Wednesday, May 23, 2012

LAPORAN HARI KEDUA KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN (KRK) 2012

DAY 2 : LAPORAN KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN (KRK) 2012 DI KUANTAN PAHANG PADA 23 MEI 2012 (RABU)

Pergerakan hari kedua bermula jam 8.30 ke Majlis Sukan Negeri Pahang untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan KRK yang di pengerusikan oleh YBhg Dato' Jalil. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YH Dato' Nik Nasarudin Mohd Zawawi Pengarah MSN Negeri Pahang, Pegawai-pegawai Teknikal, Pegawai Pengurusan Acara, pihak USPNT Negeri Pahang dan Pegawai Pelapis Negeri. Mesyuarat telah membentangkan laporan mengikut sukan oleh Teknikal Delegat mengenai vanue, peralatan, peraturan dan keperluan pertandingan.

Pada Jam 12.30 tengah hari, pergerakan seterusnya membawa semua urus setia ke vanue-vanue pertandingan untuk meninjau persiapan terakhir sebelum pertandingan bermula.

 Vanue pertandingan seperti berikut :-

- Angkat Berat di Dewan Utama Polisas
- Tinju di Pantai Teluk Cempedak
- Sepak Takraw di Komp. Sukan UIAM
- Menembak di Lapang Sasar MSN negeri
- Memanah di Padang Politeknik Sultan Ahmad Shah

Sebelah malam jam 8.30, bermula Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi 4 sukan sahaja di tempat mesyuarat masing-masing iaitu sukan memanah dan angkat berat di Polisas, tinju di Kolej IKIP, Kubang Buaya serta Sepak Takraw di Kompleks Sukan UIA kecuali menembak yang akan diadakan pada keesokan hari 24 Mei 2012 jam 5.00 ptg.

Berikut adalah jumlah atlet yang terkini selepas mesyuarat pengurus pasukan untuk 4 sukan.

1. Sukan Angkat Berat
Kategori bawah 16
Wanita :14 atlet
Lelaki : 43 atlet

Kategori bawah 21
Wanita : 25 atlet
Lelaki : 57atlet

Jumlah keseluruhan : 139 atlet

2. Sukan Tinju
Kategori umur 15-16 : 56 atlet (lelaki)
Kategori umur 17-20 : 61 atlat (lelaki)

Jumlah keseluruhan : 117 atlet

3. Sukan Sepak takraw : 178 atlet (lelaki)

4. Memanah
Wanita : 65 atlet
Lelaki : 23 atlet

Jumlah keseluruhan : 168 atlet

Jumlah keseluruhan 4 sukan  : 602 atlet

Taklimat ringkas urus setia jam 10.30 di bilik zenith 10 di hotel bagi membincangkan pergerakan dan jadual pertandingan yang akan bermula untuk 4 sukan keesokan harinya.

Jadual ringkas pertandingan mengikut sukan keesokan hari:

Tinju
- 8.00 am   - Timbang berat
- 11.00 am - undian
- 2.00 pm   - pertandingan bermula

Sepak takraw
-8.00 am - pertandingan bermula

Angkat Berat
- 7.30 am - timbang berat
- 2.30 pm - pertandingan bermula

Memanah
- 8.00 am - sightest
- 9.00 am - pertandingan bermula

Menembak
- 5.00 pm - Mesyuarat Pengurus Sukan
- pertandingan bermula 25 Mei 2012

Sekian, terima kasih.


Norishah Sabidi
PPA (P8)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.