdapat juga beberapa penunggang basikal yang berkumpulan yang terdiri dari rakyat malaysia yang kami jumpa di puncak bukit semasa sesi rehat.

Sesi malam jurulatih physiology luke datang ke rumah dan menunjukkan cara-cara memasak makanan menggunakan daging kanggaro mengikut dietery yang telah buat.makanan yang di masak kelihatan separuh masak tetapi atlet tetap berselera untuk makan. 

Esok latihan akan diadakan di gym bersama kumpulan elit track sprinter olympic malaysia bermula pada jam 8.00 pagi dimana atlet perlu berkayuh ke gym yang jarak kira -kira 12 km didalam keadaan sejuk pada jam 7.00 pagi.kesemua pelumba-pelumba berkeadaan baik walaupun cuaca semakin sejuk..

Sekian laporan ringkas dari melboune

laporan disedia oleh:
Azrain

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.