Thursday, May 24, 2012

LAPORAN HARI KE-3 KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN (KRK) 2012

DAY 3 : LAPORAN KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN (KRK) SIRI 1/2012 DI KUANTAN PAHANG PADA 24MEI 2012 (KHAMIS)

Program hari ke-3 diteruskan lagi dengan Mesyuarat Ketua Unit Bil. 02/2012 di bilik Zenith 11, Hotel Zenith jam 9.00 am yang dipengerusikan oleh Tuan PCP En. Jefri Ngadirin Pengarah Cawangan Pelapis, Ketua-ketua unit pelapis, Pengurus PN, peg KS dan dihadiri oleh semua ketua unit USPTN negeri bersama wakil sdo mereka. Mesyuarat ini berakhir jam 12.45 tengah hari dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama PCP di hadapan lobby Hotel Zenith.

Sukan-sukan yang dipertandingan adalah seperti berikut:-

Sukan Angkat Berat
-Dewan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas)
-Bermula jam 8.00 pagi dengan kategori ,
50 kg (L), 52 kg (L), 44 kg (W), 48 kg (W), 53 kg (W) dan 62 kg (L).
- Pertandingan pada hari ini tamat jam
-Esok akan bersambung kategori 69 kg (L), 58 kg (W), 63 kg (W), 69 kg (W) dan 77 kg (W).

Sukan Sepak Takraw
- Kompleks Sukan UIA
- Pertandingan bermula jam 8.30 pagi dengan pusingan awal kumpulan dengan acara - Regu bawah 21 & 18 dan double bawah 21.
- Keesokan hari akan diteruskan lagi jam 8.30 pagi juga masih dengan Pusingan awal kumpulan bagi kesemua acara.

Sukan Memanah
- Padang Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.
- Pada hari ini hanya"Official Sighter" dan "Official Equipment Check" mulai jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
-Pertandingan rasmi akan bermula esok jam 8.00 pagi.
- Jarak yang akan dipertandingkan pada sebelah pagi,  KAT I - Jarak 90m (lelaki) dan        KAT I - Jarak 70m (wanita).
- KAT II - Jarak 50m (lelaki & wanita).
Pada sebelah petang akan dipertandingkan jarak,  KAT I - Jarak 70m (lelaki) dan KAT IJarak 60m (wanita).
- KAT II - Jarak 50m (lelaki & wanita
- Pada hari ini hanya bermula dengan sightest.
- Pertandingan bermula esok jam 9.00 pagi dengan kategori kat I 90m - 70 (lelaki),
dan 70m -60m ( wanita).
-Kategori kat II 50m lelaki dan wanita.


Sukan Tinju
- Gelanggang Tinju Pantai Teluk Chempedak.
- Pertandingan bermula jam 2.45 ptg bagi pusingan awal umur 15-16 tahun bagi kategori 44-46 kg, 48kg, 50kg, 52kg, 54kg, 57kg, 60kg, 63kg dan 66kg.
- Juga pusingan awal bagi umur 17-20 tahun bagi kategori 56kg dan 60kg.
- Pada keesokan jam 7.30  akan diadakan timbang berat badan dan medical check up.
- Sebelah petang jam 3.00 ptg akan pertandingan akan bersambung semula dengan pusingan suku akhir bagi umur 15-16kg bagi kategori 44-46kg, 48kg, 50kg, 52kg, 54kg, 57kg, 60kg, 63kg dan 66kg.
- Bagi umur 17-20 tahun untuk kategori 44-46 kg, 49kg, 52kg, 56kg, 60kg, 64kg, 69kg, 75kg dan 81kg.

Sukan Menembak
- Selesai mesyuarat Pengurus Pasukan jam 3.30 ptg.
- Esok bermula pertandingan jam 9.00 pagi dengan acara Air Rifle wanita dan Air Pistol Lelaki.

Jam 8.00 malam di Bilik Zenith 1, telah diadakan perjumpaan semua SDO bersama presiden mereka bagi membangkitkan isu-isu di peringkat mereka untuk dikemukakan kepada pihak Cawangan Pelapis. Sejurus selepas itu, tepat jam 9.00 malam telah diadakan pula perjumpaan semua pegawai Cawangan Pelapis dan SDO bersama Tuan PBA En Ahmad Shapawi Ismail Pengarah Bahagian Atlet. Beberapa amanat telah disampaikan bagi membangunkan program Cawangan Pelapis bagi melahirkan atlet di peringkat sekolah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.


Sekian, terima kasih.

Norishah Sabidi
PPA (P8)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.